Saturday, April 10, 2004

:: Synergize ::

In The Name of ALLAH The Most Gracious The Most Merciful

Al-hamdulillah yesterday I went for Solah Jumaah at my university's musolla. The khatib for this week has talked about IBADAH.. how IBADAH doesn't mean only as-solah, az-zakah, saum, reading Al-Qur'an and so on but also IBADAH in general meaning gives us that, everything that is done just to get the pleasure of ALLAH and is done according to syariah. Masya-ALLAH! ALLAH The Most Gracious gives us the chance to get His Pleasure by giving so much nikmat for us. So, we shouldn't let off this chance.. it doesn't mean that the KHUSUSUL IBADAH like as-solah, az-zakah etc. are not important but shows us that ISLAM is suitable for the whole ummah, a complete way of life (addeen) to the mankind..

Hehe.. practice kecek English jap sebab khutbah tue dlm. English kan.. lepas solah, al-hamdulillah sempat sembang2 ilmu sket ngan sahabat2 yg. lain kat shokudou (dewan makan). Masya-ALLAH memang best! Macam mana daripada tema DNA & teori evolusi buleh masuk ke cerita Yahudi and Sunni-Syiah..

Bercakap pasai DNA nie, sebenarnya DNA merupakan satu daripada banyak perkara yang mendatangkan masalah besar kepada Teori Evolusi yang diperkenalkan oleh Charles Darwin.. teori yg. berselindung di balik fahaman Materialism, actually untuk menjauhkan manusia daripada mengenal Tuhan semesta alam yang menciptakan ini semua dengan mengemukakan konsep2 seperti everything happens "by chance" (secara kebetulan) -> menafikan wujudnya campurtangan/ kuasa ghaib dalam penciptaan, juga konsep bagaimana satu sel yg. wujud dgn. sendiri di dunia lampau membentuk satu makhluk laut yang kemudian berevolusi kpd. haiwan darat dan kemudiannya menjadi burung.

Kekompleksitian DNA lebih membingungkan mereka.



Tahukah anda bahawa di dalam satu sel badan manusia yang normal yang sebesar 10 kuasa -5 meter itu, tersimpan DNA yang jika disambung-sambung akan menjadi 2 meter!! Boleh ker benda sepanjang 2 meter dimuatkan dalam satu sel tadi?! Tentulah rangkaian DNA itu mesti terlipat dalam bentuknya yang spesifik kan kan? Kalo tidak, camne nak muat? Dan.. semasa pembahagian sel, DNA yang terlipat nie akan terbuka untuk copy diri sendiri tapi akan kembali ke asal bila dah abih nanti, so sistem apa yang kawal benda nie supaya DNA tue boleh muat? Inilah yang Darwin tak pk sbb. pada zaman Darwin sendiri bidang DNA nie mmglah tak diketahui langsung! Sudah tentulah ada satu kuasa hebat yang atur ini semua (ALLAH Rabbul 'Alamin). Nah, lihat percaturan alam pon sudah tentu, apatah lagi kalo diperhati kejadian dalam diri sendiri. Subhanallah!



Tahukah anda lagi bahawa sel tersebut menyimpan maklumat untuk pembentukan bagi -> 206 tulang, 600 otot, 100 billion sel saraf serta 97,000 km kapilari darah!! Kalau lah kita nak simpan maklumat nie dalam ensaiklopedia maka akan terbentuklah 900 jilid ensaiklopedia dengan 500 muka surat setiap jilid.

Subhanallah.. hidayah milik ALLAH dan mari kita berdoa moga-moga ALLAH sentiasa melimpahi kita dengan petunjuk, taufiq dan hidayah-Nya, amin. Satu perkara untuk dikongsi bersama.. kadang2 kita lihat ramai sensei (prof) yang hebat2 dlm. akademiknya tapi mempercayai satu benda yang salah (batil). Why?

Satu sebab yang buleh difikirkan adalah mereka sendiri tiada agama. Juga sebab yg. tidak dapat ditolak adalah pendoktrinan. Bukankah satu benda yang salah itu jika diwarwarkan sebagai benar dan diulang-ulang-ulang, maka ia akhirnya akan melekat sebagai sesuatu yang benar (w/pun salah). Dalam perkara nie, media massa memainkan peranan cukup penting dlm. nak mendoktrin manusia.

Harun Yahya di dalam bukunya Evolution Deceit menyebut:

"This indoctrination creates a negative effect on the brain and disables the faculty of judgement. Eventually, the brain, being under a continuous indoctrination, starts to perceive the realities not as they are but as they have been indoctrinated. This phenomenon can be observed in other examples. For instance, if someone is hypnotised and indoctrinated that the bed he is lying on is a car, he perceives the bed as a car after the hypnosis session. He thinks that this is very logical and rational because he really sees it that way and has no doubt that he is right. Such examples as the one above, which show the efficiency and the power of the mechanism of indoctrination, are scientific realities that have been verified by countless experiments that have been reported in the scientific literature and are the everyday fare of psychology and psychiatry textbooks. "

Doktrin jugalah yang mengekalkan Kristian dalam fahaman "3 in 1" dan juga fahaman aqidah Syiah yang melampau - ikut membuta tuli apa sahaja yang diajar oleh orang alim (berkepentingan dunia) tanpa hujah yang kukuh!

So, mulai saat nie, meh kita sama2 ubah lah budaya kita sket demi sket. Segala apa maklumat yang kita terima kita sandarkanlah berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.. 2 hujah yang sangat kuat dan takkan terseleweng sesiapa yang berpegang padanya! Mari kita ubah dari budaya terima membuta tuli tanpa hujah (inilah INDOKTRIN) kepada budaya menuntut ilmu Islam yang sebenarnya, insya-ALLAH.

Let's SHARPEN THE SAW! (Habit No. 7 of Highly Effective People; Stephen Covey)

Rujukan:
(1) Harun Yahya - An Invitation To The Truth(2) "Idenshi no heya" (Gene's Room)
(3) Notes on 7 Habits of Highly Effective People; Stephen Covey

0 Comments:

Post a Comment

<< Home