Friday, February 20, 2004

Assalamua'laikum..
Subhanallah, Al-Hamdulillah, Allahu Akbar

Hari nie Jumaat, 29 Zulhijjah 1424 H.. insya-ALLAH pada hari Ahad nanti kita akan menyambut ketibaan Tahun Baru 1425 H. Jangan kita lupa nak baca doa akhir tahun dan doa awal tahun ye nanti.

Berpagi-pagi Jumaat yang mulia dan syahdu ini, teman nak ajak kita hayati satu kisah pendek mengenai seorang pendakwah kontemporer (semasa) iaitu Harun Yahya. Kenalkah kita siapa Harun Yahya nie?


Harun Yahya @ Adnan Oktar


Harun Yahya merupakan nama pena bagi seorang berbangsa Turki iaitu Adnan Oktar. Beliau merupakan pengarang yang banyak jasanya dan dalam dakwahnya yang bermula di Universiti Mamar Sinan yang pada masa itu dikuasai oleh fahaman Materialism dan ideologi berhaluan kiri. Pernah dipenjarakan selama 19 bulan bersama-sama pesakit jiwa yang berbahaya kerana usahanya menentang Darwinism dan Materialism mendapat tentangan pihak berkenaan.

Tuduhan2 klasik terhadap para nabi seperti gila, ahli sihir, pentingkan diri sendiri dsb. juga pernah beliau hadapi. Beliau juga pernah ditangkap atas tuduhan mengedar dadah yg. diletak secara sengaja di rumah beliau dan juga disuntik dgn. dadah utk. melemahkan semangat beliau.

Lihatlah saudara2 ku.. betapa susahnya nak jalankan agama ALLAH ini.. bermacam2 ujian.. mehnah dan tribulasi.. ikut saja sejarah Rasulullah dan anda akan dapati segala macam pahit maung yang tersangat berat utk. dihadapi berjaya dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat dengan berbekalkan IMAN dan keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
(Surah At-Taubah :111)

Harun Yahya telah menubuhkan Science Research Foundation dan juga telah menerbitakan pelbagai buku dan artikel tentang pelbagai isu seperti Darwinism, Teori Evolusi dan pelbagai. Tulisan beliau boleh didapati dalam banyak bahasa.. even boleh dapat secara percuma di mana-mana salah satu homepage beliau. Antaranya ialah: http://www.harunyahya.com/



Sesiapa yang ingin mendapatkan sebahagian buku beliau dalam English boleh rujuk kepada website SABA Islamic Media kat section Great Links website nie. (iklan: dan boleh pesan kat teman: Email me!

Itulah sahabat-sahabat, apa2pon sumbangan untuk Islam itu hendaklah ada dan mengikut kemampuan masing-masing. Kalau labah-labah boleh membantu dalam sumbangan dia kepada Islam kenapa tidak kita?Insya-ALLAH niat yang ikhlas itu hanya ALLAH sahaja Yang Maha Mengetahui nya.

Sekian dulu buat kali nie. Jom kita p solat Jumaat jom.. sebelum tue jangan lupa niat mandi sunat Solat Jumaat (untuk lelaki sahaja.. hehe).

p/s:- menghitung hari nak balik Malaysia.. al-hamdulillah mcm. best jer.. :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home