Thursday, April 07, 2005

:: JomKuliah Tafsir ::

[Sumber]
kuliah tafsir kita akan menggunakan Paltalk kerana bilangan pendengar yg begitu ramai. Kuliah tafsir yg dibawa oleh ust Kamaruddin ini akan bermula pada jam 8.30 waktu malaysia.9.30 malam waktu jepun, 1.30 malam waktu UK.

http://www.paltalk.com/PalTalkSite/downloadcr.html


selepas dload sila add pada id park_teh.

segala pertanyaan atau cadangan boleh dikemukakan di sini.

*ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA*

Saturday, April 02, 2005

:: Jom Belajar Bahasa Arab ::

Assalamua'laikum..

Sesiapa yang berminat dan ingin cuba belajar Bahasa Arab secara ONLINE, bolehlah join Kelas Bahasa Arab Online yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Zaitun, seorang guru di Arabic Islamic Institute in Tokyo (Masjid Hiro-o).

Ustaz Zaitun berasal dari Indonesia dan merupakan lulusan dari Universiti Madinah di Arab Saudi. Pernah menjadi penceramah jemputan IPIJ dalam Winter Gathering 2003 di Niihama, Shikoku dan juga USI Tokyo.

Butir-butir Kelas:

Hari: SABTU
Waktu: 8:00 MALAM JEPUN (7:00 MALAM M'SIA)
Medium: PalTalk Messenger

Cara-cara Mengikuti Kelas:

(1) Download PalTalk Messenger di comp anda dari sini: http://www.paltalk.com/PalTalkSite/downloadcr.html

(2) Register id anda dan add kan id moderator: mod_ruang2 atau mod_ruang3

(3) Daftarkan emel anda ke yahoo group: bahasaarabonline@yahoogroups.com (group ini untuk maklumat terkini termasuklah silibus dan ringkasan pelajaran)

(4) Online lah setiap kali kelas dan masuk conference mengikut:
Groups > Distance Learning > Kelas_Arabiago

(5) Download buku teks yang akan digunakan dalam kelas ini di: http://www.assunnah.or.id/ragam/files/index.php

Mengikut ustaz, buku teks ini (3 jilid semuanya) sangat bagus dan bagi saya ianya menarik dan simple. Insya-Allah mudah-mudahan dapat membantu kita semua.

Jom ramai-ramai.. minggu lepas baru jer mula guna jilid satu, jadi sementara masih baru nie, mari kita sama-sama belajar Bahasa Arab.

Sekian, jazaakumullahukhaer.

p/s: Ustaz Zaitun juga mengendalikan Kelas Tauhid dan Feqh setiap Sabtu 10 pagi di Musolla Sekolah Republik Indonesia Tokyo (SRIT). Jadi, sesiapa yang ada kelapangan bolehlah sama-sama pergi ke sana atau join secara online. Maklumat lanjut: http://www.ipij.org/home/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=204#1317

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA