Thursday, February 26, 2004

#Hum dekhna chahte hain#

Assalamua'laikum.. apa khabar adik kakak abang semua? Sehat ker? Al-hamdulillah teman selamat sampai kat Ganu hari Isnin lepas. ALLAH beri peluang sekali lagi untuk menulis.. al-hamdulillah..

Dalam dok termenung-menung pikir risau masalah ummat (hehe), terpk kan satu soklan famous lagi popular yang selalu ditanya oleh orang non-muslim Jepung kepada pelajar2 muslim di sini iaitu: kenapa orang Islam takleh makan babi?

Aduih.. susah nak jawab nie.. feniN feniN.. diaorang tue macam2 tanya kat kita.. kalo yang tahu lagi banyak pasai Islam lagi hebat dia tanya, bleh masuk soklan HOT Questions (High Order Thinking). Itulah sahabat-sahabat, tidak semestinya dengan kita cerita lebih kompleks tentang Islam, lagi orang makin paham dengan Islam.. mungkin makin jauh.. nau'zubillah. Hidayah bukan di tangan kita, kita cuma berusaha. Tengok sirah nabi.. nak dakwah, dakwah lah bermula dari akidah dahulu. Jangan dok teruih masuk solat, puasa dsb. lagi.. juga pasai mazhab dsb.. insya-ALLAH kita semua faham bab2 nie tapi bagi mereka yang baru nak kenai Islam, mungkin lagi jauh kita pergi lagi pening mereka. So, takyah susah2.. jom ajak mereka pk pasai akidah. Start from zero.

Orang non-muslim yang bertanya lak ada macam2 niat.. ada yg. memang ingin tahu, tapi jangan lupa, ada jugak yang nak "fire" Islam. Tak sedikit orang yang tahu pasai Islam tapi menentang!! Bahkan penentangan mereka yang arif tentang Islam berbanding yang baru nak kenai lagi hebat dengan hujah2 mereka. Tengok sajalah kat mana-mana pon.. baru-baru nie isu wanita takyah tutup aurat.. diaorang nie guna Al-Qur'an dan hadith serta sirah untuk tentang Islam.. sebab apa? adakah ajaran Islam nie tak lengkap? nop!! bukan sebab tue.. (Maha Suci ALLAH yang telah menurunkan Islam yang lengkap dan sempurna)..

..tapi sebab "misconception" pasai Islam mcm. yg. teman cakap b4. Itulah, kalo kita nak belajar something, kenalah jaga adab2 nya. Contohnya, macam nak keluarkan hukum/ fatwa, ia mestinya memenuhi banyaaaak syarat.. kena kuasai pelbagai lagi ilmu lain. Antaranya kena hafal Al-Qur'an dulu. Hati2 lah dengan amaran nabi Muhammad sallallahua'laihi wasallam, mafhumnya lebih kurang barangsiapa yang berdusta atas nama aku, maka sediakanlah tempatnya dalam neraka. Takutlah teman kalo2 dalam dakwah, kita sebut dua tiga hadith yang disandarkan pada nabi tapi sebenarnya hadith tue lemah ataupun teruk lagi maudhuk (palsu).Ini bukanlah sbg. pelemah semangat kita tapi sepatutnya pendorong semangat untuk kita belajar lagi dan lagi!!

Pasai soklan kenapa takleh makan babi, khinzir dsb. tue, teman nak kongsi satu. Apa salahnya kalo kita jawab, ALLAH dah kata dalam Al-Qur'an takleh makan, so takleh makan aa. Tak salah kalo kita nak bercakap soal hikmah kenapa begini kenapa begitu tapi first, kita kena bawak pada point nie dulu (pada pendapat teman lah.. kalo salah tolong betulkan). Yup.. Islam tu penyerahan diri.. apa yang ALLAH perintahkan sama ada suka atau tidak, kita mesti ikut. Janganlah kita jadi macam Bani Israel yang ALLAH laknat mereka kerana banyak songel. Renungilah ayat Surah Al-A'raaf, 7: 163-165 yang teman tulis b4. Bertanya kerana taktau takpe tapi jangan banyak alasan. Jangan pakai akai nak lari dari hukum ALLAH. Nau'zubillah.. takutnya teman.. mohon jauh dari sifat tue..

Hikmah bagi pengharaman tue boleh dicari tapi ia bukannya segala-galanya. Katakanlah kita kata babi takleh makan sebab kotor, so diaorang (non-muslim Japanese sbg. contoh) akan jawab balik.. ish skang dah bersih.. siap dlm. sangkar bersih. So, apa point kita lagi? Ermm.. itulah kan, anything kita perlu pada hidayah dan taufiq ALLAH dlm. nak jawab nie. Jawablah dengan HIKMAH dan pengajaran yang baik. Ingat!! Kita takleh bagi hidayah, tapi kerja kita usaha dan tawakkal pada ALLAH. Tak ker gitu ye dak?

Cukuplah setakat nie dulu. Insya-ALLAH di kelapangan lain kita bisa bertemu lagi dong. Jyaa..

Sunday, February 22, 2004

# 1 Muharram 1425 Hijriah #

Assalamua'laikum..

Al-hamdulillah, bersempena Hijrah, maka berwajah baru..

Jazakumullahukhairan kathira kepada pengunjung setia blog nie.. apa yang teman harapkan satu je, teruskan bagi komen dan nasihat yang membina, apa sahaja.. komen yang mematikan (atau me"mampus"kan kata org. Kelate) tidak akan diambil kira.

Mungkin coretan teman akan bercuti buat sementara memandangkan esok insya-ALLAH akan pulang ke tanah air bercuti selama sebulan. Kalo sahabat-sahabat ada komen, nasihat, pesanan buleh e-mail.

Dok jalan-jalan ke blog sahabat2 yg. lain tertarik dengan dua idea/ anjakan paradigma. Pertamanya, Kekanda Datuk Bandar dalam coretannya menimbulkan satu pertanyaan: kenapa perlu ada istilah saudara baru saudara lama? Adakah kita yg. lahir-lahir Islam nie lama sangat sampai "lapuk" Islam kita.. nau'zubillah.

Pernah teman duduk sejenak bersama mereka ini (yg. dicop "saudara baru") nie dalam program Friendly Comparative Religion (FCR) di Ibu Pejabat SABA di Setiawangsa. Dalam satu slotnya, beliau (seorang berbangsa Cina) tanya kenapa perlu ada istilah saudara baru saudara lama nie? Nampak macam ada "kasta".. kalo diimbas kpd. sistem kasta di India, sahabat buleh lihat betapa teruknya sistem kasta di sana di mana ada beberapa tingkatan golongan. Seingat teman, yg. paling atas dikenali sebagai golongan yang suci, atau golongan dewa, manusia yang berkahwin dengan dewa dan family mereka manakala golongan terbawah adalah golongan terhina dan keji. Bayangkanlah sahabat-sahabatku, apabila bayang golongan terbawah ini terkena badan golongan atas ini, mereka (golongan atas) ini perlu dimandikan dengan air bunga!!!! Itu baru bayang, belom sentuh lagi tue.. astaghfirullah.. fikir-fikirkan..

Teman juga tertarik dengan catatan sahabat di blog Mencari Identiti. Dakwah ini bukan hanya untuk yg. pakai kopiah sahaja.. dakwah ini meliputi juga mat2 rock dsb. Kalo tidak kita yang mendekati golongan begini, siapa lagi? Lihatlah contoh terbaik Rasulullah sallallahua'laihi wasallam sendiri. Dakwah untuk semua orang! Jangan kita jadi macam satu golongan yg. bukan sahaja takmo buat dakwah TAPI halang pulak orang yang nak buat dakwah tue. YA ALLAH.. kalo takmo buat janganlah dok larang orang.. isk isk..

Maksud firman ALLAH Taa'la dalam Surah Al-A'raaf:

7. 163. Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri [578] yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu [579], di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.

[578] Yaitu kota Eliah yang terletak di pantai laut Merah antara kota Mad-yan dan bukit Thur.

[579] Menurut aturan itu mereka tidak boleh bekerja pada hari Sabtu, karena hari Sabtu itu dikhususkan hanya untuk beribadat.

7. 164. Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu [580], dan supaya mereka bertakwa.

[580] Alasan mereka itu ialah bahwa mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan.

7. 165. Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.

(Surah Al-A'raaf, 7:ayat 163-165)


Dan cuba fikir apa jawapan golongan yang ingin berdakwah ini kepada golongan yang menghalangi mereka nie.. dakwah ini menyelamatkan aku dari azab seksa ALLAH dan harapan mudah-mudahan mereka dapat hidayah. Fikirkan.. fikirkan.. kita nak jawab apa bila orang kafir dakwa kita di depan ALLAH di akhirat kelak.

Mungkin ini dahulu buat kali ini. Mari sama-sama fikir risau IMAN kita. Mudah-mudahan diambil iktibar. Allahua'lam.

Saturday, February 21, 2004

# Berita Terkini #

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Insya-ALLAH jika tak silap, bermula maghrib hari ini kita akan masuk ke 1 Muharram 1425 H.. tahun baru bagi ummat Islam.. bagi kita semua muhasabah balik diri dan tanam azam untuk lebih baik di masa hadapan.

Dalam teman cuba meng"copy-paste" doa awal dan akhir tahun, terjumpa satu perkara yg. bisa dikongsi bersama. Insya-ALLAH teman "paste"kan di sini (digali dari Forum di al-ahkam.com.my):

AWAS!! Baca dari awal hingga akhir artikel untuk kefahaman anda!!


Tajuk: Amalan Awal Muharam - Adakah ia benar atau batil?

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam.

Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat.

Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21

Allah juga telah berfirman:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu.” Surah Al-Maidah ayat 3

Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah dan RasulNya), maka amalan itu tertolak.” Hadis riwayat Muslim

Imam Syafi’I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan kata-kata beliau yang masyhur:
“Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir.”

Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya.

Doa Awal dan Akhir Tahun

Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.

Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama’-ulama’ luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
“Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.”

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka.” Hadis Mutawtir

Ibnu Mas’ud pernah berkata yang bermaksud:
“Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).”

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
“Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.”

Kesimpulan

Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil.

Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
“Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah manakala setiap bid’ah adalah sesat.” Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
“….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.”

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya pada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian. Wassalam

Rujukan
Fatwa Islamiyah
-Sheikh Abdul Aziz bin Baz
-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad

Khilafiah, Bid’ah dan Maslahah Umum
Oleh Ustaz Basri Ibrahim

Bid’ah Menurut Ahli Sunnah
Oleh Rasul Dahri

Du’a – The Weapon of the Believer
Oleh Abu Ammaar Yasir Qadhi

www.Islamonline.com

Islam Question and Answer website

SJ-1162: Sambutan awal muharam

http://islam.tc/ask-imam/index.php

G@y@t
www.al-ahkam.com.my

Allahua'lam.. ALLAH jua Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Penghargaan pada panelis Al-Ahkam yang cuba sedaya upaya mencari asal-usul doa tersebut. Mudah-mudahan maklumat ini dapat dipanjangkan pada sahabat-sahabat lain. Mudah-mudahan dapat amik iktibar.

NOTICE: Berita Baik Untuk Mereka Yang di Kawasan Kantou!!!


Insya-ALLAH setiap Sabtu bermula jam 4:30 petang, Arabic Islamic Institute in Tokyo (Masjid Hiro-o) mengadakan Majlis Ilmu buat muslim dan muslimat.. di sekitar Tokyo, Kanagawa, Chiba, Saitama dan Ibaraki.

Aturcara secara kasar:
(Setiap Sabtu)
4:30 pm: Halaqah Tadarus Al-Qur'an (Pimpinan Syeikh Saad)
5:30 pm: Solat Maghrib + Kuliah Maghrib (Oleh Syeikh Saad)
7:00 pm: Dinner
7:15 pm: Solat Isyak
7:30 - 8:30 pm: Kuliah Pengajian Fikih dan Tauhid (Oleh Ustaz Zaitoon)

* Kuliah Syeikh Saad adalah dlm. Bahasa Arab tetapi ada translator English
* Kuliah Ustaz Zaitoon adalah dlm. Bahasa Indonesia (sonang ja.. bisa faham dong!)
* Dinner adalah sponsor daripada pihak masjid (tiada caj dikenakan..hehe)

So, muslimin muslimat dijemput meramaikan majlis ilmu kerana ALLAH Taa'la.


Cara Ke Masjid Hiro-o dari Stesen Azabu-Jyuuban



Cara Ke Masjid Hiro-o dari Stesen Hiro-o


Sumber rujukan: Website Arabic Islamic Institute

Sekian, assalamua'laikum..

Assalamua'laikum..


[Sumber: Islamic Research Foundation]


Pagi Sabtu 21 Februari 2004 bersamaan 30 Zulhijjah 1424 Hijriah..

Sebelum ini ada sedikit teman coretkan pasai Islam yang ghuraba' (asing/ dagang). Kita boleh lihat dengan pelbagai tuduhan atau ejekan yang dilemparkan kepada mereka yang nak mengamalkan Islam. Daripada nabi Adam lagi sehinggalah ke zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, para sahabat dan seterusnya sehingga ke saat ini, dugaan dan cubaan sememangnya tidak pernah lekang dari ummat Islam. Cubaan datang dalam bentuk kesusahan dan kepayahan.. tetapi ingat! Cubaan juga datang dalam bentuk kesenangan! Kalo sekarang ini, tuduhan terrorists dan fundamentalists dan pelbagai lagi itu sudah menjadi lumrah. Cuba kita ikuti kisah Imam As-Syafie rahimahullah.

Seingat-ingat teman, Imam Syafie sudah menghafal Al-Qur'an pada berumur 8 tahun dan kemudian sebelum berguru dengan Imam Malik, beliau sudahpun menghafal (bukan setakat khatam) buku tulisan Imam Malik iaitu Al-Muwatta'. Setelah itu, beliau dilantik sebagai gabenor di sebuah negeri bukan asal usul beliau dan di sinilah timbulnya fitnah dari mereka yang benci, dengki dengan beliau yang menuduh beliau sebagai golongan Syiah.

Sampai sekarang masih bermain-main lagi di benak ini mengenai jawapan Imam Syafie ketika ditanya di hadapan Khalifah mengenai tuduhan demikian. Beginilah lebih kurang jawapan beliau: "Wahai Amirul Mukminin, bapa aku, ibu aku, mereka adalah dari keluarga Rasulullah. Kalaulah dengan sebab perbuatan aku mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam maka aku dituduh sebagai Syiah, maka aku rela dituduh sebagai Syiah."

Nah, macam mana? Fikir-fikirkan..

Teringat juga kisah yang pernah dikhabarkan kepada teman. Yusuf Al-Qardhawy, seorang ulama' kontemporer juga pernah memberikan komen yg. lebih kurang beginilah.. "Kalaulah hanya dengan kerana ingin mempertahankan Islam, mempertahankan tanah air tercinta daripada penjajah (seperti umat di Palestin) itu dianggap sebagai terrorist, maka aku juga rela dicop sebagai terrorist."

Fikirkan.. fikirkan.. siapa yang tak sayang Islam dan Iman ini sahabat-sahabat? Bukan senang nak menjaganya..

Wallahua'lam.. ALLAH jua Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Mudah-mudahan dapat diambil sedikit iktibar buat diri yang menulis terutamanya. Sekian dulu..

Friday, February 20, 2004

Assalamua'laikum..
Subhanallah, Al-Hamdulillah, Allahu Akbar

Hari nie Jumaat, 29 Zulhijjah 1424 H.. insya-ALLAH pada hari Ahad nanti kita akan menyambut ketibaan Tahun Baru 1425 H. Jangan kita lupa nak baca doa akhir tahun dan doa awal tahun ye nanti.

Berpagi-pagi Jumaat yang mulia dan syahdu ini, teman nak ajak kita hayati satu kisah pendek mengenai seorang pendakwah kontemporer (semasa) iaitu Harun Yahya. Kenalkah kita siapa Harun Yahya nie?


Harun Yahya @ Adnan Oktar


Harun Yahya merupakan nama pena bagi seorang berbangsa Turki iaitu Adnan Oktar. Beliau merupakan pengarang yang banyak jasanya dan dalam dakwahnya yang bermula di Universiti Mamar Sinan yang pada masa itu dikuasai oleh fahaman Materialism dan ideologi berhaluan kiri. Pernah dipenjarakan selama 19 bulan bersama-sama pesakit jiwa yang berbahaya kerana usahanya menentang Darwinism dan Materialism mendapat tentangan pihak berkenaan.

Tuduhan2 klasik terhadap para nabi seperti gila, ahli sihir, pentingkan diri sendiri dsb. juga pernah beliau hadapi. Beliau juga pernah ditangkap atas tuduhan mengedar dadah yg. diletak secara sengaja di rumah beliau dan juga disuntik dgn. dadah utk. melemahkan semangat beliau.

Lihatlah saudara2 ku.. betapa susahnya nak jalankan agama ALLAH ini.. bermacam2 ujian.. mehnah dan tribulasi.. ikut saja sejarah Rasulullah dan anda akan dapati segala macam pahit maung yang tersangat berat utk. dihadapi berjaya dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat dengan berbekalkan IMAN dan keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
(Surah At-Taubah :111)

Harun Yahya telah menubuhkan Science Research Foundation dan juga telah menerbitakan pelbagai buku dan artikel tentang pelbagai isu seperti Darwinism, Teori Evolusi dan pelbagai. Tulisan beliau boleh didapati dalam banyak bahasa.. even boleh dapat secara percuma di mana-mana salah satu homepage beliau. Antaranya ialah: http://www.harunyahya.com/



Sesiapa yang ingin mendapatkan sebahagian buku beliau dalam English boleh rujuk kepada website SABA Islamic Media kat section Great Links website nie. (iklan: dan boleh pesan kat teman: Email me!

Itulah sahabat-sahabat, apa2pon sumbangan untuk Islam itu hendaklah ada dan mengikut kemampuan masing-masing. Kalau labah-labah boleh membantu dalam sumbangan dia kepada Islam kenapa tidak kita?Insya-ALLAH niat yang ikhlas itu hanya ALLAH sahaja Yang Maha Mengetahui nya.

Sekian dulu buat kali nie. Jom kita p solat Jumaat jom.. sebelum tue jangan lupa niat mandi sunat Solat Jumaat (untuk lelaki sahaja.. hehe).

p/s:- menghitung hari nak balik Malaysia.. al-hamdulillah mcm. best jer.. :)

Wednesday, February 18, 2004

Islam Is All About Peace

#Islam Is All About Peace#
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Malam yang syahdu nie meh hayati lirik kat bawah:

A perfect way to live
So don't believe all you see and hear..
Too many people wear a title of a Muslim..
But they don't practice Islam..

Chorus:
People of the world..
Islam.. it's all about PEACE..
Terrorism it doesn't teach..
It's all about love and family and charity..
And praying to one god
This Is Islam..


(Sedutan daripada presentation This Is Islam; boleh dapatkan kat ruang Menarik)

Sahabat-sahabat..
Hari nie kiter lihat, Islam senang diperkotak-katik, diganyang, diperlakukan mengikut hawa nafsu manusia yang rakus, manusia yang benci dengan kebangkitan Islam. Ditambah pula dengan misconception (misunderstanding) pasai Islam tu sendiri hatta oleh orang Islam sendiri, nau'zubillahi min zaalik. Janganlah kita jadi muslim yang mendatangkan fitnah pada Islam itu sendiri.

Misconception ini pula dibantu oleh anasir media massa seperti yg. sahabat2 dapat lihat sekarang. Memang benarlah sabda nabi sallallahua'laihi wa sallam bahawa Islam ini asalnya ghuraba' (dagang) dan akan kembali dagang. Kita lihat sahaja di mana-mana pon, sapa yg. nak amal Islam akan kena macam-macam. Yang nak pakai tudung, orang kata terrorist, fundamentalist dan macam-macam lagi. Memang ghuraba' betoi.. jadi terbalik lak.. yg. buat benda baik lak dipandang serong.. (Kalo sahabat-sahabat free, bleh la klik kat presentation Ever Wonder nie.)



Kali nie, teman cuba bawa satu isu yang selalu diperkatakan orang, yang selalu disalah-fahamkan oleh orang bukan Islam dan juga orang Islam. Pernahkah kita dengar pasai tuduhan Muslim ini terrorists, fundamentalists dsb. lagi. Sebelum kita kata apa2, tahu tak kita apa maksud terrorists dan fundamentalists tue? Meh kita belajar hakikat sebenornya..

Kekanda Abqari III cakap life is about giving, so kat sini nak "giving" la something. Dicedok daripada buku 20 Most Common Questions About Islam karangan Dr. Zakir Naik. Banyak artikel beliau boleh dapat kat website Islamic Research Foundation (IRF).
MUSLIMS ARE FUNDAMENTALISTS AND TERRORISTS

Question:

Why are most of the Muslims fundamentalists and terrorists?

Answer:

This question is often hurled at Muslims, either directly or indirectly, during any discussion on religion or world affairs. Muslim stereotypes are perpetuated in every form of the media accompanied by gross misinformation about Islam and Muslims. In fact, such misinformation and false propaganda often leads to discrimination and acts of violence against Muslims. A case in point is the anti-Muslim campaign in the American media following the Oklahoma bomb blast, where the press was quick to declare a ‘Middle Eastern conspiracy’ behind the attack. The culprit was later identified as a soldier from the American Armed Forces.

Let us analyze this allegation of ‘fundamentalism’ and ‘terrorism’:

1. Definition of the word ‘fundamentalist’

A fundamentalist is a person who follows and adheres to the fundamentals of the doctrine or theory he is following. For a person to be a good doctor, he should know, follow, and practise the fundamentals of medicine. In other words, he should be a fundamentalist in the field of medicine. For a person to be a good mathematician, he should know, follow and practise the fundamentals of mathematics. He should be a fundamentalist in the field of mathematics. For a person to be a good scientist, he should know, follow and practise the fundamentals of science. He should be a fundamentalist in the field of science.

2. Not all ‘fundamentalists’ are the same

One cannot paint all fundamentalists with the same brush. One cannot categorize all fundamentalists as either good or bad. Such a categorization of any fund amentalist will depend upon the field or activity in which he is a fundamentalist. A fundamentalist robber or thief causes harm to society and is therefore undesirable. A fundamentalist doctor, on the other hand, benefits society and earns much respect.

3. I am proud to be a Muslim fundamentalist

I am a fundamentalist Muslim who, by the grace of Allah, knows, follows and strives to practise the fundamentals of Islam. A true Muslim does not shy away from being a fundamentalist. I am proud to be a fundamentalist Muslim because, I know that the fundamentals of Islam are beneficial to humanity and the whole world. There is not a single fundamental of Islam that causes harm or is against the interests of the human race as a whole. Many people harbour misconceptions about Islam and consider several teachings of Islam to be unfair or improper. This is due to insufficient and incorrect knowledge of Islam. If one critically analyzes the teachings of Islam with an open mind, one cannot escape the fact that Islam is full of benefits both at the individual and collective levels.

4. Dictionary meaning of the word ‘fundamentalist’

According to Webster’s dictionary ‘fundamentalism’ was a movement in American Protestanism that arose in the earlier part of the 20th century. It was a reaction to modernism, and stressed the infallibility of the Bible, not only in matters of faith and morals but also as a literal historical record. It stressed on belief in the Bible as the literal word of God. Thus fundamentalism was a word initially used for a group of Christians who believed that the Bible was the verbatim word of God without any errors and mistakes.

According to the Oxford dictionary ‘fundamentalism’ means ‘strict maintenance of ancient or fundamental doctrines of any religion, especially Islam’.

Today the moment a person uses the word fundamentalist he thinks of a Muslim who is a terrorist.

5. Every Muslim should be a terrorist

Every Muslim should be a terrorist. A terrorist is a person who causes terror. The moment a robber sees a policeman he is terrified. A policeman is a terrorist for the robber. Similarly every Muslim should be a terrorist for the antisocial elements of society, such as thieves, dacoits and rapists. Whenever such an anti-social element sees a Muslim, he should be terrified. It is true that the word ‘terrorist’ is generally used for a person who causes terror among the common people. But a true Muslim should only be a terrorist to selective people i.e. anti-social elements, and not to the common innocent people. In fact a Muslim should be a source of peace for innocent people.

6. Different labels given to the same individual for the same action, i.e. ‘terrorist’ and ‘patriot’

Before India achieved independence from British rule, some freedom fighters of India who did not subscribe to non-violence were labeled as terrorists by the British government. The same individuals have been lauded by Indians for the same activities and hailed as ‘patriots’. Thus two different labels have been given to the same people for the same set of actions. One is calling him a terrorist while the other is calling him a patriot. Those who believed that Britain had a right to rule over India called these people terrorists, while those who were of the view that Britain had no right to rule India called them patriots and freedom fighters.

It is therefore important that before a person is judged, he is given a fair hearing. Both sides of the argument should be heard, the situation should be analyzed, and the reason and the intention of the person should be taken into account, and then the person can be judged accordingly.

7. Islam means peace

Islam is derived from the word ‘salaam’ which means peace. It is a religion of peace whose fundamentals teach its followers to maintain and promote peace throughout the world.

Thus every Muslim should be a fundamentalist i.e. he should follow the fundamentals of the Religion of Peace: Islam. He should be a terrorist only towards the antisocial elements in order to promote peace and justice in the society.


Kalo nak simpulkan.. yeah kita mmg. terrorists, haa.. demo nok royak gapo lagi? meme la kawe mendatangkan terror (ketakutan) kepada mereka hok buat jahat.. (whoops!) ter"kecek" Kelate lak.. yup terrorist bila kita mendatangkan ketakutan pada mereka yang buat jahat.. dan mereka yang inginkan peace dan keadilan tak perlu takut dengan Islam kan kan kan?

Wallahua'lam.. tapi al-hamdulillah best aa buku nie. Insya-Allah buleh bukak mata kita sket dan patut sangat-sangat dikongsi dan menjadi bahan dakwah kepada non-muslim. (Promote sket) sapa nak order, meh habaq kat sini sebab teman boleh tolong order untuk sahabat-sahabat..

Kembali pada topik kita tadi, memang akan berbahagia dan beruntunglah mereka yang asing seperti Islam tadi.. mari kita kembali pada dasar ajaran Islam yang benar. Ingatlah peringatan daripada Allah bahawa apa-apa pertelingkahan, kembalilah pada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Rasul juga berpesan agar berpegang pada ini nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya.

Semoga Allah mengurniakan hidayah dan taufiq kepada kita semua, amin.

p/s: Berita baik kepada sahabat-sahabat yang tempah buku dan VCD SABA Islamic Media hari tue.. insya-Allah tak lama sampailah kat umah tue.. kikik.. ~PEACE~

Tuesday, February 17, 2004

Assalamua'laikum

:: McKinsey 7S Model ::

Pernahkah sahabat-sahabat dengar tentang Model 7S McKinsey?

The Seven S Framework first appeared in "The Art Of Japanese Management" by Richard Pascale and Anthony Athos in 1981. They had been looking at how Japanese industry had been so successful, at around the same time that Tom Peters and Robert Waterman were exploring what made a company excellent. The Seven S model was born at a meeting of the four authors in 1978. It went on to appear in "In Search of Excellence" by Peters and Waterman, and was taken up as a basic tool by the global management consultancy McKinsey: it's sometimes known as the McKinsey 7S model.

The Seven Factors are:




S1 - Structure :: How people and tasks / work are organised

S2 - Systems :: All the processes and information flows that link the organisation together

S3 - Strategy :: A set of actions that you start with and must maintain

S4 - Style :: How managers behave

S5 - Staff :: How you develop managers (current and future)

S6 - Skills :: Dominant attributes or capabilities that exist in the organisation

S7 - Shared Values / Superordinate Goals :: Longer-term vision, and all that values stuff, that shapes the destiny of the organisation


Mudah katanya.. 7S nie kita gunakan untuk menilai balik gerak kerja kita terutamanya dalam berorganisasi. Untuk lebih memahami, mari kita relate kepada Hijrah Nabi sallallahu 'alahi wasallam:

Structure - lihatlah bagaimana nabi membina satu kerangka (aqidah) yang kukuh ke dalam diri sahabat2 selama 13 tahun di Mekah

System - tanzim/ gerak kerja nabi yang tersusun sebelum peristiwa hijrah di mana Perjanjian Aqabah Pertama menyaksikan wakil kaum di Madinah melafazkan 2 kalimah syahadah. Rentetan ini membawa kepada Perjanjian Aqabah Kedua di mana mereka (berbaiah) berjanji taat setia untuk melindungi nabi dan sahabat selepas hijrah Rasul

Strategy - Strategi yang digunakan oleh nabi di mana nabi berlindung di Gua Thur yang berada 3 batu di selatan Mekah sedangkan Madinah adalah ke utara Mekah bagi mengelak dikesan musuh

Style - Gaya tersendiri dalam berhijrah

Staff - Nabi mempunyai sahabat-sahabat, golongan pekerja yang terbaik spt. Asma' binti Abu Bakar yang membawa makanan ke Gua Thur semasa persembunyian nabi di sana, Abdullah bin Abu Bakar yang menjadi spy mengintip maklumat pihak Quraisy dan ramai lagi

Skill - kemahiran yang tinggi yang dimiliki oleh Abdullah bin Uraiqit (musyrikin Mekah) digunakan oleh nabi untuk memandu beliau melalui pesisiran pantai Madinah yang berteluk-teluk dan penuh dengan binatang berbisa

Shared Value - amal jama'ie atau pembahagian kerja yang ditunjukkan oleh sahabat2 yg. membantu nabi dalam hijrah ini

Demikianlah antara sedikit sebanyak contoh. Banyak lagi rahsia dan hikmah yang tersembunyi di balik Hijratun Nabi.

Mudah-mudahan dapat diambil manfaat bersama.

Sumber rujukan:
http://www.chimaeraconsulting.com/7s_model.htm

Monday, February 16, 2004

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua'laikum..

Firman ALLAH Taa'la maksudnya:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."
(Surah Ali-Imran, 3:110)

14 Februari lalu kita sibuk membicarakan soal Hari Valentine..

Baca mengenai Valentine's Day di sini. Mudah-mudahan kita dapat mengambil pelajaran.

Jangan kita persiakan nikmat Islam dan nikmat Iman yang amat berharga ini. Islam dan Iman lah yang menentukan destinasi terakhir kita. Tidaklah kita sanggup berada di neraka walaupun untuk seketika. Mudah-mudahan ALLAH sentiasa meletakkan kita di bawah lindungan payung rahmat hidayah dan taufiq-Nya, amin.

Saturday, February 14, 2004

Assalamua'laikum..

Cubaan cubaan..

Note: Hajimemashite.. salam ukhuwwah dari teman untuk semua pengunjung yang sudi menjenguk ke sini. Takde la apa yang menarik pon tentang blog nie.. cuma first time berjinak2 dengan blog dan html dan mcm2 lg istilah yg. ntah apa2 ntah.. sesiapa shj. dialukan utk. bg. panduan, nasihat, teguran etc.. moga2 ini jadi "cikal bakal" utk. lebih menarik dan elok, insya-Allah..

"..menjadi harapan untukku menyaksikan ummat yg. bertuah ini kembali bersatu hati.." (Raihan - Bersatu)