Bismillah..
Tahniah pada dua orang sahabat yg. sudi jawab teka-teki teman. Memang hadith ke-2 daripada koleksi 40 hadith Imam Nawawi dan dikenali juga sebagai Hadith Jibril.
Teman takleh nak bagi hadiah berbentuk wang ringgit tapi teman akan cuba bagi juga hadiah tapi dlm. bentuk lain, insya-ALLAH. Tunggulah yer.. maybe dlm. posting2 selepas nie, insya-ALLAH.
-Tukar topik-
Entah kenapa ye.. bila melihat keadaan teman-teman yang bertungkus-lumus hadapi xm, rasa gembira ada, sedih pon ada sebab sampai kesihatan terganggu.. kesian juga, tapi.. inilah kehidupan sahabat-sahabat.
Demam, pening kepala, sakit.. semuanya ujian daripada ALLAH. Menunjukkan ALLAH sayangkan kita. Diberitakan bahawa para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, radhiallahu 'anhum ajmain, sangat dukacita bila sahaja lama tak sakit. Bukan bermakna kita meminta supaya sakit, tapi.. mereka faham bahawa sakit itu sbg. pembersih dosa, juga sebagai ujian di mana mereka yg. berjaya akan dinaikkan darjatnya. Mereka risau kalo2 menerima nasib spt. Firaun yang diceritakan tak pernah sakit menyebabkan ia derhaka pada Tuhannya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kita jangan lupa kisah Fir'aun, kisah Qarun, kisah Raja Namrud, serta kisah umat2 terdahulu.. mereka diberi kemewahan, kesenangan, harta benda, anak-pinak dll. tetapi nikmat itu sebenarnya menjadi ISTIDRAJ. Nau'zubillahi min zaalik. Nikmat yang ALLAH bagi kpd. mereka bukan sebab ALLAH sayangkan mereka tapi ALLAH ingin membinasakan mereka dengan nikmat itu.
"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."
-Surah al-An’aam: ayat 44
Jadi, kiter nie kena check balik lah nikmat2 dan kesenangan yg. kiter dpt. skang nih. Adakah makin dekat kiter dgn. ALLAH atau makin jauh dan lalai kita.
Kepada sahabat-sahabat yang sakit.. sabarlah ye. Bagi yang dah lama sakit, cepat2 lah berusaha cari ubat atau penawar. Dibimbangi takut menjadi makin teruk.
Kesenangan pon ujian jugak. Jangan sangka bahawa mereka yang dpt. melepasi ujian kesusahan tetapi bila sampai ujian kesenangan, mereka tewas. Inilah ujian dan inilah kehidupan. C'est la vie!
Sabda Rasulullah maksudnya:
"Neraka tertutup dengan berbagai syahwat hawa nafsu sedangkan syurga tertutup dengan kesukaran keberatan." (Riwayat Bukhari, Muslim)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home