Friday, March 26, 2004



Assalamua'laikum semua sahabat..

Tiada ucapan yang lebih layak melainkan ucapan al-hamdulillah atas nikmat ALLAH Yang Maha Esa masih mengekalkan kita dalam Islam dan Iman. Atas rahmat-Nya maka dapat sekali lagi jumpa ngan sahabat-sahabat kat sini. Skang teman dah ada kat Jepun.. baru jer selamat sampai hari Rabu lepas.

Beberapa peristiwa yang telah berlaku:

* 21 Mac 2004 - PILIHANRAYA UMUM KE-11

First time menjadi pengundi di tempat sendiri. ALLAH uji teman dengan tersilap pergi ke tempat mengundi. Bila sampai je nampak sekolah tutup.. sahlah tersilap tempat. Pusing punya pusing.. masuk kampung tetiba berselisih dengan seorang makcik yang naik motor ngan anak dia pakai cantik2. Haa.. sah nak p mengundi nie. So, senyap2 ikut kat belakang dan akhirnya sampai juga ke tempat mengundi.. al-hamdulillah. Kemudian ujian lagi bila kena beratur dari 9:30 pagi sampai 1:30 petang.. 4 jam hanya untuk mengundi!! Ala.. first time biasalah kan..

* 22 Mac 2004 - PEMBUNUHAN SYEIKH AHMED YASSIN

Pengasas Hamas, Syeikh Ahmed Yassin telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel menggunakan helikopter penggempur semasa beliau dalam perjalanan pulang dari solat subuh di masjid. Hamas kemudiannya isytihar perang ke atas Israel. Sememangnya Israel nie tak boleh dibuat kawan. ALLAH dah khabarkan kat kita yang orang Yahudi dan Nasrani nie mmg. takkan redha dengan kita sehingga kita ikut millat (cara hidup) mereka. Marilah kita doakan moga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama mereka yang diangkat darjatnya kerana memperjuangkan agama ALLAH.



Abdullah bin Mas'ud bertanya Rasulullah:"Ya Rasulullah, apakah amal perbuatan yang disukai ALLAH?" Nabi menjawab:"ALLAH suka hamba-hamba-Nya yang berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tuanya dan mereka yang berjuang jihad fisabilillah menegakkan agama ALLAH."(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)


Sahabat-sahabatku.. pertentangan Islam dengan thaghut akan sentiasa berlaku sejak dulu sehinggalah ke hari kiamat. Sejarah menyaksikan bahawa perjuangan merupakan sesuatu yang pahit dan penuh cabaran. Ganjaran syahid bagi mereka yang mati dalam memperjuangkan agama ALLAH nie.

Percayalah..

Sejarah perjuangan nabi-nabi serta nama-nama seperti Hassan al-Banna, Sumaiyah, Abu Bakar as-Siddiq, Salehuddin al-Ayubi, Sultan Muhamad Al-Fateh dan lain-lain tidak akan menjadi asing lagi dan pastinya Islam akan bangkit semula insya-ALLAH.. ALLAHUAKBAR!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home