Sunday, June 13, 2004

:: Hidayah Milik ALLAH ::

Bismillah..

Pernah tengok tak cerite Armageddon atau cerite yang sewaktu dengannya? Takpon Day After Tomorrow..

Cerita Armageddon nih nak menggambarkan seolah-olah keadaan bumi di kala kiamat. Tapi, ia hanya melibatkan bumi je. Tapi, kali ini ada satu filem dokumentari yang buat hipotesis yg. lebih hebat lagi iaitu.. kemusnahan seluruh alam ini termasuk bumi, sistem solar dan segalanya melalui satu penyebab iaitu.. Black Hole!

Beberapa minggu lepas, teman bersama-sama seorang sahabat berpeluang menonton dokumentari nih yang di"download" daripada SuprNova.org yang asalnya adalah terbitan BBC.

Menurut dokumentari nih, mereka meramalkan bahawa kemusnahan alam ini akan disebabkan oleh satu Black Hole yang besar. Black Hole nih adalah satu fenomena alam yang boleh menyerap apa sahaja jirim yang lalu berdekatan dengannya hatta cahaya sekalipun tidak akan terlepas daripadanya. Dalam website BBC ada ceriter pasai Supermassive Black Hole ni di:
http://www.bbc.co.uk/science/horizon/2000/massivebholes.shtml (bacer lah penemuan hebat nih)

Cuba aa download drp. SuprNova.org tue dan cuba tengok simulation yang dibuat. Rasa gerun dan risau pada satu hari yang sememangnya dijanjikan oleh ALLAH Rabb sekalian alam.. tibanya Yaumul Qiamah.

Dokumentari nih just hipotesis sedangkan dalam Al-Qur'an sudah termaktub kejadian-kejadian dahsyat di penghujung penghidupan. Satu perkara yang teman perasan, mereka (unbelievers dan disbelievers) ini tetap tidak mahu kembali pada Al-Qur'an walaupun Al-Qur'an dah membuktikannya sejak dulu lagi. Taknak mereka "relate"kan hasil penemuan mereka melalui sains dan teknologi kepada Al-Qur'an seperti firman ALLAH bermaksud:


"And they said, No matter what sign you bring us with which to bewitch us, we will not be believers for you."
(Surah Al-a'raaf,7: 132)


Perkara sama berlaku pada zaman nabi2 dan rasul2 termasuk zaman Rasulullah sallallahua'laihiwasallam. Orang-orang Kafir Quraisy yang menyaksikan mukjizat Nabi Muhammad dengan mata kepala mereka sendiri pon masih degil untuk menerima Islam apatah lagi orang2 kafir zaman kini.

Sepatutnya pada logik kita, mereka yang terdiri drp. saintis yang banyak mengkaji, banyak ilmu pengetahuannya sudah tentulah makin kenal ALLAH dan mudah masuk Islam.. tapi hakikatnya bukan semuanya begitu sahabat-sahabat. Malah, seperti yang pernah teman bagitau sebelum ni, sensei (lecturer) teman yang bertaraf prof. dsb. nih masih bergelumang dalam teori kepalsuan Darwinism mereka. Hampir setiap kali masuk lecture mereka, tak abis2 mereka sentuh pasai Evolution dan mcm2 lagi lah. Boleh jadi pusing2 teman dibuatnya. Bukan itu saja.. malah ada satu subjek pulak pasai evolution nih. Adess.. mencabar..

Sebab apa diaorang nih ada yang taknak terima Islam dan sebab apa ada pulak ada yang boleh terima Islam.. kadang2 melalui alasan yang kecik dan remeh saje? Contohnya masuk Islam sebab makanan.. cerita nih pernah berlaku kat masjid dekat rumah teman yang lama. Sambil-sambil makan bersama-sama muslimin lain, si hamba ALLAH ini kata yang makanan yang sedap nih sudah semestinya diberi pada mereka yang hebat. Dengan asbab tu.. masuk Islam dia. Subhanallah..

Itulah.. semua nih atas Hidayah dan Taufik ALLAH! ALLAH Maha Kuasa bagi hidayah kat sesiapa yang Dia kehendaki dan Maha Kuasa menarik hidayah dari sesiapa yang Dia kehendaki jua. Kalau kita ada kelulusan setinggi mana pon kalau hati kita masih keras dan degil.. sudah tentulah ALLAH takkan bagi.

Berbalik pada isu tadi.. orang kafir yang degil ini taknak terima Islam dan cuba nak lari dari menerima Islam. Dan.. yang sedihnya antara orang Islam sendiri pon ada yang masih cuba mencari helah untuk melarikan diri daripada Islam. Mereka nih still taknak menggunakan segala penyelesaian yang Islam bagi. Inilah yang kita dok dengaq cadangan2 tak masuk akai contohnya dlm. mencegah kes rogol satu ketika dulu, ada pihak bagi cadangan "pakai kawat besi", "kasi" perogol dan mcm2 lah. Diaorang nih still taknak amik Islam lagik tuh.. sedangkan dalam Islam tuh dah cukup lengkap dah everything. Still nak pakai akal yg. cetek dan terbatas tuh.. marilah kita berdoa moga Allah menjauhkan kita dari sikap ini, nau'zubillahi min zaalik.

Dan mari kita berdoa pada Allah merayu semoga dilimpahkan hidayah dan taufiq Allah ke atas kita.. mudah-mudahan diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, sahabat2 kita dan seluruh muslimin muslimat selamat dunia dan hari kiamat.

Ameen..

p/s: Mari guna akal untuk cari keredhaan ALLAH..

"In the creation of the heavens and the earth, and the alternation of night and day, there are Signs for people with intelligence: those who remember Allah, standing, sitting and lying on their sides, and reflect on the creation of the heavens and the earth: 'Our Lord, You have not created this for nothing. Glory to You!"
(Surah Al-'Imran, 3: ayat 190-191)


0 Comments:

Post a Comment

<< Home