Friday, March 26, 2004

# Edisi Berita Baik Punya #


Assalaamu`alaykum wr. wb.
Dengan ini kami mengundang seluruh Masyarakat Muslim di Jepang untuk menghadiri kajian rutin. Insya Allah mulai Sabtu 20 Maret 2004 pekan ini, bidang dakwah KMII akan mengadakan kajian rutin bersama Ust. Zaitun :
*******************************************************
Tempat : musholla SRIT (BALAI INDONESIA)
Waktu : 10.30 sd 13.00
Materi : Aqidah Islam (Insya Allah merupakan kajian yang berlanjut)
*******************************************************

Kajian ini Insya Allah akan disiarkan melalui radio kajian online dengan alamat : http://sakura.teladan.net/kmii/kajian/ channel 1 (hanya bisa diakses dengan winamp).

Tanya jawab, Insya Allah, bisa menggunakan yahoo messanger dengan id : kajianonline

Informasi lebih lanjut bisa menghubungi : kajianonline@yahoo.com

Wassalaamu`alaykum wr. wb.
Bidang Dakwah KMII
----------------------------
Alamat BALAI INDONESIA
Tokyo 153-0063, Meguro-ku, Meguro 4-6-6

Cara pergi ke Balai Indonesia
dari Meguro station (JR Yamanote-line)
1. Jalan kaki : kira-kira 20 menit
2. Dengan bis dari depan JR Meguro Station. Bis 01, 02, atau 06.
Berhenti di Motokeibajo mae bus stop. Kemudian berjalan berlawanan arah dengan bis yang tadi ditumpangi hingga menjumpai tangga penyeberangan. Naiklah ke tangga itu.
Tiba di bawah tangga, berjalan ke arah FAMILY MART convinience store.
Setelah melewati FAMILY MART, ada jalan ke kanan. Masuklah ke jalan itu.
Berjalanlah lurus hingga ujung jalan, lalu belok ke kiri.
Terlihat BALAI INDONESIA

Al-hamdulillah.. kelas pengajian rutin Ustaz Zaitun kembali lagi selepas berhenti lama. Sebabnya, panjang ceritanya..

Orang yang dekat2 Tokyo dijemput lah sama2 menyertai kuliah nie. Dan bagi yang jauh, buleh access ke web radio Kajian Online tue yer. Insya-ALLAH sama-sama amik manfaat.

Satu lagi.. paham kan Bahasa Indonesia kat atas tadi tue kan? Kalo tak paham, buleh tanya org. yg. paham..hehe..

Sekian dulu buat masa nie..sebar2kan berita baik nie yer.. wassalam



Assalamua'laikum semua sahabat..

Tiada ucapan yang lebih layak melainkan ucapan al-hamdulillah atas nikmat ALLAH Yang Maha Esa masih mengekalkan kita dalam Islam dan Iman. Atas rahmat-Nya maka dapat sekali lagi jumpa ngan sahabat-sahabat kat sini. Skang teman dah ada kat Jepun.. baru jer selamat sampai hari Rabu lepas.

Beberapa peristiwa yang telah berlaku:

* 21 Mac 2004 - PILIHANRAYA UMUM KE-11

First time menjadi pengundi di tempat sendiri. ALLAH uji teman dengan tersilap pergi ke tempat mengundi. Bila sampai je nampak sekolah tutup.. sahlah tersilap tempat. Pusing punya pusing.. masuk kampung tetiba berselisih dengan seorang makcik yang naik motor ngan anak dia pakai cantik2. Haa.. sah nak p mengundi nie. So, senyap2 ikut kat belakang dan akhirnya sampai juga ke tempat mengundi.. al-hamdulillah. Kemudian ujian lagi bila kena beratur dari 9:30 pagi sampai 1:30 petang.. 4 jam hanya untuk mengundi!! Ala.. first time biasalah kan..

* 22 Mac 2004 - PEMBUNUHAN SYEIKH AHMED YASSIN

Pengasas Hamas, Syeikh Ahmed Yassin telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel menggunakan helikopter penggempur semasa beliau dalam perjalanan pulang dari solat subuh di masjid. Hamas kemudiannya isytihar perang ke atas Israel. Sememangnya Israel nie tak boleh dibuat kawan. ALLAH dah khabarkan kat kita yang orang Yahudi dan Nasrani nie mmg. takkan redha dengan kita sehingga kita ikut millat (cara hidup) mereka. Marilah kita doakan moga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama mereka yang diangkat darjatnya kerana memperjuangkan agama ALLAH.



Abdullah bin Mas'ud bertanya Rasulullah:"Ya Rasulullah, apakah amal perbuatan yang disukai ALLAH?" Nabi menjawab:"ALLAH suka hamba-hamba-Nya yang berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tuanya dan mereka yang berjuang jihad fisabilillah menegakkan agama ALLAH."(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)


Sahabat-sahabatku.. pertentangan Islam dengan thaghut akan sentiasa berlaku sejak dulu sehinggalah ke hari kiamat. Sejarah menyaksikan bahawa perjuangan merupakan sesuatu yang pahit dan penuh cabaran. Ganjaran syahid bagi mereka yang mati dalam memperjuangkan agama ALLAH nie.

Percayalah..

Sejarah perjuangan nabi-nabi serta nama-nama seperti Hassan al-Banna, Sumaiyah, Abu Bakar as-Siddiq, Salehuddin al-Ayubi, Sultan Muhamad Al-Fateh dan lain-lain tidak akan menjadi asing lagi dan pastinya Islam akan bangkit semula insya-ALLAH.. ALLAHUAKBAR!!

Sunday, March 07, 2004

Assalamua'laikum..

Apo kabo semuo? Hendaknya sehat sokmo noo.. insya-ALLAH

Kepada sahabat-sahabat teman yang berhajat nak datang ziarah teman, jemput lah. Before datang, call dulu tau. Buleh call rumah: 09-6956-928 atau handphone: 013-9679-060.

Kali nie rasanya takleh nak cakap banyak sebab insya-ALLAH malam nie teman akan bertolak untuk p "ryokou".. bersiar-siar untuk mencari ketenangan dan melihat keindahan alam ciptaan ALLAH Yang Maha Esa.
Insya-ALLAH boleh bersama-sama sahabat semua bila dah ready nanti. Doa-doakanlah ye..

Seperkara lagi.. kepada sahabat yang di M'sia, Selamat BerPILIHANRAYA teman ucapkan.. hehe.. PILIHANRAYA nie bukan sajer yang 21 Mac. 2004 (9 pg. sampai 5 petang) tue jer.. dalam kehidupan seharian kita nie, memang kita tak lepas dari membuat PILIHANRAYA ye dak? Tak caya??!!

Okeh.. dalam hidup ini, kerapkali kita berpilihanraya. Kita berpilihanraya sewaktu subuh sama ada nak duduk dalam "futon" yang enak tue atau nak bangun solat subuh.. kalo di Jepun, kalo time natsu (summer) tue, kita memilih sama ada nak tido awal waktu malam atau nak stay up utk. tunggu subuh atau taknak bangun dah sebab waktu subuh sangat awal.. biasanya jam 2,3 pagi.. adess cabaran..

Macam-macam cabaran kita hadapi dalam hidup kita terutamanya bila di oversea nie dan setiap kali itulah, kita berpilihanraya. (Bagi yang bujang tue, lagilah besor cabarannya) Kita sentiasa memilih sama ada kebaikan mahupun sebaliknya. Setuju ker tak? Hehe.. kalo tak setuju takpo.. sebab setiap kata2 manusia nie buleh diterima atau ditolak kecuali kata2 nabi. So jangan risau lah.. PEACE!

So, kesimpulannya.. marilah mari kita membuat keputusan yang terbaik. Tepuk dada tanya iman! Mari berdoa pohon rahmat hidayah dan taufiq-Nya mudah-mudahan ALLAH sentiasa membantu kita, amin.

"Agi idup agi ngelaban"

Jumpa lagi di ruang masa lain insya-ALLAH. Ilalliqa' wa maassalamah. Dengarlah IKIM.fm, pilihan utama..

ALLAH BAGI MANFAAT, ALLAH BAGI MUDARAT..
MAKHLUK TAKLEH BAGI MANFAAT, MAKHLUK TAKLEH BAGI MUDARAT!

Thursday, March 04, 2004

Bismillah..

Al-hamdulillah.. ALLAH Maha Kuasa, Makhluk Tiada Kuasa..

Rindu.. satu ungkapan untuk menggambarkan perasaan teman sekarang ini. Romantik? Ntahlah, blom pon sampai 2 minggu di tanahair, sudahpon terasa rindu dengan bumi sakura. Mungkin sebab Malaysia skang panas kot.. hehe.. tidak tidak! Panas juga adalah nikmat ALLAH! Yang pastinya, merindui sahabat-sahabat seperjuangan di Jepun. Mudah-mudahan ini adalah petanda kepada ikatan ukhuwwah Islamiah (Islamic brotherhood ties), amin. Rindu juga pada kuliah2 agama di sana.. terutamanya kelas Ustaz Zaitoon di Masjid Hiro-o. Kalo kata Nadamurni, orang2 mukmin merindukan anak2 yg. soleh, isteri2 yg. solehah.. mudah-mudahan..

Insya-ALLAH nak kongsi sket pengisian daripada Ustaz Zaitoon masa gathering students tempoh hari.. berkenaan Keutamaan Taubat.

(1) Taubat adalah amal yang dicintai ALLAH (juga merupakan perintah ALLAH)
[Rujuk Al-Qur'an, 66:3]

(2) Taubat merupakan perintah dan juga contoh daripada Rasulullah sendiri

(3) Taubat menjadi sebab kepada keampunan ALLAH

Firman ALLAH maksudnya:
"Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat"
(Surah Al-Furqan, 25: 71)

Juga Hadith bermaksud:
"Sesungguhnya seorang hamba kalau mengakui dosanya lalu bertaubat kepada ALLAH maka ALLAH akan mengampuninya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

(4) Taubat menjadi sebab mendapatkan kemenangan
[Rujuk Al-Qur'an, 34:31]

(5) Taubat menjadi sebab mendapatkan kebahagian dunia
[Rujuk Al-Qur'an, 71:10-12]

Ibnu Abbas radiallahu'anhu pernah memberi satu penyelesaian kepada 3 persoalan hidup yang berbeza yang ditanyakan kepadanya iaitu tiada anak, berhutang dan miskin dengan satu jawapan sahaja iaitu "istighfar".

Wallahua'lam. Marilah kita sentiasa bertaubat dengan TAUBAT NASUHA, insya-ALLAH diterima.

Mengenai tulisan teman yang lepas mengenai sistem kasta di India, level yang terbawah adalah dinamakan dengan Sudra manakala level teratas adalah Satria dan Brahmin di mana bayang orang Sudra jika terkena badan orang Satria/ Brahmin, mereka perlu mandi bungan bagi membersihkan kotoran tersebut.

Mudah-mudahan sama-sama ambil manfaat, insya-ALLAH.

Tuesday, March 02, 2004

# 2 Mac 2004, 10 Muharram 1425 Hijriah (Hari Asyura)#

Assalamua'laikum.. sedikit perkara berkaitan sejarah Hari Asyura:

{"....Bila Rasulullah saw tiba di Madinah, beliau telah melihat beberapa orang Yahudi yang sedang berpuasa pada hari Assyuura. Bila bertanya, "Apa Ini?", mereka berkata. "Ini adalah hari apabila Allah menyelamatkan Musa dari lemas, maka kami berpuasa hari ini". Baginda berkata "Kami lebih berhak keatas Musa dari kamu", maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh [umat islam] berpuasa pada hari tersebut."}

"Quraish juga memuliakan hari ini semasa zaman Jahiliyyah. Hari dimana manusia diarahkan berpuasa untuk hanya satu hari. Apabila Nabi saw datang ke Madinah, ia adalah didalam bulan RabieulAwwal, dan pada tahun hadapannya baginda berpuasa Assyuura dan mengarahkan semua orang berpuasa. Kemudian pada tahun itu puasa di wajibkan pada bulan Ramadan dan berpuasa 'Assyuura' di mansuhkan".

"Nabi saw tidak menceritakan kepada semua orang mengenai puasa 'Assyuura' ini, tetapi beliau mengatakan, "Ini adalah hari Aassyuura, Saya berpuasa pada hari ini dan barangsiapa inginkan berpuasa hari ini maka bolehlah ia berpuasa". Dan sabda beliau :"Berpuasa pada harin Assyuura akan mengampunkan dosa dalam setahun, dan berpuasa pada Hari Arafah mengampunkan dosa 2 tahun". Apabila menuju kearah dekat dengan kematian beliau, Nabi saw mendengar bahawa orang Yahudi mengambil haru Assyuura sebagai hari Raya, beliau berkata, "Jika aku hidup sehingga tahun depan, Aku pasti akan berpuasa pada hari ke 9" - bagi membezakan dengan orang yahudi, dan tidak mengikut mereka mengambil hari tersebut sebagai hari perayaan."

Rujukan:
Buku fatawa Al-Kubra karangan Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah mengenai amalan 10 Muharram
(http://al-ahkam.com.my/)

Daripada Abu Hurairah dalam hadis marfu' telah berkata : Telah bertanya : Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?. Maka jawab nabi S.A.W : Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan iailah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram.
- Diriwayatkan oleh imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai'e dan Ibnu Majah -

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH..

Hari nie kita lihat macam-macam penentangan dilakukan terhadap Islam. Dan tengok je kat mana-mana, siapa yang nak bawa Islam, akan kena rintangan, mehnah dan tribulasi. Kepada sahabat-sahabat teman yang dalam nak bawa Islam di mana-mana pon yang sedang menghadapi tentangan, harap bersabar dan jangan mudah patah semangat. Ujian inilah sebagai tapisan daripada ALLAH untuk menguji hamba-hamba-Nya. Hanya DOA yang dapat teman hadiahkan kepada sahabat-sahabat teman.

Kawan, hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan. hidup ini umpama awan
Yang tidak selalu putih

ALLAH MAHA KUASA dan makhluk tiada kuasa!!

Monday, March 01, 2004

# Isnin, 1 Mac 2004 @ 9 Muharram 1425 H#

Bismillah..

Al-hamdulillah.. puji dan puja kepada ALLAH Tuhan Sekalian Alam..

Sabtu lepas keputusan SPM dan al-hamdulillah keputusan adinda teman (kini dalam program persediaan ke Australia di UiTM Shah Alam) amat memberangsangkan. Lebih baik daripada keputusan abangnya.. syabas syabas dan moga teruskan kecemerlangan itu di masa hadapan. Mudah-mudahan kita dapat membantu ayahanda dan bonda ke arah yang lebih baik, amin.

Ahad pula menyaksikan kepulangan seorang kekanda (mungkin bisa dipanggil dengan nama Datuk Bandar aja).. kepulangan ke tanah air tercinta bagi meneruskan cita-cita dan impian perjuangan.. selamat pulang ke tanah air.. kekanda sorang nie kenai masa kat AAJ dulu time 2 nensei (tahun 2) dia datang jenguk adik2 dia.. sayang jugak dia kat adik2 dia yer.. hehe.. pastuh bila datang Jepun, kadang2 jumpa gak sebab kat Ibaraki ja, dekat ngan Tokyo. Nampak garang, tue yg. dulu2 suka taruk "abang" kat depan namanya. Tapi skang nie dah ubah (ber"ana" "anta" lah pulak) sebab rasa makin rapat, terasa ukhuwwah nya, al-hamdulillah. (Time nak amik hati, kita pakai "abang" lah hehe)

Tengah hari nie terasa bahang panas nya bumi Ganu ini. Dipujuk-pujuk hati nie, panas adalah nikmat ALLAH.. kalo skang di Tokyo suhunya dari sekitar 4 darjah sehingga 15 darjah, nikmat panas itu tersangat dirindui. Panas juga mengingatkan kita kepada Padang Mahsyar di mana sekalian umat manusia akan dikumpulkan dan tunggu untuk dihisab. Nah, sudah tentu tidakku sanggup untuk menunggu lebih lama. Tentulah kita semua berdcita-cita untuk tergolong dalam satu daripada 7 golongan yang ALLAH janjikan mendapat lindungan Arasy di hari yang tiada lindungan melainkan lindungannya semata-mata. Panas juga menginsafkan kita tentang azabnya api neraka.. nau'zubillahi min zaalik.


Belajar Bahasa Arab

Anak adalah anugerah-Nya..
Anugerah yang tiada terkira..
Namun adakah kita mendidiknya..
Adakah kita menyayanginya..
[Raihan - Anak Permata]

Di bawah Islamic Research Foundation (IRF) tertubuhnya Islamic International School (IIS). Sistem pendidikannya yang baik memungkin untuk anak-anak ini dididik untuk lahir sebagai generasi yang unggul dengan penguasaan Bahasa Arab dan pelbagai subjek yang penting seperti Computer Studies, Tajweed dan Qiraat dan banyaaak lagi.


Mereka juga didik untuk menguasai bidang Martial Arts dan berenang.


Solat tiang agama

Baca lanjut di website: Islamic Research Foundation (IRF)

Anak adalah permata yang perlu dididik dari awal lagi. Bak pepatah: melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau kita tidak berpeluang untuk menghafal Al-Qur'an dari kecil, apa kata kalo kita jadikan anak-anak kita, generasi kita sebagai Hafiz Al-Qur'an? Anak adalah amanah juga sebagai modal untuk dibawa mengadap Yang Maha Esa. Mereka inilah harapan kita untuk membantu mengembalikan semula kegemilangan Islam seperti yang terukir dalam lipatan sejarah.

Rabbana hablana min azwaajina wa zurriyaatina qurratua'yun waj'alna lil muttaqina imaamaa

Amin Ya Rabbal 'Alamiin.