Wednesday, April 21, 2004

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat-sahabat..

Pertentangan antara Islam dan Jahiliyyah akan sentiasa berlaku sepanjang zaman kerana Islam tidak akan membiarkan sama sekali Jahiliyyah menguasai umat Islam dan begitulah sebaliknya.

Tiga minggu selepas pembunuhan kejam Syeikh Ahmed Yassin, Israel bertindak menyerang dan membunuh pula pengganti beliau, Abdel Aziz al-Rantissi. Baca berita katanya Israel dan US dikecam di PBB tapi nothing can be done sebab kuasa veto PBB pon dipegang oleh US gak. Inilah "polis dunia" yang dilaung-laungkan!!

Pencerobohan hak umat Islam, pembunuhan beramai-ramai umat Islam, penangkapan pejuang Islam.. ini semua sudah tak asing dan semacam satu kebiasaan kepada umat Islam. Kenapa? Sebab pihak jahiliyyah nie bimbangkan Islam akan kembali memerintah dunia. Perasaan dengki, hasad dan nafsu serakah dikuasai syaitan menggerakkan mereka untuk melakukan Perang Salib.

Saudara-saudara lihat sendirilah di Palestin, Afghanistan, Bosnia, Iraq, Chechnya dan lihat kat negara sendiri jer lah. Kenapa ulama'2 dahulu kala menentang penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan British? Sebab mereka tahu bahawa penjajah nie datang dengan alasan menakluk fikiran dan fizikal umat Islam. Antara 5 hak yang perlu dipelihara atas seorang Muslim adalah akidahnya dan inilah dasar mereka menentang penjajah.

Mungkin ada setengah suara mengatakan.. penjajah membenarkan dibina masjid, bersolat di dalamnya, berzakat dsb. tapi tahukah mereka bahawa Islam itu bukan sahaja solat, zakat, puasa sahaja, tapi juga sampai kepada memerintah dunia dengan Islam (Iqamatuddeen wa siasatuddunya bihi)? Tahukah mereka juga bahawa berapa banyak negara yang tidak dibenarkan langsung syiar dan syariat Islam seperti hukum-hakam Islam, azan, penutupan aurat dsb? Tahukah mereka bahawa dengan mengasingkan urusan agama daripada pemerintahan (seperti sistem Residen di Tanah Melayu) adalah suatu usaha penerapan sekularism?

Teman bimbang dengan peringatan daripada nabi sallallahua'laihi wasallam bahawa akan tiba suatu masa akhir zaman, Islam akan hanya tinggal pada nama dan umat Islam yang ada hanyalah dari golongan syeikhul kabir (orang2 tua) yang mereka mengatakan oleh sebab bapa-bapa kami menyebut kalimah ini (kalimah tauhid) maka kami pon ikut sama menyebutnya.. tanpa suatu kesedaran dan kefahaman! Kita kena bimbang sebab generasi kita dan anak-anak kita dibayangi oleh peristiwa tragis ini.. nau'zubillahi min zaalik.

Jadi apa peranan kita? Memang banyak dan kewajipan kita melebihi masa yang kita ada.. kita perlu cari ilmu syarie untuk menyelamatkan diri dan kaum keluarga kita, kita perlu berJIHAD meningkatkan status umat Islam (dengan ilmu duniawi), kita perlu membantu saudara2 seakidah di seluruh dunia dan banyak lagi. Tapi ingat! Kalau tidak dapat buat semua buat masa nie, jangan tak buat langsung. Paling2 tidak, jangan lupa DOA pada ALLAH supaya memenangkan Islam kerana doa senjata mukmin.

Memetik kata2 seorang ustaz, Islam ini dimenangkan atas 4 cara: ILMU, DAKWAH, TARBIYYAH dan JIHAD.

Ingatlah bahawa mempelajari Ilmu Syarie (Ilmu Agama) adalah Fardhu Ain atas setiap muslim dan muslimat. Oleh itu dari sekarang mari menambah ilmu Islam di dada untuk ALLAH.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home