Sunday, February 22, 2004

# 1 Muharram 1425 Hijriah #

Assalamua'laikum..

Al-hamdulillah, bersempena Hijrah, maka berwajah baru..

Jazakumullahukhairan kathira kepada pengunjung setia blog nie.. apa yang teman harapkan satu je, teruskan bagi komen dan nasihat yang membina, apa sahaja.. komen yang mematikan (atau me"mampus"kan kata org. Kelate) tidak akan diambil kira.

Mungkin coretan teman akan bercuti buat sementara memandangkan esok insya-ALLAH akan pulang ke tanah air bercuti selama sebulan. Kalo sahabat-sahabat ada komen, nasihat, pesanan buleh e-mail.

Dok jalan-jalan ke blog sahabat2 yg. lain tertarik dengan dua idea/ anjakan paradigma. Pertamanya, Kekanda Datuk Bandar dalam coretannya menimbulkan satu pertanyaan: kenapa perlu ada istilah saudara baru saudara lama? Adakah kita yg. lahir-lahir Islam nie lama sangat sampai "lapuk" Islam kita.. nau'zubillah.

Pernah teman duduk sejenak bersama mereka ini (yg. dicop "saudara baru") nie dalam program Friendly Comparative Religion (FCR) di Ibu Pejabat SABA di Setiawangsa. Dalam satu slotnya, beliau (seorang berbangsa Cina) tanya kenapa perlu ada istilah saudara baru saudara lama nie? Nampak macam ada "kasta".. kalo diimbas kpd. sistem kasta di India, sahabat buleh lihat betapa teruknya sistem kasta di sana di mana ada beberapa tingkatan golongan. Seingat teman, yg. paling atas dikenali sebagai golongan yang suci, atau golongan dewa, manusia yang berkahwin dengan dewa dan family mereka manakala golongan terbawah adalah golongan terhina dan keji. Bayangkanlah sahabat-sahabatku, apabila bayang golongan terbawah ini terkena badan golongan atas ini, mereka (golongan atas) ini perlu dimandikan dengan air bunga!!!! Itu baru bayang, belom sentuh lagi tue.. astaghfirullah.. fikir-fikirkan..

Teman juga tertarik dengan catatan sahabat di blog Mencari Identiti. Dakwah ini bukan hanya untuk yg. pakai kopiah sahaja.. dakwah ini meliputi juga mat2 rock dsb. Kalo tidak kita yang mendekati golongan begini, siapa lagi? Lihatlah contoh terbaik Rasulullah sallallahua'laihi wasallam sendiri. Dakwah untuk semua orang! Jangan kita jadi macam satu golongan yg. bukan sahaja takmo buat dakwah TAPI halang pulak orang yang nak buat dakwah tue. YA ALLAH.. kalo takmo buat janganlah dok larang orang.. isk isk..

Maksud firman ALLAH Taa'la dalam Surah Al-A'raaf:

7. 163. Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri [578] yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu [579], di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.

[578] Yaitu kota Eliah yang terletak di pantai laut Merah antara kota Mad-yan dan bukit Thur.

[579] Menurut aturan itu mereka tidak boleh bekerja pada hari Sabtu, karena hari Sabtu itu dikhususkan hanya untuk beribadat.

7. 164. Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu [580], dan supaya mereka bertakwa.

[580] Alasan mereka itu ialah bahwa mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan.

7. 165. Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.

(Surah Al-A'raaf, 7:ayat 163-165)


Dan cuba fikir apa jawapan golongan yang ingin berdakwah ini kepada golongan yang menghalangi mereka nie.. dakwah ini menyelamatkan aku dari azab seksa ALLAH dan harapan mudah-mudahan mereka dapat hidayah. Fikirkan.. fikirkan.. kita nak jawab apa bila orang kafir dakwa kita di depan ALLAH di akhirat kelak.

Mungkin ini dahulu buat kali ini. Mari sama-sama fikir risau IMAN kita. Mudah-mudahan diambil iktibar. Allahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home