Assalamua'laikum..
Petang ini duduk bersahaja sambil menenangkan fikiran. Semalam terasa panas sangat-sangat (di Tokyo mencecah 30 degrees) tapi hari nie hujan dan suhu turun pulak. Segalanya milik ALLAH.. ada ker hak kita untuk mengomel-ngomel.. "alahai, panas nye.." apa kata kiter tukar: "Subhanallah". Kiter nie panas sgt. pon takleh, sejuk sgt. pon tah tahan.. haa itulah manusia. Dalam keadaan gitu pon still nak lari dari hukum ALLAH lagi tue. Astaghfirullah..
Teringat yang teman belum lagi berkongsi pasai Khutbah Jumaat lepas. Ha'ah la.. khutbah yang lepas cerita pasai TAQWA.
Firman ALLAH maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan sebagai seorang muslim"
(Surah Ali-Imran : 102)
Macam mana nak jadi orang bertaqwa nih? Salah satu yang khatib tue sebut ialah konsep ihsan. Gapo dio pulok ihsan nih?
Sahabat-sahabat buleh rujuk Hadith 40 Karangan Imam Nawawi (dlm. tue konsep Islam, Iman dan Ihsan ada diterangkan). Kat sini teman copy-paste kan sebahagian hadith tue:
Ihsan:-"To worship Allah as if you see Him, and if you cannot achieve this state of devotion then you must consider that He is seeing you."
(Hadith Riwayat Abu Hurairah)
Ya ALLAH.. masih jauh lagi teman drp. hakikat itu, tapi kita berusaha ke arah itu. Usaha inilah dinamakan mujahadah.
"Sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mrk yg apabila disebut nama Alah gementarlah hati mrk, dan apabila dibacakan hati mrk ayat2nya , bertambahlah iman mrk, dan kpd Tuhan lah mrk bertawakkal..iaitu org yang mendirikan solat dan yg menafkahkan sebahagian rezeki yg kami berikan kpd mrk..Itulah org2 yg beriman dgn sebenarbenarnya..Mrk akan beroleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan keampunan serta rezeki yang mulia.."
(Surah Al-Anfaal: ayat 2-4)
Kita kena banyak usaha lagi.. untuk mencari keredhaan ALLAH. Insya-ALLAH jom..
Pagi tadi teman ada mid-term xm. Erm.. kena usaha lagi dan lagi nih. Sahabat-sahabat lain juga nampaknya tengah bz dgn. xm masing2. Ada gak yg. ada report tak abis2. Ganbatte kudasai minasan. Jibun nari ni, ganbatte kudasai.. LILLAHITAA'LA.
Ada satu teka-teki iaitu: Hadith ke berapakah dlm. koleksi 40 hadith Imam Nawawi yang cakap pasai Islam, Iman dan Ihsan tue? Cuba jawab dlm. ruangan Comments di bawah. Hadiah menarik mungkin disediakan, hehe.. insya-ALLAH. Jawab! Jangan tak jawab!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home