Friday, June 18, 2004

:: The Way of Life ::

Bismillah..

Assalamua'laikum.. apa khabar pengunjung2 sekalian? Dari Mimbar Jumaat hari nie telah membawakan satu topik yang cukup menarik untuk dikongsi bersama.

Khatib hari ini mengutarakan persoalan apakah itu "religion"? Mari kita bersama-sama kaji beberapa kes berikut.

Seorang hamba ALLAH yang sangat tekun dengan ibadahnya. Sebut saja.. solat sunat, baca Al-Qur'an, tahajjud dan macam-macam lagi, semuanya rajin dan tekun dikerjakan. Tapi.. bila tiba masa bermuamalat yakni berhubung dengan masyarakat dia "kaget". Dia tidak menjalin hubungan yang baik dengan keluarganya, hubungannya dengan masyarakat telah diabaikannya. Adakah ini "religion"?

Ada juga, seorang hamba ALLAH yang lain.. jika di dalam masjid, ibadahnya cukup bagus tetapi bila sahaja di rumah atau keluar dari masjid, dia tidak lagi tekun dalam ibadahnya. Di rumah, ibadahnya ala kadar.. tidak seperti di masjid @ di tempat yang kelihatan orang. Adakah ini "religion"?

"Religion" adalah ad-deen iaitu cara hidup.. daripada bangun tidur sehinggalah tidur semula. Dalam kata lain.. Islamlah cara hidup yang bukan sahaja mengangkut bab hubungan dengan ALLAH tetapi juga termasuk hubungan dengan manusia. Islam juga mengangkut bab "honesty" dan "sincerity". Tidak kira walau di mana berada, seorang mukmin seharusnya rasa diawasi oleh ALLAH.. inilah taqwa. Ibadah bukan sahaja dilakukan di waktu senang, tetapi juga di waktu susah.. inilah istiqomah.

Mudah-mudahan ALLAH mengurniakan taufik dan hidayah-Nya pada kitaa semua untuk dapat amal segala suruhan ALLAH dan suruhan Rasul-Nya sallallahu 'alaihi wasallam serta menetapkan hati kita semua dalam Islam dan Iman.. ameen.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home