Bismillahi wal hamdulillah..
Beberapa minggu yang lalu, teman "terserempak" dengan satu cerita di TV tajuknya Beauty Collosseum (BC). Dalam rancangan tv nih ditampilkan orang-orang yang mengadu masalah yang dihadapi akibat wajah @ rupa bentuk badan yang pada mereka tak bleh diterima dan serba kekurangan. Ditambah pula dengan sikap masyarakat yang tidak dapat terima kekurangan mereka ini drp. segi rupa bentuk dan penampilan.
Jadi mereka nie tampil untuk mengadu masalah dan ada kumpulan pakar terdiri drp. pakar fesyen, pakar perubatan, pakar rambut, dan macam2 pakar lagilah yg. bertugas membantu golongan nie.. umpamanya buat pembedahan plastik dsb..Akhirnya, bila berlalu 2 bulan, golongan nie pon berubah.. dalam erti kata: dianggap PERFECT.
Dalam banyak2 individu yang keluar tue, ada satu kes yg. menarik hati teman.. seorang ibu tua yg. "dibunuh" oleh anak perempuannya sendiri semenjak anaknya sekolah rendah lagi akibat wajahnya yg. kurang sempurna. Pernah satu ketika, si ibu ini mendengar perbualan anaknya dgn. kawannya.. lebih kurang ginilah:
Kawan Anaknya: Di mana ibu kamu?
Anaknya: Ibu saya sudah meninggal dunia.
Bayangkan.. betapa remuknya hati seorang ibu. Ibu yg. bersusah-payah mengandungkannya 9 bulan, kemudian menyusukannya sampai bercerai susu (dlm. tempoh itu tak dpt. nak tdo nyenyak sbb. anak menangis malam).. kemudian pelihara lagi sampai dewasa, akhirnya "dibunuh" oleh anaknya sendiri. Inikah balasannya??!!
Si ibu yg. malang ini juga tidak pernah hadir ke sekolah anaknya kerana tak diizinkan untuk hadir sebab "wajah ibuku hodoh". Sehinggalah anak ini dewasa.. si ibu tidak pernah dibalasi hatta dengan ucapan "terima kasih ibu" sekalipon.. apatah lagi untuk menggembirakan hatinya.
Akhirnya si ibu ini tampil menyuarakan hasratnya mengubah wajahnya yang dianggap serba kurang. Dalam pada itu, seorang ahli panel bersuara: Wajah si ibu tak bersalah tapi pendidikan si ibu pada anaknya yang salah. Si ibu terlalu manjakan anak sampai turut segala-galanya.. rela "dibunuh" oleh anak sendiri.
Teman ter"kandou"(terharu) seketika memikirkan hati si ibu ini. Betapa hancur luluhnya hati si ibu itu hanya ALLAH yang Maha Tahu.
Teman cukup2 bersyukur pada ALLAH kerana dengan ISLAM dan IMAN kurniaan-Nya ini, kita lebih menghargai ibu dan bapa kita. Sesungguhnya derhaka kepada dua ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada dua ibu bapa dan menjadi saksi palsu."
(Hadis Riwayat: Bukhari)
Hanya dengan ISLAM dan IMAN sahajalah kita dapat memuliakan ibu dan bapa kita. Cerita di atas sangat menginsafkan teman betapa di dunia ini, bukan senang untuk menjaga hati seorang ibu. Cuba kita fikir perit derita seorang ibu.
Baru saja 3 bulan mengandung, si ibu telah mengalami kesulitan: pening2, muntah2, badan tak bermaya. Kemudian, dari hari ke hari membawa kandungan yang semakin berat. Cubalah kita galas beg seberat 5 kilo selama 9 bulan. Trylah.. dan kita mungkin akan dpt. merasai secuit penderitaan si ibu. Blom lagi derita ketika melahirkan anak.. si ibu menyabung nyawa. Individu ini risaukan bayinya adakah selamat atau tidak. Wahai si ibu, betapa deritanya kamu semata-mata bagi melahirkan sebuah permata.
Islam meletakkan supaya kita berbakti pada ibu dan bapa kita.. syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Wajib mematuhi mereka kecuali jika perintahnya melanggar perintah ALLAH dan RASUL.
Firman ALLAH yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuatlah ihsan (berbuat baik) kepada orang tua (ibu bapa)."
(Surah An Nisa’: Ayat 36)
Cukup-cukup syukur atas ISLAM dan IMAN ini. Tanpanya, sudah tentulah kita akan seperti golongan2 yang teman sebut kat atas tadi. Mereka salah tetapi masyarakat juga salah. Apa hak kita nak menyisihkan orang yang mungkin rupa bentuk, paras rupanya tidak menarik di sisi kita tapi siapa tahu di sisi ALLAH, dia lebih mulia daripada kita??
SAYANGI IBU BAPA KERANA ALLAH
[Jangan jadi seperti Anakku Sazali]
------------------------------------------------
"Menjadi harapan untukku menyaksikan.. ummat yang bertuah ini kembali bersatu hati.." (Raihan - Bersatu)
------------------------------------------------
0 Comments:
Post a Comment
<< Home