Tuesday, March 02, 2004

# 2 Mac 2004, 10 Muharram 1425 Hijriah (Hari Asyura)#

Assalamua'laikum.. sedikit perkara berkaitan sejarah Hari Asyura:

{"....Bila Rasulullah saw tiba di Madinah, beliau telah melihat beberapa orang Yahudi yang sedang berpuasa pada hari Assyuura. Bila bertanya, "Apa Ini?", mereka berkata. "Ini adalah hari apabila Allah menyelamatkan Musa dari lemas, maka kami berpuasa hari ini". Baginda berkata "Kami lebih berhak keatas Musa dari kamu", maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh [umat islam] berpuasa pada hari tersebut."}

"Quraish juga memuliakan hari ini semasa zaman Jahiliyyah. Hari dimana manusia diarahkan berpuasa untuk hanya satu hari. Apabila Nabi saw datang ke Madinah, ia adalah didalam bulan RabieulAwwal, dan pada tahun hadapannya baginda berpuasa Assyuura dan mengarahkan semua orang berpuasa. Kemudian pada tahun itu puasa di wajibkan pada bulan Ramadan dan berpuasa 'Assyuura' di mansuhkan".

"Nabi saw tidak menceritakan kepada semua orang mengenai puasa 'Assyuura' ini, tetapi beliau mengatakan, "Ini adalah hari Aassyuura, Saya berpuasa pada hari ini dan barangsiapa inginkan berpuasa hari ini maka bolehlah ia berpuasa". Dan sabda beliau :"Berpuasa pada harin Assyuura akan mengampunkan dosa dalam setahun, dan berpuasa pada Hari Arafah mengampunkan dosa 2 tahun". Apabila menuju kearah dekat dengan kematian beliau, Nabi saw mendengar bahawa orang Yahudi mengambil haru Assyuura sebagai hari Raya, beliau berkata, "Jika aku hidup sehingga tahun depan, Aku pasti akan berpuasa pada hari ke 9" - bagi membezakan dengan orang yahudi, dan tidak mengikut mereka mengambil hari tersebut sebagai hari perayaan."

Rujukan:
Buku fatawa Al-Kubra karangan Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah mengenai amalan 10 Muharram
(http://al-ahkam.com.my/)

Daripada Abu Hurairah dalam hadis marfu' telah berkata : Telah bertanya : Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?. Maka jawab nabi S.A.W : Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan iailah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram.
- Diriwayatkan oleh imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai'e dan Ibnu Majah -

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH..

Hari nie kita lihat macam-macam penentangan dilakukan terhadap Islam. Dan tengok je kat mana-mana, siapa yang nak bawa Islam, akan kena rintangan, mehnah dan tribulasi. Kepada sahabat-sahabat teman yang dalam nak bawa Islam di mana-mana pon yang sedang menghadapi tentangan, harap bersabar dan jangan mudah patah semangat. Ujian inilah sebagai tapisan daripada ALLAH untuk menguji hamba-hamba-Nya. Hanya DOA yang dapat teman hadiahkan kepada sahabat-sahabat teman.

Kawan, hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan. hidup ini umpama awan
Yang tidak selalu putih

ALLAH MAHA KUASA dan makhluk tiada kuasa!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home