Monday, June 07, 2004

:: Life After Death ::

Assalamua'laikum..

Al-hamdulillah seronoknya berbincang dengan sahabat-sahabat tempoh hari di dalam kegiatan usrah. Masya-ALLAH banyak perkara yang kita dapat kongsi sama2 dan moga2 ALLAH mengikat hati kita semua dalam Islam, amin.

Something to share.. dalam kita duk dealing ngan non-muslim around, kita akan jumpa bahawa mereka ini tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Macam mana hendak meyakinkan mereka ini bahawa wujudnya kehidupan selepas mati?

Dr. Zakir Naik, seorang pakar dalam bidang Comparative Religion, ada menulis tentang perkara nie dalam bukunya: 20 Most Common Questions About Islam (Terbitan SABA Islamic Media - boleh didapati dalam Bahasa Melayu) iaitu SOALAN YANG KE-16.

Antara point yang boleh kita ambik ialah konsep keadilan di dunia akan sia-sia jika takde kehidupan selepas mati. Kenapa? Sebab kita dapati di dunia ini ada penjenayah yang powerful dan kekadang mereka ini tak mendapat hukuman manakala yang tertindas tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Contoh yang paling jelas yang kita boleh bagi ialah macam mana untuk menghukum Hitler yang telah membunuh 6 JUTA orang Yahudi semasa pemerintahannya. Kalau pun ia ditangkap, apakah bentuk hukuman yang sesuai? For sure lah manusia tidak akan dapat memberikan keadilan TETAPI ALLAH MAHA ADIL dan dapat memberi keadilan kepada manusia di hari kiamat kelak. Jika ALLAH menghendaki, ALLAH dapat membakar Hitler lebih 6 JUTA kali. Firman ALLAH bermaksud:

"Those who reject Our signs, We shall soon cast into the Fire; as often as their skins are roasted through, We shall change them for fresh skins, that they may taste the penalty: for Allah is Exalted in Power, Wise"
[Al-Qur’an 4:56]

Ada satu perkara yang mesti kita garis-bawahi di sini iaitu: logik yang kita pakai ini adalah untuk mereka yang pakai logik juga (iaitu mereka yang seperti atheis, tiada mempercayai Tuhan dan agama). Bagi kita selaku Muslim sendiri sudah tentulah kita YAQIN dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH melalui lidah para nabi dan rasul-Nya dan kitab-kitab-Nya. Kita tidaklah menjadikan logik dan fakta sains itu sebagai DASAR kita kerana logik dan fakta sains ini boleh berubah tetapi DASAR kita ialah AL-QUR'AN - inilah IMAN YANG MANTAP!

Satu lagi kaedah yang penting juga ialah menggunakan logik juga kepada mereka: kalaulah apa yang Islam katakan ini tidak benar, maka kamu sekalipon tidak akan rugi TAPI kalaulah ianya benar, maka siapa akan rugi? Tentulah kamu kerana tidak mahu mengikut Islam.

Sekali lagi diingatkan bahawa, kita sudah YAQIN 100% bahawa ISLAM inilah yang benar dan kita tidak menggunakan logik ini untuk menganuti Islam ini.
Selebihnya.. bacalah sendiri buku tue. (Hehe)

Selebihnya bertawakkal lah pada ALLAH moga mereka diberi HIDAYAH dan TAUFIQ-Nya. Sesungguhnya HIDAYAH dan TAUFIQ itu hanyalah milik ALLAH. Kita cuma merancang dan berusaha TETAPI ALLAH lah yang menentukan segala-galanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home