Thursday, February 26, 2004

#Hum dekhna chahte hain#

Assalamua'laikum.. apa khabar adik kakak abang semua? Sehat ker? Al-hamdulillah teman selamat sampai kat Ganu hari Isnin lepas. ALLAH beri peluang sekali lagi untuk menulis.. al-hamdulillah..

Dalam dok termenung-menung pikir risau masalah ummat (hehe), terpk kan satu soklan famous lagi popular yang selalu ditanya oleh orang non-muslim Jepung kepada pelajar2 muslim di sini iaitu: kenapa orang Islam takleh makan babi?

Aduih.. susah nak jawab nie.. feniN feniN.. diaorang tue macam2 tanya kat kita.. kalo yang tahu lagi banyak pasai Islam lagi hebat dia tanya, bleh masuk soklan HOT Questions (High Order Thinking). Itulah sahabat-sahabat, tidak semestinya dengan kita cerita lebih kompleks tentang Islam, lagi orang makin paham dengan Islam.. mungkin makin jauh.. nau'zubillah. Hidayah bukan di tangan kita, kita cuma berusaha. Tengok sirah nabi.. nak dakwah, dakwah lah bermula dari akidah dahulu. Jangan dok teruih masuk solat, puasa dsb. lagi.. juga pasai mazhab dsb.. insya-ALLAH kita semua faham bab2 nie tapi bagi mereka yang baru nak kenai Islam, mungkin lagi jauh kita pergi lagi pening mereka. So, takyah susah2.. jom ajak mereka pk pasai akidah. Start from zero.

Orang non-muslim yang bertanya lak ada macam2 niat.. ada yg. memang ingin tahu, tapi jangan lupa, ada jugak yang nak "fire" Islam. Tak sedikit orang yang tahu pasai Islam tapi menentang!! Bahkan penentangan mereka yang arif tentang Islam berbanding yang baru nak kenai lagi hebat dengan hujah2 mereka. Tengok sajalah kat mana-mana pon.. baru-baru nie isu wanita takyah tutup aurat.. diaorang nie guna Al-Qur'an dan hadith serta sirah untuk tentang Islam.. sebab apa? adakah ajaran Islam nie tak lengkap? nop!! bukan sebab tue.. (Maha Suci ALLAH yang telah menurunkan Islam yang lengkap dan sempurna)..

..tapi sebab "misconception" pasai Islam mcm. yg. teman cakap b4. Itulah, kalo kita nak belajar something, kenalah jaga adab2 nya. Contohnya, macam nak keluarkan hukum/ fatwa, ia mestinya memenuhi banyaaaak syarat.. kena kuasai pelbagai lagi ilmu lain. Antaranya kena hafal Al-Qur'an dulu. Hati2 lah dengan amaran nabi Muhammad sallallahua'laihi wasallam, mafhumnya lebih kurang barangsiapa yang berdusta atas nama aku, maka sediakanlah tempatnya dalam neraka. Takutlah teman kalo2 dalam dakwah, kita sebut dua tiga hadith yang disandarkan pada nabi tapi sebenarnya hadith tue lemah ataupun teruk lagi maudhuk (palsu).Ini bukanlah sbg. pelemah semangat kita tapi sepatutnya pendorong semangat untuk kita belajar lagi dan lagi!!

Pasai soklan kenapa takleh makan babi, khinzir dsb. tue, teman nak kongsi satu. Apa salahnya kalo kita jawab, ALLAH dah kata dalam Al-Qur'an takleh makan, so takleh makan aa. Tak salah kalo kita nak bercakap soal hikmah kenapa begini kenapa begitu tapi first, kita kena bawak pada point nie dulu (pada pendapat teman lah.. kalo salah tolong betulkan). Yup.. Islam tu penyerahan diri.. apa yang ALLAH perintahkan sama ada suka atau tidak, kita mesti ikut. Janganlah kita jadi macam Bani Israel yang ALLAH laknat mereka kerana banyak songel. Renungilah ayat Surah Al-A'raaf, 7: 163-165 yang teman tulis b4. Bertanya kerana taktau takpe tapi jangan banyak alasan. Jangan pakai akai nak lari dari hukum ALLAH. Nau'zubillah.. takutnya teman.. mohon jauh dari sifat tue..

Hikmah bagi pengharaman tue boleh dicari tapi ia bukannya segala-galanya. Katakanlah kita kata babi takleh makan sebab kotor, so diaorang (non-muslim Japanese sbg. contoh) akan jawab balik.. ish skang dah bersih.. siap dlm. sangkar bersih. So, apa point kita lagi? Ermm.. itulah kan, anything kita perlu pada hidayah dan taufiq ALLAH dlm. nak jawab nie. Jawablah dengan HIKMAH dan pengajaran yang baik. Ingat!! Kita takleh bagi hidayah, tapi kerja kita usaha dan tawakkal pada ALLAH. Tak ker gitu ye dak?

Cukuplah setakat nie dulu. Insya-ALLAH di kelapangan lain kita bisa bertemu lagi dong. Jyaa..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home