Wednesday, April 21, 2004

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat-sahabat..

Pertentangan antara Islam dan Jahiliyyah akan sentiasa berlaku sepanjang zaman kerana Islam tidak akan membiarkan sama sekali Jahiliyyah menguasai umat Islam dan begitulah sebaliknya.

Tiga minggu selepas pembunuhan kejam Syeikh Ahmed Yassin, Israel bertindak menyerang dan membunuh pula pengganti beliau, Abdel Aziz al-Rantissi. Baca berita katanya Israel dan US dikecam di PBB tapi nothing can be done sebab kuasa veto PBB pon dipegang oleh US gak. Inilah "polis dunia" yang dilaung-laungkan!!

Pencerobohan hak umat Islam, pembunuhan beramai-ramai umat Islam, penangkapan pejuang Islam.. ini semua sudah tak asing dan semacam satu kebiasaan kepada umat Islam. Kenapa? Sebab pihak jahiliyyah nie bimbangkan Islam akan kembali memerintah dunia. Perasaan dengki, hasad dan nafsu serakah dikuasai syaitan menggerakkan mereka untuk melakukan Perang Salib.

Saudara-saudara lihat sendirilah di Palestin, Afghanistan, Bosnia, Iraq, Chechnya dan lihat kat negara sendiri jer lah. Kenapa ulama'2 dahulu kala menentang penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan British? Sebab mereka tahu bahawa penjajah nie datang dengan alasan menakluk fikiran dan fizikal umat Islam. Antara 5 hak yang perlu dipelihara atas seorang Muslim adalah akidahnya dan inilah dasar mereka menentang penjajah.

Mungkin ada setengah suara mengatakan.. penjajah membenarkan dibina masjid, bersolat di dalamnya, berzakat dsb. tapi tahukah mereka bahawa Islam itu bukan sahaja solat, zakat, puasa sahaja, tapi juga sampai kepada memerintah dunia dengan Islam (Iqamatuddeen wa siasatuddunya bihi)? Tahukah mereka juga bahawa berapa banyak negara yang tidak dibenarkan langsung syiar dan syariat Islam seperti hukum-hakam Islam, azan, penutupan aurat dsb? Tahukah mereka bahawa dengan mengasingkan urusan agama daripada pemerintahan (seperti sistem Residen di Tanah Melayu) adalah suatu usaha penerapan sekularism?

Teman bimbang dengan peringatan daripada nabi sallallahua'laihi wasallam bahawa akan tiba suatu masa akhir zaman, Islam akan hanya tinggal pada nama dan umat Islam yang ada hanyalah dari golongan syeikhul kabir (orang2 tua) yang mereka mengatakan oleh sebab bapa-bapa kami menyebut kalimah ini (kalimah tauhid) maka kami pon ikut sama menyebutnya.. tanpa suatu kesedaran dan kefahaman! Kita kena bimbang sebab generasi kita dan anak-anak kita dibayangi oleh peristiwa tragis ini.. nau'zubillahi min zaalik.

Jadi apa peranan kita? Memang banyak dan kewajipan kita melebihi masa yang kita ada.. kita perlu cari ilmu syarie untuk menyelamatkan diri dan kaum keluarga kita, kita perlu berJIHAD meningkatkan status umat Islam (dengan ilmu duniawi), kita perlu membantu saudara2 seakidah di seluruh dunia dan banyak lagi. Tapi ingat! Kalau tidak dapat buat semua buat masa nie, jangan tak buat langsung. Paling2 tidak, jangan lupa DOA pada ALLAH supaya memenangkan Islam kerana doa senjata mukmin.

Memetik kata2 seorang ustaz, Islam ini dimenangkan atas 4 cara: ILMU, DAKWAH, TARBIYYAH dan JIHAD.

Ingatlah bahawa mempelajari Ilmu Syarie (Ilmu Agama) adalah Fardhu Ain atas setiap muslim dan muslimat. Oleh itu dari sekarang mari menambah ilmu Islam di dada untuk ALLAH.

Monday, April 19, 2004

:: Hijrah Itu Pengorbanan ::

Bismillah..

Al-hamdulillah Sabtu lepas pindah ke rumah baru. Hari nie still tak hilang lagi letih uruskan rumah.. dari cari rumah, buat kontrak, pindah barang, tukar alamat rumah, cuci rumah lama dan kemas rumah baru. Fuuh.. nie pon masih tak abih lagi kemas nie. Insya-ALLAH buleh sambung lagi.

Malam nie first time bermalam di rumah baru. Walaupun pindah barangnya hari Sabtu, tapi belom ada kesempatan bermalam di rumah baru ni sebab asyik tidur di rumah lain aje.

Malam nie mula terasa kesunyian. Yerlah.. sebelum nie 2 tahun teman duduk serumah dengan seorang sahabat akrab.. pahit duka, susah senang dilalui bersama, ilmu & pengalaman dikongsi.. akhirnya setiap pertemuan ada perpisahan dan ingatlah, 2 pemuda/i yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH merupakan salah satu golongan yang akan mendapat naungan Arasy ALLAH pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan ALLAH semata-mata.

:: Penghargaan ::

Jazakumullahukhairan kathira (Semoga ALLAH mengurniakan ganjaran baik yang banyak) kepada mereka yang banyak menghulurkan tangan membantu teman selama nie, juga semasa teman pindah juga. Memang hanya ALLAH sahaja yang layak membalas jasa sahabat semua. Insya-ALLAH niat yang baik tidak akan sia-sia.

Terharu dengan abang dan kakak suami isteri yang susah payah datang untuk membantu pindahkan barang. Walaupun sampai2 teman dah siap nak berangkat dah tapi mereka masih sempat bagi nasik lagi. Lauk pulak sedap.. al-hamdulillah. Time pindah nie rupa2nya nasik dan lauk itulah yang penting rupanya.. pengalaman..

Tak lupa seorang kakak yang baik hati dan ambil berat hal adiknya.. sanggup korban untuk berkongsi ilmu dan berkongsi nikmat yang diperolehinya.

Kalau nak disebut di sini semuanya memanglah susah tapi teman doakan semoga sahabat sekalian dirahmati ALLAH dan kita semua diberi hidayah dan taufiq-Nya. Niat ikhlas pengorbanan sahabat ALLAH sahaja yang akan membalasnya, amin. Teman bukan ingin memuji kerana teman tahu, puji-pujian ini hanya layak bagi ALLAH dan teman takut kalo2 yang dipuji akan rosak amalnya kerana adanya sifat mazmumah di dalam hati tapi sebagai satu express yang teman sayang semua sekali kerana ALLAH.

Kita bersaudara kerana kita Muslim. Walau dari mana kita datang, rupa paras kita, miskin kaya.. semuanya dibatasi oleh Islam.

Cukuplah takat ini dahulu. Moga ALLAH tautkan hati kita semua dalam persaudaraan Islam, amin. Betapa manisnya..

Tuesday, April 13, 2004

Assalamua'laikum..

Al-hamdulillah petang tadi lepas kelas p lawat rumah baru. Dah pindah rumah nie macam2 nak kena pikir.. banyak benda baru kena beli.. so pasni kenalah berjimat cermat insya-Allah.

Memang kebelakangan nie agak sibuk. First, sem baru baru je start.. kena gerakkan phase CUTI SPRING kepada phase BELAJAR lak.. hehe.. sahabat2 doa-doakanlah teman yer, mudah-mudahan dimudahkan Allah.

Keduanya nak kena pk untuk pindah nie. Dari cari rumah sampailah kemas umah, semua tue kena urus sendiri. Biaser lah tue dah rumah sendiri kan kan.. pindah pulak masa yg. sama ngan start sem baru, satu ujian dari Yang Maha Esa insya-Allah.

Sebelum terlupa, untuk sahabat2 sebatch, ada berita baik:

SEMINAR KERJAYA 2004

Tarikh : 30th April 2004 (Jumaat)
Masa : 10:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Multipurpose Hall, Kokuyo Tokyo Showroom,
Kounan 1-8-35, Shinagawa-ku, Tokyo 108-8710
Tel:03-3450-3712 Fax:03-3450-3741
URL : http://www.kokuyo.co.jp/ksr/srs_top.html
Bayaran : PERCUMA!!! untuk ahli ***kad keahlian diminta ditunjukkan pada hari berkenaan.
2000 yen untuk bukan ahli
Perhatian : Sila membawa bersama laporan kurikulum (履歴書), sijil keputusan(成績証明書), sijil jangkaan tamat pengajian sekolah(卒業見込証明書), dan laporan kesihatan(健康診断書) anda ke Seminar Kerjaya 2004.

Jadual masa seminar:

9:00 ~ 9:15 pagi Pendaftaran syarikat.
9:00 ~ 10:00 pagi Persediaan seminar kerjaya & pendaftaran pelajar.
10:00 ~ 4:30 petang Seminar kerjaya.
4:30 ~ 5:15 petang Bersurai.

Senarai nama syarikat yang mengambil bahagian :

PIONEER TECHNOLOGY(M) SDN BHD

アルプス電気株式会社

(株)ミヤオカンパニーリミテド

ローム・ワコー株式会社

JAC RECRUITMENT AGENCY (M) SDN BHD

株式会社 MARUWA

ショーワ株式会社

シャープ株式会社 

RENESAS SEMICONDUCTOR (MALAYSIA) SDN BHD
(resume and copies of certs - Form 5, university transcripts and any other related documents to the interview)

松下電器産業(株)

昭和電工株式会社

松下電子部品株式会社

PERODUA MANUFACTURING SDN BHD

PAHUMA CONSULTING SINGAPORE

東洋鋼鈑株式会社

DISCO

Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi :
1) Lim Lai Keong Tel: 090-7524-5576
E-mel: laikeong@hotmail.com
2) Lim Kean Boon Tel: 080-5054-8295
E-mel: limtama@yahoo.co.jp


Minna ganbarou ze lillahitaa'la!

Monday, April 12, 2004


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani

Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya Iman dan Kehidupan menukilkan:

"Menurut penyelidikan dan kenyataan telah menjadi saksi, bahawa orang yang lebih berkeluh kesah dan cepat roboh berhadapan dengan kesukaran hidup dunia, ialah orang-orang yang tidak mengakui Tuhan dan tidak beragama, orang yang ragu-ragu dan orang-orang yang lemah iman. Disebutkan dalam Al-Qur'an sikap hidup mereka:

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.(Hud: 9)

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan dan kalau dia ditimpa kesusahan maka menjadilah dia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).
(Fussilat: 49)

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
(Al-Hajj: 11)"

Allahua'lam.


Sunday, April 11, 2004

Assalamua'laikum sahabat-sahabiah..

Hari nie merupakan hari last untuk bercuti-cuti sebab start esok, 12 hb. April, sesi persekolahan baru bagi U teman akan bermula insya-ALLAH. Entrance ceremony telah selamat diadakan 6 hb. yg. lalu bagi menyambut students yg. bakal menjadi warga TIT.



Yang pasti.. teman perlu terus melangkah.. selagi ada daya dan kekuatan dari Yang Maha Esa, selagi itulah perlu berusaha walau apa saja rintangan dan ujian yang menimpa. "Saishuppatsu" insya-ALLAH. Muslim hendaknya sentiasa memuhasabah dan memperbaiki diri (islah).

Kekadang apabila rebah di pertengahan jalan, kita tidak bisa untuk berdiri. Kalau tidak bisa berdiri, janganlah berhenti terus.. teruskanlah perjalanan walaupun dengan terpaksa merangkak. Doa lah pada ALLAH pohon kekuatan insya-ALLAH.

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


* IKLAN *

Jom kiter ke Tsukuba dari 1 hingga 3 Mei nanti untuk gathering students. Insya-ALLAH 4 orang penceramah jemputan akan bersama bagi mengisi jiwa yang dahagakan ilmu dan peringatan. Bergembiralah dengan ganjaran besar yang dikurniakan ALLAH kepada mereka yang mengambil satu jalan ke arah majlis ilmu.

Ikhlaskan niat. Ayuh melangkah bersama!

http://ipij.tripod.com/gwg.htm

http://noradila.tripod.com/iklangwg2004.html

Saturday, April 10, 2004

:: Synergize ::

In The Name of ALLAH The Most Gracious The Most Merciful

Al-hamdulillah yesterday I went for Solah Jumaah at my university's musolla. The khatib for this week has talked about IBADAH.. how IBADAH doesn't mean only as-solah, az-zakah, saum, reading Al-Qur'an and so on but also IBADAH in general meaning gives us that, everything that is done just to get the pleasure of ALLAH and is done according to syariah. Masya-ALLAH! ALLAH The Most Gracious gives us the chance to get His Pleasure by giving so much nikmat for us. So, we shouldn't let off this chance.. it doesn't mean that the KHUSUSUL IBADAH like as-solah, az-zakah etc. are not important but shows us that ISLAM is suitable for the whole ummah, a complete way of life (addeen) to the mankind..

Hehe.. practice kecek English jap sebab khutbah tue dlm. English kan.. lepas solah, al-hamdulillah sempat sembang2 ilmu sket ngan sahabat2 yg. lain kat shokudou (dewan makan). Masya-ALLAH memang best! Macam mana daripada tema DNA & teori evolusi buleh masuk ke cerita Yahudi and Sunni-Syiah..

Bercakap pasai DNA nie, sebenarnya DNA merupakan satu daripada banyak perkara yang mendatangkan masalah besar kepada Teori Evolusi yang diperkenalkan oleh Charles Darwin.. teori yg. berselindung di balik fahaman Materialism, actually untuk menjauhkan manusia daripada mengenal Tuhan semesta alam yang menciptakan ini semua dengan mengemukakan konsep2 seperti everything happens "by chance" (secara kebetulan) -> menafikan wujudnya campurtangan/ kuasa ghaib dalam penciptaan, juga konsep bagaimana satu sel yg. wujud dgn. sendiri di dunia lampau membentuk satu makhluk laut yang kemudian berevolusi kpd. haiwan darat dan kemudiannya menjadi burung.

Kekompleksitian DNA lebih membingungkan mereka.



Tahukah anda bahawa di dalam satu sel badan manusia yang normal yang sebesar 10 kuasa -5 meter itu, tersimpan DNA yang jika disambung-sambung akan menjadi 2 meter!! Boleh ker benda sepanjang 2 meter dimuatkan dalam satu sel tadi?! Tentulah rangkaian DNA itu mesti terlipat dalam bentuknya yang spesifik kan kan? Kalo tidak, camne nak muat? Dan.. semasa pembahagian sel, DNA yang terlipat nie akan terbuka untuk copy diri sendiri tapi akan kembali ke asal bila dah abih nanti, so sistem apa yang kawal benda nie supaya DNA tue boleh muat? Inilah yang Darwin tak pk sbb. pada zaman Darwin sendiri bidang DNA nie mmglah tak diketahui langsung! Sudah tentulah ada satu kuasa hebat yang atur ini semua (ALLAH Rabbul 'Alamin). Nah, lihat percaturan alam pon sudah tentu, apatah lagi kalo diperhati kejadian dalam diri sendiri. Subhanallah!



Tahukah anda lagi bahawa sel tersebut menyimpan maklumat untuk pembentukan bagi -> 206 tulang, 600 otot, 100 billion sel saraf serta 97,000 km kapilari darah!! Kalau lah kita nak simpan maklumat nie dalam ensaiklopedia maka akan terbentuklah 900 jilid ensaiklopedia dengan 500 muka surat setiap jilid.

Subhanallah.. hidayah milik ALLAH dan mari kita berdoa moga-moga ALLAH sentiasa melimpahi kita dengan petunjuk, taufiq dan hidayah-Nya, amin. Satu perkara untuk dikongsi bersama.. kadang2 kita lihat ramai sensei (prof) yang hebat2 dlm. akademiknya tapi mempercayai satu benda yang salah (batil). Why?

Satu sebab yang buleh difikirkan adalah mereka sendiri tiada agama. Juga sebab yg. tidak dapat ditolak adalah pendoktrinan. Bukankah satu benda yang salah itu jika diwarwarkan sebagai benar dan diulang-ulang-ulang, maka ia akhirnya akan melekat sebagai sesuatu yang benar (w/pun salah). Dalam perkara nie, media massa memainkan peranan cukup penting dlm. nak mendoktrin manusia.

Harun Yahya di dalam bukunya Evolution Deceit menyebut:

"This indoctrination creates a negative effect on the brain and disables the faculty of judgement. Eventually, the brain, being under a continuous indoctrination, starts to perceive the realities not as they are but as they have been indoctrinated. This phenomenon can be observed in other examples. For instance, if someone is hypnotised and indoctrinated that the bed he is lying on is a car, he perceives the bed as a car after the hypnosis session. He thinks that this is very logical and rational because he really sees it that way and has no doubt that he is right. Such examples as the one above, which show the efficiency and the power of the mechanism of indoctrination, are scientific realities that have been verified by countless experiments that have been reported in the scientific literature and are the everyday fare of psychology and psychiatry textbooks. "

Doktrin jugalah yang mengekalkan Kristian dalam fahaman "3 in 1" dan juga fahaman aqidah Syiah yang melampau - ikut membuta tuli apa sahaja yang diajar oleh orang alim (berkepentingan dunia) tanpa hujah yang kukuh!

So, mulai saat nie, meh kita sama2 ubah lah budaya kita sket demi sket. Segala apa maklumat yang kita terima kita sandarkanlah berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.. 2 hujah yang sangat kuat dan takkan terseleweng sesiapa yang berpegang padanya! Mari kita ubah dari budaya terima membuta tuli tanpa hujah (inilah INDOKTRIN) kepada budaya menuntut ilmu Islam yang sebenarnya, insya-ALLAH.

Let's SHARPEN THE SAW! (Habit No. 7 of Highly Effective People; Stephen Covey)

Rujukan:
(1) Harun Yahya - An Invitation To The Truth(2) "Idenshi no heya" (Gene's Room)
(3) Notes on 7 Habits of Highly Effective People; Stephen Covey

Tuesday, April 06, 2004

In The Name of ALLAH, Most Gracious, Most Merciful

Sahabat-sahabiah yang dirahmati ALLAH..

Hidayah adalah milik ALLAH. Apa sahaja yang kita lakukan, kita tidaklah dapat beri seseorang itu hidayah. Apa yang patut kita lakukan hanyalah dakwah dan selebihnya serahkanlah pada ALLAH dalam bentuk tawakkal.

Al-hamdulillah dapat lagi menulis sket catatan untuk dikongsi bersama. Saikin busy sket nak kena cari rumah untuk pindah. Al-hamdulillah hampir selesai dan hanya menghitung hari masuk rumah baru je.. hehe. Minggu depan start semester baru lak. Moga-moga lepas nie kena lebih rajin lagi.. yosh ganbarou.

Haa.. hari tue teman ada tulis pasai 7S Model kan? Ingat agi tak? Hehe.. kalo tak ingat boleh rujuk tulisan 17 Februari 2004 yer.

Kali nie teman cuba nak kongsi 7 gak.. 7 Habits of Highly Effective People. Sebuah buku tulisan Stephen Covey. Tentu semua pernah dengar pasai nie kan? DatukBandar pon selalu gak dok promosi buku nie. Kalo nak baca, bleh beli buku tue. Kalo bz sangat, search je aa kat internet kay?

Terpk gak, nape famous sangat angka 7 nih.. ermm.. kalo sesiapa tahu mai habaq kat sini noo.

Ok, antara point penting buku tadi ialah:

HABIT 1: Be Proactive

* Focus our energies on things we can control instead of reacting to or worrying about things over which we have little or no control

HABIT 2: Begin With The End In Mind

* We begin each day, week, project, etc. with a clear vision of our direction and destination

HABIT 3: Put First Things First

* First Things are those things you find most worth doing according to your personal vision of your mission

(1) Urgent and Important
(2) Not Urgent but Important
(3) Urgent but not Important
(4) Not Urgent and not Important

HABIT 4: Think Win-Win

* To get out of our win/lose way of looking at interpersonal relations ( I get mine you don't) and move towards a win-win attitude (How can we both get what we want)

HABIT 5: Seek First To Understand Then To Be Understood

* "Empathic Listening" - we do our best to get inside another person's frame of reference and see the world the way they do

HABIT 6: Synergize

* Through creative cooperation(not giving in or compromise) two or more people can produce results far better than either could do alone

HABIT 7: Sharpen The Saw

* Engaging in those activities which are aimed at preserving and maintaining ourselves!



Tentu sesuatu yang pelik bila idea ini diambil daripada seorang non-Muslim. Tapi percayalah, hikmah itu merupakan sesuatu yg. hilang dr. orang Mukmin, maka Rasulullah berpesan untuk mengambilnya semula jika ditemui. Ambillah kebaikan itu walau dari mana sekalipun ia datang. Hakikatnya, ilmu dan hikmat itu datangnya daripada ALLAH jua.

Kalo diperhati, kesemua 7 habit ini merupakan ajaran Islam jua. Bermula dengan niat.. perancangan masa depan.. muhasabah diri setiap hari.. sikap berlapang dada dan berlumba2 untuk kebaikan, maka cukup lengkaplah 7 habit ini!!

Apa2 sekalipun, dalam hidup ini, ISLAM dan IMAN paling penting. Iman lah yang bakal menentukan ke mana destinasi kita di akhirat nanti, sama ada ke syurga atau ke neraka, na'uzubillah. Mari kita berdoa moga kita semua dimatikan dalam Iman dan dijauhkan dari seksa api neraka.

Saturday, April 03, 2004


# EDISI KEMPEN #
*Restoran Halal Rung Ruen - makanan Thai*


Restoran berdekatan dengan JR Shin-Ookubo Station


Menu HALAL lagi murah


Menu HALAL lagi murah

Jemputan untuk membantu pengusaha restoran ini!!
* Seorang muslimat Thai yang sekarang berkahwin dengan seorang Japan-Muslim
* Bayaran sewa kedai yang amat mahal [300,000 yen (RM 9,000) sebulan]
* Harga makanan halal yang diimport dari Thai amat mahal berbanding yang non-halal
* Prestasi kedai "akaji" (duit keluar>duit masuk) menyebabkan ia mungkin ditutup nanti

Keistimewaan kedai:
* Tiada arak disajikan
* Menu halal 100% dan teramat murah (paling mahal 850 yen)
* Ada "tabehoudai" setiap Jumaat (buffet) (800 yen)
* Pengusaha kedai yang sangat peramah dan baik
* Berdekatan Masjid Shin-Ookubo

Marilah kita membantu saudari kita ini. Sudah menjadi kewajipan kita untuk membantu setiap saudara/i seIslam kita kerana ALLAH TAA'LA.

Thursday, April 01, 2004

Assalamua'laikum..

Yahudi sekali lagi melukakan sensitiviti Islam dan ummatnya dengan kali nie dengan menerbitkan risalah yg. digelar sbg. "Al-Qur'an Baru". [rujuk Berita Harian 1 April 2004]

Antara fitnah yg. dilemparkan terhadap Islam adalah Islam merendah-rendahkan golongan wanita. Kita, ummat Islam yang mengambil Islam sebagai addeen dengan keyakinan dan kefahaman yang mendalam terhadap Islam sama sekali menolak keras fitnah ini.

Salah satu drp. soalan famous yg. selalu ditanya tentang Islam di dalam buku Dr. Zakir Naik adalah berkenaan status perempuan.

HIJAAB FOR WOMEN
Question:

Why does Islam degrade women by keeping them behind the veil?

Answer:

The status of women in Islam is often the target of attacks in the secular media. The ‘hijaab’ or the Islamic dress is cited by many as an example of the ‘subjugation’ of women under Islamic law. Before we analyze the reasoning behind the religiously mandated ‘hijaab’, let us first study the status of women in societies before the advent of Islam

1.In the past women were degraded and used as objects of lust

The following examples from history amply illustrate the fact that the status of women in earlier civilizations was very low to the extent that they were denied basic human dignity:

Babylonian Civilization:
The women were degraded and were denied all rights under the Babylonian law. If a man murdered a woman, instead of him being punished, his wife was put to death.

Greek Civilization:
Greek Civilization is considered the most glorious of all ancient civilizations. Under this very ‘glorious’ system, women were deprived of all rights and were looked down upon. In Greek mythology, an ‘imaginary woman’ called ‘Pandora’ is the root cause of misfortune of human beings. The Greeks considered women to be subhuman and inferior to men. Though chastity of women was precious, and women were held in high esteem, the Greeks were later overwhelmed by ego and sexual perversions. Prostitution became a regular practice amongst all classes of Greek society.

Roman Civilization:
When Roman Civilization was at the zenith of its ‘glory’, a man even had the right to take the life of his wife. Prostitution and nudity were common amongst the Romans.

Egyptian Civilization:
The Egyptian considered women evil and as a sign of a devil.

Pre-Islamic Arabia:
Before Islam spread in Arabia, the Arabs looked down upon women and very often when a female child was born, she was buried alive.

2.Islam uplifted women and gave them equality and expects them to maintain their status.

Islam uplifted the status of women and granted them their just rights 1400 years ago. Islam expects women to maintain their status.

Hijaab for men

People usually only discuss ‘hijaab’ in the context of women. However, in the Glorious Qur’an, Allah (swt) first mentions ‘hijaab’ for men before ‘hijaab’ for the women. The Qur’an mentions in Surah Noor:

"Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty: that will make for greater purity for them: and Allah is well acquainted with all that they do."
[Al-Qur’an 24:30]

The moment a man looks at a woman and if any brazen or unashamed thought comes to his mind, he should lower his gaze.

Hijaab for women.

The next verse of Surah Noor, says:

" And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof; that they should draw veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons..."
[Al-Qur’an 24:31]

3.Six criteria for Hijaab.
According to Qur’an and Sunnah there are basically six criteria for observing hijaab:

(1) Extent:

The first criterion is the extent of the body that should be covered. This is different for men and women. The extent of covering obligatory on the male is to cover the body at least from the navel to the knees. For women, the extent of covering obligatory is to cover the complete body except the face and the hands upto the wrist. If they wish to, they can cover even these parts of the body. Some scholars of Islam insist that the face and the hands are part of the obligatory extent of ‘hijaab’.

All the remaining five criteria are the same for men and women.

(2) The clothes worn should be loose and should not reveal the figure.

(3) The clothes worn should not be transparent such that one can see through them.

(4) The clothes worn should not be so glamorous as to attract the opposite sex.

(5) The clothes worn should not resemble that of the opposite sex.

(6) The clothes worn should not resemble that of the unbelievers i.e. they should not wear clothes that are specifically identities or symbols of the unbelievers’ religions.

4.Hijaab includes conduct and behaviour among other things

Complete ‘hijaab’, besides the six criteria of clothing, also includes the moral conduct, behaviour, attitude and intention of the individual. A person only fulfilling the criteria of ‘hijaab’ of the clothes is observing ‘hijaab’ in a limited sense. ‘Hijaab’ of the clothes should be accompanied by ‘hijaab’ of the eyes, ‘hijaab’ of the heart, ‘hijaab’ of thought and ‘hijaab’ of intention. It also includes the way a person walks, the way a person talks, the way he behaves, etc.

5.Hijaab prevents molestation
The reason why Hijaab is prescribed for women is mentioned in the Qur’an in the following verses of Surah Al-Ahzab:

"O Prophet! Tell thy wives and daughters, and the believing women that they should cast their outer garments over their persons (when abroad); that is most convenient, that they should be known (as such) and not molested. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful."
[Al-Qur’an 33:59]

The Qur’an says that Hijaab has been prescribed for the women so that they are recognized as modest women and this will also prevent them from being molested.

6.Example of twin sisters

Suppose two sisters who are twins, and who are equally beautiful, walk down the street. One of them is attired in the Islamic hijaab i.e. the complete body is covered, except for the face and the hands up to the wrists. The other sister is wearing western clothes, a mini skirt or shorts. Just around the corner there is a hooligan or ruffian who is waiting for a catch, to tease a girl. Whom will he tease? The girl wearing the Islamic Hijaab or the girl wearing the skirt or the mini? Naturally he will tease the girl wearing the skirt or the mini. Such dresses are an indirect invitation to the opposite sex for teasing and molestation. The Qur’an rightly says that hijaab prevents women from being molested.

7.Capital punishment for the rapists

Under the Islamic shariah, a man convicted of having raped a woman, is given capital punishment. Many are astonished at this ‘harsh’ sentence. Some even say that Islam is a ruthless, barbaric religion! I have asked a simple question to hundreds of non-Muslim men. Suppose, God forbid, someone rapes your wife, your mother or your sister. You are made the judge and the rapist is brought in front of you. What punishment would you give him? All of them said they would put him to death. Some went to the extent of saying they would torture him to death. To them I ask, if someone rapes your wife or your mother you want to put him to death. But if the same crime is committed on somebody else’s wife or daughter you say capital punishment is barbaric. Why should there be double standards?

8.Western society falsely claims to have uplifted women

Western talk of women’s liberalization is nothing but a disguised form of exploitation of her body, degradation of her soul, and deprivation of her honour. Western society claims to have ‘uplifted’ women. On the contrary it has actually degraded them to the status of concubines, mistresses and society butterflies who are mere tools in the hands of pleasure seekers and sex marketeers, hidden behind the colourful screen of ‘art’ and ‘culture’.

9.USA has one of the highest rates of rape

United States of America is supposed to be one of the most advanced countries of the world. It also has one of the highest rates of rape in any country in the world. According to a FBI report, in the year 1990, every day on an average 1756 cases of rape were committed in U.S.A alone. Later another report said that on an average everyday 1900 cases of rapes are committed in USA. The year was not mentioned. May be it was 1992 or 1993. May be the Americans got ‘bolder’ in the following years.

Consider a scenario where the Islamic hijaab is followed in America. Whenever a man looks at a woman and any brazen or unashamed thought comes to his mind, he lowers his gaze. Every woman wears the Islamic hijaab, that is the complete body is covered except the face and the hands upto the wrist. After this if any man commits rape he is given capital punishment. I ask you, in such a scenario, will the rate of rape in America increase, will it remain the same, or will it decrease?

10.Implementation of Islamic Shariah will reduce the rate of rapes
Naturally as soon as Islamic Shariah is implemented positive results will be inevitable. If Islamic Shariah is implemented in any part of the world, whether it is America or Europe, society will breathe easier. Hijaab does not degrade a woman but uplifts a woman and protects her modesty and chastity.



Sememangnya ia adalah satu misconception tentang Islam yang mulia dan tinggi ini. Kita juga meyakini bahawa sesungguhnya Al-Qur'an tidak akan terjejas dengan perbuatan mereka ini kerana ianya dijaga oleh ALLAH Rabbul 'Alamiin.

Sesungguhnya Kaum Yahudi ini merupakan golongan yang dimurkai ALLAH kerana menyesatkan golongan yang sesat, Kaum Nasrani [2 golongan dalam Surah Al-Fatihah ayat akhir].

Allahua'lam.