Wednesday, June 23, 2004

:: One For All ::

Bismillah..

Daripada Anas radhiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda maksudnya: Ada tiga sifat yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman: Seseorang yang menyintai Allah dan RasulNya lebih daripada yang lain, menyintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran selepas Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Salah satu daripada sifat untuk kita dapat manisnya Iman itu ialah menyintai ALLAH dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya. Jadi, macam mana untuk kita dapatkan cinta ALLAH? Dalam erti kata sama.. macam mana untuk kita menyintai ALLAH? Ini "mahabbatullah" kita cinta ALLAH dan ALLAH cinta kita.

Dalam Kuliah Aqidah setiap Sabtu, 10:30 pagi waktu Jepun (sahabat2 juga bleh ikutinya secara LIVE online tau? Boleh rujuk posting2 teman yang lepas ye), ada disebutkan beberapa cara.

1- Banyak membaca Al-Qur'an dan mempelajari makna2nya

* Kata ustaz lagi, hari ini orang lebih banyak baca koran daripada baca Al-Qur'an. (Bahasa Indonesia, koran itu adalah newspaper) Tidak ketinggalan mengikuti berita2 terbaru di akhbar dan tv dsb. tetapi Al-Qur'an dilupakan. Ustaz menambah.. kalaupun kita terlalu sibuk, bacalah ayat-ayat Al-Qur'an yang kita sudah hafal. Sedarlah kita bahawa Al-Qur'an ini adalah pemberi syafaat di dalam kubur dan juga di akhirat.

2- Banyak melakukan nawafil (ibadah sunat)

3- Mengetahui nama2 dan sifat2 ALLAH
* Dalam Surah Al-Hajj: ayat 70 dan ke atas, dijelaskan pada kita bahawa kita tidak akan dapat mencintai ALLAH kalo kita tidak mengenal ALLAH dan ALLAH boleh dikenal melalui nama2 dan sifat2-Nya.

4- Selalu berzikir lisan dan hati

5- Selalu mendahulukan perintah dan larangan ALLAH atas hawa nafsu kita

6- Selalu sedar akan nikmat2 ALLAH yang terlalu banyak

7- Muhasabah diri terutama di akhir malam

8- Bergaul dan berinteraksi dengan orang2 yang cinta kepada ALLAH

* Mereka ini terdiri drp. para ulama', orang2 soleh.. ustaz menambah lagi, tidak lupa juga mereka yang hadiri majlis2 ilmu. Manakan tidaknya, mereka yg. menyintai ALLAH tentulah terasa ringan utk. ke majlis ilmu kerana di situlah majlis untuk mengingati ALLAH.

Teman terkenang bila sahaja ustaz menyebutkan bahawa bila kita lihat mereka ini, terus kita ingat ALLAH. Masya-ALLAH.. kena cari kawan2 yang begini untuk kita mendapat cinta ALLAH. Sahabat kita memainkan peranan penting kpd. tingkah laku kita.. tapi tidaklah bermakna kita perlu asingkan diri dgn. masyarakat yg. rosak/ kucar-kacir. Bukankah dakwah Islam itu utk. semua? Islam untuk semua!

Mari kita cari sahabat2 yg. sebegini. Tengok aja sudah kita boleh ingat ALLAH.. Ya ALLAH.. betapa mulianya mereka ini di sisi-Mu Ya ALLAH. Mana nak cari diaorang nie? Carilah di taman2 syurga.. insya-ALLAH jumpa.. ukhuwwah itu indah bila segala2nya kerana ALLAH.

Allahua'lam.

1 Comments:

At 7:52 PM, Blogger reza said...

cubaan

 

Post a Comment

<< Home