Tuesday, August 31, 2004

:: Erti Sebuah Kemerdekaan ::

Assalamua'laikum..

Hari ni 31 Ogos.. Hari Kemerdekaan tanahair tercinta. Biarpun dikatakan bahawa kemerdekaan ini adalah tanpa setitis pertumpahan darah, namun tidak wajar kita melupakan titisan keringat para ulama' dan pejuang dulu yg. berjuang semata-mata demi Islam seperti Mat Kilau, Dato' Bahaman dan ramai lagi. Mereka berjuang bukan demi nama, tetapi demi Islam kerana mereka tahu bahawa Islam itulah yang tertinggi dan perjuangan meletakkan Islam ke atas itulah perjuangan yang tinggi dan agung.

Al-hamdulillah kemerdekaan dicapai.. namun apakah ertinya sebuah kemerdekaan zahiriah jika batin masih terseksa? Seperti semua maklum bahawa Yahudi dan Kristian tidak akan redha kepada kita sehingga kita mengikut jejak langkah mereka. Sebab itulah, kita nampak, macam2 serangan pemikiran (ghazwatul fikr) diatur dan dilancar satu demi satu semata-mata untuk merobohkan ummah. Istilah2 spt. nasionalisme, sekularisme dll. ni menjadi racun kpd. Islam.

Dalam menghayati kemerdekaan juga, janganlah kita lupa bahawa kesenangan yang dimiliki ini mestilah diguna kepada tempatnya sebelum tiba suatu masa yang sulit. Bersegeralah berbuat kebaikan..

Sabda Rasulullah bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.
(H.R.Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang di akhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku.

Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu".

Mudah-mudahan Allah Taa'la menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

(Rujukan: http://www.geocities.com/ruparaw/Tanda2_Akhir_Zaman.html )

Mudah-mudahan kesenangan dan nikmat kemerdekaan ini tidak melalaikan kita dari mengingati Allah, ameen. Allahua'lam.

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Friday, August 27, 2004

:: Shiawase danee ::

Bismillah..

Suka teman ambil rangkap terakhir lagu Raihan: Pesanan Buat Semua untuk dikongsi bersama.

Hitam putih susah senang kehidupan
Perlu ditempuhi dengan tenang
Semuanya penuh dengan hikmah yang tersirat
Tuhan jadikan untuk mendidik kita
Carilah keredhaan Nya

Sesungguhnya tak dapat kita nafikan bahawa setiap kesusahan dan kesenangan itu ada hikmahnya sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita tahu atau tidak.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Tapi.. bila menyentuh soal hikmah dalam byk. perkara, kadang2 kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa banyak yg. kiter tidak mengetahuinya terutamanya soal-soal arahan dan larangan Allah dan Rasul-Nya. Yang paling terasa bila kita ditanya oleh orang2 Jepun, kenapa orang Islam tak makan babi? Kenapa takleh minum alkohol dsb. lagi..

Dulu, teman cenderung untuk jawab bahawa kita takleh makan babi sebab babi itu kotor. Kalo orang Jepun tanya lagi, "eehh babi kat Jepun nie bersih.. makan, tempat tinggal terurus." macam mane kiter nak jawab lagi?

Ya, kita tak nafikan yang ada banyak hikmahnya di balik itu cuma kadang2 (ada ketikanya) kiter tak tahu mengenainya. Jadi, bagi teman lebih suka merujuk pada kenyataan bahawa segala arahan dan larangan Allah dan Rasul-Nya itu adalah kerana sememangnya Islam ini adalah satu bentuk penyerahan diri (orang Jepun cakap "fukujyuu"). Segala perintah dan larangan yang datang dari Allah dan Rasul-Nya tiada hak untuk kita membantah dan mempersoalkannya. Just do it! Itulah Islam.. menyerah diri bulat2 kepada Allah. Sebab apa? Sebab kita adalah hamba Allah! Dengar dan taat! Wallahua'lam.

Segala ujian.. susah atau senang.. perintah dan larangan Allah.. sama ada ringan atau berat.. semuanya hanya Allah jualah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Alangkah bahagianya seorang mukmin seperti hadis ini:

"Amat menarik hati keadaan org. beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada org. beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikan kebaikan kepadanya. Kalau ditimpa bahaya, dia sabar (berhati teguh), dan itu membaikkan pula kepadanya."
(Hadith Riwayat Muslim)

Ajaib sungguh orang beriman nie.. semuanya baik baginya.. masya-Allah. Kalo senang pon dia baik, kalo susah pon dia baik. Shiawasee danee..! Releks n cool jer..

Mudah-mudahan Allah menjadikan kita semua tergolong dalam orang2 yang beriman dan beramal soleh serta mendapat lindungan rahmat-Nya di dunia dan akhirat. Ameen..

Allahua'lam bissowab.

Vocab:
* Shiawase danee! = alangkah bahagianya

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Tuesday, August 24, 2004

:: Pesanan Buat Kita ::

PESANAN BUAT KITA
Raihan
http://agusw.cjb.net
wahai manusia janganlah kau lupa
kita ini adalah hamba pada Nya
kita dijadikan untuk membuat kebaikan
bukannya untuk membuat kemungkaran
wahai manusia kitalah hamba Nya
kita harus sabar mentaati Nya
kita harus sabar meninggalkan larangan Nya
dalam mengejar cita-cita mu
janganlah kau cuba mengambil jalan yg mudah
janganlah berdusta mengambil hak orang lain
yg bukan dari milik mu
dalam persahabatan mu janganlah mengkhianati
sahabatmu yang sejati
dalam perjanjianmu janganlah berjanji
jika tidak menepatinya
hitam putih susah senang kehidupan
perlu ditempuhi dengan tenang
semuanya penuh dengan hikmah yang tersirat
Tuhan jadikan untuk mendidik kita
carilah keredhaan Nya
senilagu & senikata: Nazrey
sumber : lirik_nasyid_club@yahoogroups.com
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Monday, August 23, 2004

:: Kenangan Semalam ::

Assalamua'laikum..

Setelah sekian lama menyepi seketika akhirnya al-hamdulillah dapat meneruskan bicara pena lagi. Al-hamdulillah Summer Camp yang lepas sangat2 best dan tidak dapat dilupakan.. selamat berlangsung dari 8 sampai 11 Ogos. Seminggu lepas tu pun masih sedikit bz menyambut tetamu yang datang ziarah ke Tokyo. Baru dua tiga hari lepas, bila teman-teman pulang ke tempat masing-masing, barulah mula terasa sunyi (walaupun hakikatnya mukmin itu tidak akan sunyi kerana dia tahu Allah bersamanya). Terima kasih sahabat yang sudi ziarah ke teratak buruk ini.. asbabnya al-hamdulillah ukhuwwah makin rapat.

Segala kenangan di Shirakawa, tempat camping, adalah tersangat indah sehinggakan tidak dapat diabadikan dalam foto tapi sewaktu di Nagoya hari tu sebelum pulang ke Tokyo, sempat juga mengabadikan dua keping gambar dalam handset.. hehe.


Cuba teka gambo apo nie? Nie lah pemandangan di bandar Nagoya pada waktu pagi.. yang menariknya lorong pedestrian dibahagi 3.. lorong kanan dan tengah untuk pejalan kaki dan lorong kiri untuk basikal. Menarik kan? Kat Tokyo tak jumpa nie..




Yang nie pulak gambo salah satu bangunan kat Nagoya University diambil dari atas asrama student Nagoya U. Maybe nie kubah teropong besar untuk lihat bintang ngan anak bulan kot..

Masa camping kat Shirakawa hari tu, antara kenangan yang paling tak dapat dilupakan ialah time hujan turun dengan lebatnya waktu petang tu tanpa dijangka sebab tengah harinya panas terik sampai semua peserta bertungkus-lumus bahu-membahu menyelamatkan khemah ceramah dan barang2 dari terkena hujan. Apalagi.. mandi hujan lah jawabnya. Lepas hujan berhenti, sempat juga kami bina semula khemah dan solat zuhur-asar dalam keadaan basah.

Lepas tu, ramai yang p main bola and tanpa dijangka buat kali kedua hujan turun lagi. Tapi al-hamdulillah khemah yang dibina buat kali kedua tu dah ada parit2 untuk mengalirkan air hujan.. masya-Allah kami dapat belajar dari kesilapan. Juga, baru kami sedar atas kesilapan kami tidak bersedia menghadapi kemungkinan hujan. Al-hamdulillah.. mungkin inilah antara hikmah dan pelajaran untuk kami. Mudah-mudahan kesilapan ini diperbaiki di masa hadapan.

Selesai solat maghrib-isyak ngan dinner, tetiba ada pengumuman supaya acara malam kebudayaan Islam dibatalkan sebab tempat basah. Namun hasil perbincangan, akhirnya diteruskan jua. Muslimin ngan muslimat diasingkan dan masa sejam sebelum persembahan cukup2 memberi kesempatan untuk berlatih. Al-hamdulillah masing2 menyampaikan mesej dakwah yang pelbagai.

Rasanya cukup dulu untuk kali ni. Insya-Allah bercerita lagi di kesempatan lain.. sekian.

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Friday, August 06, 2004

:: Mencari Secebis Kasih ::

Assalamua'laikum..

Al-hamdulillah.. akhirnya detik yang ditunggu dirasakan tersangat hampir, insya-Allah.. hasrat dan rindu untuk bertemu dengan sahabat-sahabat seIslam dan seakidah.. kita diikat bukan atas dasar kaum kerabat atau sanak saudara tetapi ikatan Aqidah Islam yang suci murni..atas ikatan inilah suatu masa dahulu, lahirnya generasi terbaik sepanjang zaman menurut Syed Qutb dalam bukunya Petunjuk Sepanjang Jalan.. inilah Generasi Al-Qur'an, generasi para sahabat Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Generasi yang sanggup korbankan kesenangan diri untuk sahabat seIslam hatta nyawa sekalipun semata2 atas dasar Islam. Generasi yg. bila hadiah berupa kepala kambing bertukar tangan apabila si penerima awalnya menyerahkan pada sahabatnya yg. dikatakan lebih memerlukan sehingga beberapa kali bertukar tangan sampailah akhirnya ke penerima yang awal tadi. Masya-Allah..

Terasa meriah pula bila sahabat2 lain merancang berkonvoi ramai2 ke tempat program. Mudah-mudahan perjalanan diredhai Allah.. selamat bertolak, selamat di perjalanan dan selamat tiba, ameen. Pesanan penaja: pandulah cermat dan ingatlah yang tersayang.

Sebelum teman meninggalkan tinta seketika untuk bersama sahabat2 lain ke summer camp insya-Allah, biarlah kita berkongsi sedikit. Baru sahaja tadi kita diperingatkan melalui Kuliah Maghrib Live mengenai tanda2 akhir zaman di dalam hadith2 Rasulullah.

Antara yang menyentuh hati adalah daripada hadith Rasulullah:

Ertinya: Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Masa berlalu semakin pantas tanpa kita sedari kerana sibuk mengejar kemewahan dunia. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan.

Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

Satu contoh mudah yang dibawa ustaz, keberkatan dalam rezeki. Menurut ustaz, ada orang yang gajinya tinggi tapi utk. menyara anak yang 2 orang pun susah tetapi ada pula org. yang gaji rendah tapi dpt. pula cukup2 menyara anaknya 10 orang. Inilah keberkatan dlm. rezeki.
Jadi, bila keberkatan masa dicabut, takutlah teman kiter akan jadi orang yg. rugi.. nau'zubillahi min zaalik.
Dalam masa yang pendek ini, macam2 terjadi di dalam dan luar negara kita. Seolah-olah baru semalam ianya terjadi. Bermula isu Fatwa Majlis Mufti (sebut "fatwa" bukan pendapat/ cadangan) tentang pengharaman Konsert Sure Heboh dan SMS Judi, tetiba keluarlah suara2 songsang yang menyesatkan.. mempertikaikan keputusan para ulama'. Para ulama' ditekan.. Islam dihina, dikatakan suara azan itu seperti salakan anjing dan maaacam2 lagi. Kiter boleh jumpa kenyataan2 dan berita2 berkaitan dlm. media arus perdana ini.
Tapi yakinlah.. janji Allah dan Rasul-Nya pasti berlaku.. Islam makin ditekan itulah makin ia kuat seperti belon yang ditekan ke dalam air.. awalnya seolah tenggelam tapi bila tiba masa ditakdir Allah, ia akan melenting bangun menentang jahiliyyah dan thagut. Takbir! Allahu Akbar!
So, dalam kelam kabut ni, camner nih? Pening? Mana satu benar?
Rasulullah telah meninggalkan pesan kepada kita semua, khas buat ummat yang satu, ummat yang bertuah ini.
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Ingat Allah ingat Rasul.. ingat Al-Qur'an ingatlah As-Sunnah pasti berjaya, insya-Allah.
Allah jua Yang Maha Mengetahui.. Allahua'lam.
Mohon permisi meneruskan perjuangan mencari secebis kasih Ilahi.

PANGGILAN TERAKHIR:
Ke mana anda cuti summer nanti? Apa kata kita sama-sama ke Summer Camp insya-ALLAH dari 8 sehingga 11 hb. Ogos 2004 nanti. Jom! BACA LANJUT

Tuesday, August 03, 2004

:: Natsu Yasumi ::

Alhamdulillahi rabbil 'alamiin..
Segala puji dan puja kepada Allah Tuhan sekalian 'alam..

Hari ni berakhirlah minggu dan musim xm dan bermulalah natsu yasumi (summer holidays). Walaupun xm dah abis tapi dlm. hati ni masih terpaut pada sekolah.. risau dan bimbang dengan paper2 yang sudah lepas. Report pon masih ada untuk diselesaikan. Sahabat-sahabat semua doa-doakanlah semoga teman dan kita semua berjaya ye, ameen.

Insya-Allah hanya beberapa hari lagi kita semua akan ke Summer Camp. Tak sabar rasanya nak jumpa sahabat2 lama.. mungkin rindu agaknya. Mudah-mudahan ikatan persaudaraan kerana Allah ini kan terus bersemi di bawah payung rahmat hidayah dan taufiq Allahu subhanahu wa taa'la. Dan akhirnya..

Khas untuk sahabat-sahabat istimewa.. terimalah mesej: Alam Persekolahan (Mirwana) daripada teman dengan ucapan "walaupun cuti, ingat2 lah sekolah ye.." hehe.. Islam means PEACE!



Ke mana anda cuti summer nanti? Apa kata kita sama-sama ke Summer Camp insya-ALLAH dari 8 sehingga 11 hb. Ogos 2004 nanti. Jom! BACA LANJUT