Saturday, February 21, 2004

Assalamua'laikum..


[Sumber: Islamic Research Foundation]


Pagi Sabtu 21 Februari 2004 bersamaan 30 Zulhijjah 1424 Hijriah..

Sebelum ini ada sedikit teman coretkan pasai Islam yang ghuraba' (asing/ dagang). Kita boleh lihat dengan pelbagai tuduhan atau ejekan yang dilemparkan kepada mereka yang nak mengamalkan Islam. Daripada nabi Adam lagi sehinggalah ke zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, para sahabat dan seterusnya sehingga ke saat ini, dugaan dan cubaan sememangnya tidak pernah lekang dari ummat Islam. Cubaan datang dalam bentuk kesusahan dan kepayahan.. tetapi ingat! Cubaan juga datang dalam bentuk kesenangan! Kalo sekarang ini, tuduhan terrorists dan fundamentalists dan pelbagai lagi itu sudah menjadi lumrah. Cuba kita ikuti kisah Imam As-Syafie rahimahullah.

Seingat-ingat teman, Imam Syafie sudah menghafal Al-Qur'an pada berumur 8 tahun dan kemudian sebelum berguru dengan Imam Malik, beliau sudahpun menghafal (bukan setakat khatam) buku tulisan Imam Malik iaitu Al-Muwatta'. Setelah itu, beliau dilantik sebagai gabenor di sebuah negeri bukan asal usul beliau dan di sinilah timbulnya fitnah dari mereka yang benci, dengki dengan beliau yang menuduh beliau sebagai golongan Syiah.

Sampai sekarang masih bermain-main lagi di benak ini mengenai jawapan Imam Syafie ketika ditanya di hadapan Khalifah mengenai tuduhan demikian. Beginilah lebih kurang jawapan beliau: "Wahai Amirul Mukminin, bapa aku, ibu aku, mereka adalah dari keluarga Rasulullah. Kalaulah dengan sebab perbuatan aku mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam maka aku dituduh sebagai Syiah, maka aku rela dituduh sebagai Syiah."

Nah, macam mana? Fikir-fikirkan..

Teringat juga kisah yang pernah dikhabarkan kepada teman. Yusuf Al-Qardhawy, seorang ulama' kontemporer juga pernah memberikan komen yg. lebih kurang beginilah.. "Kalaulah hanya dengan kerana ingin mempertahankan Islam, mempertahankan tanah air tercinta daripada penjajah (seperti umat di Palestin) itu dianggap sebagai terrorist, maka aku juga rela dicop sebagai terrorist."

Fikirkan.. fikirkan.. siapa yang tak sayang Islam dan Iman ini sahabat-sahabat? Bukan senang nak menjaganya..

Wallahua'lam.. ALLAH jua Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Mudah-mudahan dapat diambil sedikit iktibar buat diri yang menulis terutamanya. Sekian dulu..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home