Monday, April 19, 2004

:: Hijrah Itu Pengorbanan ::

Bismillah..

Al-hamdulillah Sabtu lepas pindah ke rumah baru. Hari nie still tak hilang lagi letih uruskan rumah.. dari cari rumah, buat kontrak, pindah barang, tukar alamat rumah, cuci rumah lama dan kemas rumah baru. Fuuh.. nie pon masih tak abih lagi kemas nie. Insya-ALLAH buleh sambung lagi.

Malam nie first time bermalam di rumah baru. Walaupun pindah barangnya hari Sabtu, tapi belom ada kesempatan bermalam di rumah baru ni sebab asyik tidur di rumah lain aje.

Malam nie mula terasa kesunyian. Yerlah.. sebelum nie 2 tahun teman duduk serumah dengan seorang sahabat akrab.. pahit duka, susah senang dilalui bersama, ilmu & pengalaman dikongsi.. akhirnya setiap pertemuan ada perpisahan dan ingatlah, 2 pemuda/i yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH merupakan salah satu golongan yang akan mendapat naungan Arasy ALLAH pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan ALLAH semata-mata.

:: Penghargaan ::

Jazakumullahukhairan kathira (Semoga ALLAH mengurniakan ganjaran baik yang banyak) kepada mereka yang banyak menghulurkan tangan membantu teman selama nie, juga semasa teman pindah juga. Memang hanya ALLAH sahaja yang layak membalas jasa sahabat semua. Insya-ALLAH niat yang baik tidak akan sia-sia.

Terharu dengan abang dan kakak suami isteri yang susah payah datang untuk membantu pindahkan barang. Walaupun sampai2 teman dah siap nak berangkat dah tapi mereka masih sempat bagi nasik lagi. Lauk pulak sedap.. al-hamdulillah. Time pindah nie rupa2nya nasik dan lauk itulah yang penting rupanya.. pengalaman..

Tak lupa seorang kakak yang baik hati dan ambil berat hal adiknya.. sanggup korban untuk berkongsi ilmu dan berkongsi nikmat yang diperolehinya.

Kalau nak disebut di sini semuanya memanglah susah tapi teman doakan semoga sahabat sekalian dirahmati ALLAH dan kita semua diberi hidayah dan taufiq-Nya. Niat ikhlas pengorbanan sahabat ALLAH sahaja yang akan membalasnya, amin. Teman bukan ingin memuji kerana teman tahu, puji-pujian ini hanya layak bagi ALLAH dan teman takut kalo2 yang dipuji akan rosak amalnya kerana adanya sifat mazmumah di dalam hati tapi sebagai satu express yang teman sayang semua sekali kerana ALLAH.

Kita bersaudara kerana kita Muslim. Walau dari mana kita datang, rupa paras kita, miskin kaya.. semuanya dibatasi oleh Islam.

Cukuplah takat ini dahulu. Moga ALLAH tautkan hati kita semua dalam persaudaraan Islam, amin. Betapa manisnya..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home