Thursday, July 01, 2004

:: Arete! ::

Assalamua'laikum..

Hari nih 1 Julai 2004.. ermm.. lebih kurang 3 minggu je lagi nak kimatsu shiken*.. waduh waduh, pusing2 gini dong.. paper yg. kena xm tak banyak tapi taihen** la jugak satu2 paper tue.. yosh! arete! [Greek](strive for excellence). Sahabat2 jangan lupa doakan teman ngan sahabat2 yg. lain ye.

Minggu lepas al-hamdulillah berpeluang study group lagi sekali ngan sahabat2. Masya-Allah best! Macam2 benda kita leh bincang persoalan2 agama. Antaranya lah bincang skit pasai aqidah. Hanya aqidah yang murni je lah yang dapat menyelamatkan kita dari azab Allah iaitu aqidah tanpa syirik pada Allah. Dengan syirik, takkan bermakna apa2 walau sebesar manapon amalan kita. Dalam erti kata lain, kita mentauhidkan Allah. Kita mengesakan Allah dari sebarang sekutu.

Mari kita rujuk firman Allah dalam Surah An-Nisaa',4: ayat 48

[48] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

Kemudian dalam Surah An-Nisaa' juga ayat 116, Allah berfirman bermaksud:

[116] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Menurut Ibnu Katsir, ayat2 ini menjelaskan kepada kita bahawa

(1) Allah tidak akan mengampuni orang-orang yang mati dalam keadaan syirik (tanpa bertaubat dari dosa2 syiriknya).

(2) Selama mana dia di dunia, adalah terbuka peluang untuknya diampuni Allah jika dia bertaubat.

(3) selain dosa syirik, kita boleh diampuni terus oleh Allah ataupun dihisab dahulu tetapi akhirnya ke syurga.

Inilah pegangan Ahlis Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan membezakan kita antara Syiah, Murjiah, Khawarij dan lain2 pandangan sesat lagi menyesatkan.

Asas pandangan Khawarij:

1- Amal itu adalah sebahagian dari keimanan, kerana mereka berpendapat bahawa iman itu adalah pembenaran dan
amal. Setiap orang yang memaksiati (melakukan dosa) Allah Taala, maka dia adalah kafir. Semua dosa adalah dosa
besar.

Asas pandangan Murjiah:

1- Amal pula tidak memberi kesan
kepada iman secara mutlak. Mereka mengatakan bahawa keimanan yang disertai dengan kemaksiatan tidak
memberi mudarat, sebagaimana tidak memberi manfaat kekufuran yang disertai dengan ketaatan.

2- Kemudian sebahagian mereka ada yang bersikap melampau. Mereka menganggap bahawa keimanan itu hanyalah
dengan hati, sekalipun seseorang itu mengumumkan kekufurannya dengan lisan, menyembah berhala atau melazimi
orang-orang Yahudi dan Nasrani; dan dia mati dalam keadaan begitu, maka tetap dianggap sebagai orang yang
beriman.

Haram bagi untuk mengikut pandangan sesat ini kerana ia jelas bertentangan dengan dalil2 yg. sahih dari Al-Qur'an dan As-Sunnah. Dan ulama bersepakat bahawa selagimana seorang muslim itu tidak syirik, jika dia diampuni dosa2 lainnya, itulah rahmat Allah dan jika dia diazab, itu menunjukkan keadilan Allah Taa'la.

Kita lihat bahawa pandangan2 sesat ini adalah pandangan yang melampau sedangkan Islam itu adalah sederhana dan bersumberkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, bukanlah akal fikiran.

Oleh itu marilah kita membersihkan aqidah kita dari fahaman yang terseleweng ini dan menjadi satu pengajaran bagi kita untuk berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam syirik. Allahua'lam.

KECEK JEPON
* kimatsu shiken = semester final exam
** taihen = susah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home