:: Somnambulism - Part II ::
Setelah selesai solat subuh, aku melungsur bersama kerusi rodaku ke bilik TV,melihat rancangan Jejak Kasih dengan penuh harapan. Manalah tahu ayah dan ibuku sedang mencariku. Fikiranku melayang seketika bila mengingatkan sejak akhir-akhir ini aku sering mengalami mimpi yang ganjil. Sebulan lepas, aku bermimpi bertemu lelaki tua berjubah putih. Walaupun tiada dialog antara aku dan lelaki berjubah itu, entah kenapa seolah-olah dapat kudengari dan seolah-olah dapat kufahami apa yang hendak disampaikan kepadaku.
"Sesungguhnya Qiamat itu semakin hampir. Qiamat itu semakin hampir apabila umat Islam saling bercakaran sesama sendiri. Sampaikanlah kepada saudaramu agar jangan lagi bercakaran sesama sendiri. Umat Islam sepatutnya bersatu! "
Lelaki berjubah itu hilang, hanya dapat kulihat seolah-olah ada sebuah kaum yang mengilai bila melihat umat Islam berjaya diperlagakan. Ingin kukhabarkan pada semua umat Islam berhampiranku, namun, lidah yang tidak mampu berkata-kata ini menyekat hasratku. Segalanya terpendam di dalam hati kecil ini. Kalaulah semua saudaraku dapat berkata-kata untuk aku...
Semasa menonton berita, sekali lagi air mataku mengalir. Mengalir bila melihat saudaraku di Afghanistan pula disiksa! Menangis entah kenapa Mungkin sedih kerana tidak mampu untuk aku meringankan beban mereka di sana. Mungkin juga terharu kerana melihat betapa tabahnya saudara-saudaraku di Afghanistan. Kalaulah saudaraku yang lain setabah ini... Aku yang hanya diberi cabaran yang sedikit ini, sepatutnya lebih tabah daripada mereka. Pernah suatu hari, ketika aku melihat berita rusuhan sesama Islam, tiba-tiba aku memberontak. Aku menangis sambil menunjukkan jari ke arah televisyen. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Seolah-olah timbul perasaan marah di dalam diriku kerana tidak sanggup aku melihat akibat tindakan musuh Islam, kita sesama Islam bermusuhan. Hendak kuberitahu kepada pekerja RAIS tentang apa yang terpendam dihati ini sayang mulut ini tak mampu berkata-kata. Harapanku agar pekerja RAIS tahu apa yang hendakku sampaikan. Tapi sebaliknya aku dicaci...
"Budak cacat tak sedar diri! Patutlah mak ayah engkau buang engkau! "
Kata-kata yang mungkin tidak dapat aku lupakan. Benarkah ibu tinggalkan Najihan di RAIS kerana Najihan cacat, ibu? Benarkah ayah malu malu melihat anak yang terencat ini bersama ayah? Jika tidak, maafkan Najihan ayah... maafkan Najihan ibu...! Najihan tahu, mana mungkin ayah dan ibu tinggalkan Najihan hanya kerana Najihan cacat...
Mengalir air mataku. Menangis terharu kerana Allah kurniakan cabaran ini padaku. Aku yakin dengan kata-kata Allah 'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya '
Setelah selesai solat Isyak, aku beriktikaf seketika di surau RAIS. Tenang rasa hati ini bila bermunajat pada Ilahi. Aku sedar diriku yang cacat ini tidak mampu untuk melakukan apa-apapun untukmu, Islam. Namun solat hajatku setiap malam, doaku pada Ilahi sahaja yang dapat aku pohonkan. Malam ini jua pastinya tidak akan aku jemu untuk meminta pada Ilahi. Pintaku agar dapat bertemu dengan ayah dan ibuku dan agar aku sempat melihat saudara-saudaraku bersatu membangkitkan semula ketuanan Islam...
"Saudaraku jika engkau dapat mendengar luahan hati ini, bangunlah! Usahlah kita menunding jari sesama sendiri, bukankah kita bersaudara? Mungkin engkau tidak merasai ikatan persaudaraan ini, tapi ketahuilah bagi aku yang tidak punyai apa-apa ini engkaulah satu-satunya saudaraku. Jangan hilangkan rasa persaudaraan ini...bangunlah bersatu!"
Najihan bin Abdullah
Rumah Anak Istimewa Selangor (RAIS)
Cerpen sumbangan seorang sahabat untuk dikongsi bersama. Mudah-mudahan kita dapat amik pengajaran.
Tuesday, June 22, 2004
"And We have certainly created for Hell many of the jinn and mankind. They have hearts with which they do not understand, they have eyes with which they do not see, and they have ears with which they do not hear. Those are like livestock; rather, they are more astray. It is those who are the heedless." (Surah Al-A'raaf, 7: ayat 179)
Untukmu Palestin
MOHD FATRIS LUMUMBA BIN A HAMID
KIGOU 10080
BAN-GOU 86451301
BLOG PENGUMUMAN IPIJ
Dengarkanlah
Radio IPIJ.fm
Kuliah Online Yahoo Messenger
Rencana Sabtu
Dari Balai Indonesia, Tokyo setiap Sabtu jam 10:30 pagi Jepun
Klik di sini
Ajukan soalan kepada YM ID: kajianonline
Setiap Sabtu jam 8:00 malam Jepun
Medium: PalTalk Messenger
Sila mesej pada id: shah-reza
Interaktif.. just click!
Link Audio Special!
Bersuaralah
|
Iklaneka
Click to join ipij_group
Previous Posts
- :: Somnambulism - Bahagian 1 :: Mayat-mayat berge...
- :: The Way of Life :: Bismillah.. Assalamua'laik...
- :: Hidayah Milik ALLAH :: Bismillah.. Pernah ten...
- :: Berita Baik :: Assalamua'laikum.. Muslimin mu...
- :: Inikah Balasannya??!! :: Bismillahi wal hamdul...
- :: Life After Death :: Assalamua'laikum.. Al-ham...
- ::C'est la vie! :: Bismillah.. Tahniah pada dua ...
- ::JIBUN NARI NI GANBARE:: Assalamua'laikum.. Pet...
- :: Renungi Diri :: Assalamua'laikum.. Sambungan ...
- :: Sin chong she ser ser ker ker yiu ALLAH :: Bis...
Site Counters
0 Comments:
Post a Comment
<< Home