Assalamua'laikum..
Sambungan daripada posting lepas. Sebenarnya ALLAH dengan rahmat kasih sayang-Nya masih terus melimpahkan kurnia-Nya pada semua manusia sama ada dia beriman atau kufur.
"Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta-merta, bahkan) Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya."
(Faatir : 45 )
Walaupun manusia saban hari sama ada sengaja atau tidak sengaja membuat dosa dan maksiat, ALLAH masih terus sayang pada kita. Waktu yang ada ini ALLAH beri peluang untuk bertaubat sebelum tiba suatu masa di mana taubat tidakkan diterima hatta keluar air mata darah sekalipun iaitu apabila nafas sudah di kerongkongan dan apabila matahari terbit dari barat. Astagfirullahal 'adziim..
Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi tapi rahmat-Mu melangit luas..
Harga selautan syukurku..
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi..
(The Zikr)
Jum, mari marilah kita bertaubat. Sucikan diri kita.. mai..
------------------------
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH..
Teman nak minta tulun sahabat-sahabat tegurlah teman kalo ada perkara yang salah dalam tulisan/ posting ini dan sebelum2 nya. Juga kalo ada benda tak setuju dan sebagainya, berkongsilah ye. Betulkan teman kalo ada salah dan silap. Gunakanlah ruangan Comment di bawah nie sebaik-baiknya.
Kalaulah ianya privacy, just bitau aja melalui e-mail atau telefon dsb. Tegurlah teman kerana ALLAH. Teman cukup suka kalo ada orang tegur walaupun pahit utk. diterima. Tegurlah dgn. ikhlas dan tiada pujian kerana puji & puja hanya milik ALLAH.
Sebab apa kena tegur? Sebab kata-kata manusia itu boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wasallam. Sudah tentulah selain itu kalo diterima @ ditolak mestilah ada dalil @ hujah dari AL-QUR'AN dan AS-SUNNAH.
------------------------
0 Comments:
Post a Comment
<< Home