Bismillah..
Al-hamdulillah.. ALLAH Maha Kuasa, Makhluk Tiada Kuasa..
Rindu.. satu ungkapan untuk menggambarkan perasaan teman sekarang ini. Romantik? Ntahlah, blom pon sampai 2 minggu di tanahair, sudahpon terasa rindu dengan bumi sakura. Mungkin sebab Malaysia skang panas kot.. hehe.. tidak tidak! Panas juga adalah nikmat ALLAH! Yang pastinya, merindui sahabat-sahabat seperjuangan di Jepun. Mudah-mudahan ini adalah petanda kepada ikatan ukhuwwah Islamiah (Islamic brotherhood ties), amin. Rindu juga pada kuliah2 agama di sana.. terutamanya kelas Ustaz Zaitoon di Masjid Hiro-o. Kalo kata Nadamurni, orang2 mukmin merindukan anak2 yg. soleh, isteri2 yg. solehah.. mudah-mudahan..
Insya-ALLAH nak kongsi sket pengisian daripada Ustaz Zaitoon masa gathering students tempoh hari.. berkenaan Keutamaan Taubat.
(1) Taubat adalah amal yang dicintai ALLAH (juga merupakan perintah ALLAH)
[Rujuk Al-Qur'an, 66:3]
(2) Taubat merupakan perintah dan juga contoh daripada Rasulullah sendiri
(3) Taubat menjadi sebab kepada keampunan ALLAH
Firman ALLAH maksudnya:
"Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat"
(Surah Al-Furqan, 25: 71)
Juga Hadith bermaksud:
"Sesungguhnya seorang hamba kalau mengakui dosanya lalu bertaubat kepada ALLAH maka ALLAH akan mengampuninya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
(4) Taubat menjadi sebab mendapatkan kemenangan
[Rujuk Al-Qur'an, 34:31]
(5) Taubat menjadi sebab mendapatkan kebahagian dunia
[Rujuk Al-Qur'an, 71:10-12]
Ibnu Abbas radiallahu'anhu pernah memberi satu penyelesaian kepada 3 persoalan hidup yang berbeza yang ditanyakan kepadanya iaitu tiada anak, berhutang dan miskin dengan satu jawapan sahaja iaitu "istighfar".
Wallahua'lam. Marilah kita sentiasa bertaubat dengan TAUBAT NASUHA, insya-ALLAH diterima.
Mengenai tulisan teman yang lepas mengenai sistem kasta di India, level yang terbawah adalah dinamakan dengan Sudra manakala level teratas adalah Satria dan Brahmin di mana bayang orang Sudra jika terkena badan orang Satria/ Brahmin, mereka perlu mandi bungan bagi membersihkan kotoran tersebut.
Mudah-mudahan sama-sama ambil manfaat, insya-ALLAH.
Thursday, March 04, 2004
"And We have certainly created for Hell many of the jinn and mankind. They have hearts with which they do not understand, they have eyes with which they do not see, and they have ears with which they do not hear. Those are like livestock; rather, they are more astray. It is those who are the heedless." (Surah Al-A'raaf, 7: ayat 179)
Untukmu Palestin
MOHD FATRIS LUMUMBA BIN A HAMID
KIGOU 10080
BAN-GOU 86451301
BLOG PENGUMUMAN IPIJ
Dengarkanlah
Radio IPIJ.fm
Kuliah Online Yahoo Messenger
Rencana Sabtu
Dari Balai Indonesia, Tokyo setiap Sabtu jam 10:30 pagi Jepun
Klik di sini
Ajukan soalan kepada YM ID: kajianonline
Setiap Sabtu jam 8:00 malam Jepun
Medium: PalTalk Messenger
Sila mesej pada id: shah-reza
Interaktif.. just click!
Link Audio Special!
Bersuaralah
|
Iklaneka






Click to join ipij_group
Previous Posts
- # 2 Mac 2004, 10 Muharram 1425 Hijriah (Hari Asyur...
- # Isnin, 1 Mac 2004 @ 9 Muharram 1425 H# Bismilla...
- #Hum dekhna chahte hain# Assalamua'laikum.. apa k...
- # 1 Muharram 1425 Hijriah # Assalamua'laikum.. A...
- # Berita Terkini # بسم الله الرحمن الرحيم Dengan...
- Assalamua'laikum.. [Sumber: Islamic Research Fo...
- Assalamua'laikum.. Subhanallah, Al-Hamdulillah, Al...
- Islam Is All About Peace
- Assalamua'laikum :: McKinsey 7S Model :: Pernahk...
- Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum.. Fir...

Site Counters
0 Comments:
Post a Comment
<< Home