:: Antara Semalam Dan Hari Ini ::
Assalamua'laikumPertamanya marilah kita ucapkan syukur al-hamdulillah pada ALLAH yang memilih kita untuk dikurniakan nikmat Islam dan Iman. How lucky we are.. lihat di sekeliling, masih ramai Nihonjin (orang Jepang) yang blom menerima cahaya hidayah Islam dan Iman.
Kita yang menerima nikmat Islam dengan senang ini sepatutnya patut rasa takut kerana risau ianya akan tercabut, nau'zubillahi min zaalik. Satu perkara untuk sama2 kita renung.. adakah kita merasa manisnya iman itu spt. saudara2 kita yg. dikurniakan iman atas titik peluh usaha mereka mendapatkannya? Patutlah kita sama2 muhasabah, memperbaiki diri.
Something to share from khutbah Jumaat this time..
Rasulullah ada bersabda bahawa baginda meninggalkan kepada kita 2 perkara yg. jika berpegang teguh padanya tidak akan sesat.. itulah Al-Quran dan As-Sunnah!
Sejauh manakah kita sudah mengikuti Al-Qur'an ini? Khatib kali ini mengatakan bahawa satu cara sebelum kita mengikuti As-Sunnah ini ialah kita mencintai baginda terlebih dahulu. Beliau meminta ahli jemaah fikirkan, apakah yg. akan kita cakap bila bertemu dengan Rasulullah di Mahsyar kelak? Beranikah kita mengatakan "aku cinta padamu ya Rasul" sedangkan Sunnahnya masih byk. ditinggalkan, juga lalainya kita mengingati baginda.. astaghfirullahaladziim..sayu bila terkenangkan diri yg. banyak dosa, banyak lalai..
Lihat apa terjadi pada ummat bila ajaran Allah dan Rasul-Nya kita tinggalkan. Bermula dengan kejatuhan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah akibat banyaknya kemewahan, maksiat dan lalai mengingati Allah sehinggalah ke saat ini, umat Islam masih blom mampu berdiri.
Tiada perkataan yg. dpt. diucapkan bila melihat tahanan Iraq diperlakukan seperti binatang di penjara Abu Gharib. Skang timbul pula kumpulan yang menyembelih seorang warga Amerika kononnya membalas dendam. Teman tidak pasti adakah ia benar2 kumpulan yg. mahu membela Islam atau sebaliknya. Allah jua yang Maha Mengetahui.
Cuma apa yg. teman tahu, Hezbollah dan ulama' dunia umat Islam mengutuk tindakan ini:
BEIRUT, May 13 (IslamOnline.net & News Agencies) – Joining forces with Muslim scholars and Arab and Muslim public opinions, Lebanon's Hezbollah resistance group condemned the beheading of an American hostage by some unknown Iraqis, dubbing it "an ugly crime that flouted the tenets of Islam".
(http://islamonline.net/English/News/2004-05/13/article01.shtml)
Marilah kita memperbaiki diri dan biarlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, insya-Allah.
Firman Allah:
"Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al Ankabuut : 69)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home