:: Mujahadah ::
Assalamua'laikum..
MUJAHADAH
Saudara-saudaraku, semoga dada anda dilapangkan oleh Allah. Ketahuilah bahawa jalan menuju Allah bukanlah satu jalan yang dipenuhi dengan wangi-wangian atau bunga-bungaan, sebaliknya ia diselubungi oleh ranjau dan duri. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda maksudnya:
"Neraka tertutup dengan berbagai syahwat hawa nafsu sedangkan syurga tertutup dengan kesukaran keberatan." (Bukhari, Muslim)
Fahamilah saudara-saudaraku, lantaran kesukaran jalan inilah maka jarang sekali orang yang melaluinya. Di antara yang menjalaninya pula jarang sekali yang benar-benar menempuhnya. Di antara yang menempuhinya juga jarang pula yang sampai kepada tujuannya dan berhasil mencapai apa yang dikejarnya. Mereka yang berjaya itulah orang yang mulia pilihan Allah untuk makrifat (mengenal) dan mahabbab (cinta) kepadaNya. Kita bermohon agar Allah Taa'la memasukkan kita ke dalam golongan yang beruntung dengan memperolehi rahmatNya. Tanamkanlah ke dalam hati sanubarimu keazaman untuk menjalani jalan ini.
Renungilah firman Allah maksudnya:
"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedang ia seorang mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." (Al Israa' : 19)
Ketahuilah, sesungguhnya kesukaran untuk menempuh jalan ini adalah tampak dari segi lahirnya sahaja. Umpamanya anda terpaksa sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan dan melakukan lain-lain peribadatan kepada Allah. Sememangnya permulaan jalan ini ialah kesukaran tetapi kesudahannya ialah kemudahan, atau permulaannya sabar dan kesudahannya syukur ataupun permulaannya ialah kepahitan sedangkan kesudahannya ialah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati.
Dari itu jadikanlah kemahuan yang bersungguh-sungguh sebagai mahkota roh, kekalahan menjadi belenggu nafsu dan mati menjadi pakaian badan kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur. Seandainya saudara-saudara tidak mampu mengalahkan kehendak hawa nafsu yang menyeru kepada kejahatan, tanpa anda bermujahadah dan meletakkannya di bawah hukum-hukum agama, niscaya hati anda tidak akan hidup dengan sinaran makrifat.
Kesungguhanmu untuk mendekati Allah akan segera disambut olehNya sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud:
"Firman Allah: 'Jika seorang hamba mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadaNya sehasta, dan jika mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat.'" (Bukhari)
Firman Allah mafhumnya:
"Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al-Ankabuut : 69)
Allahua'lam..
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA
:: Iklan ::
Assalamua'laikum
- Usrah Online (PMRAM) akan bermula pada 18hb September 2004 (Sabtu) insya-Allah. Masa 10 malam waktu Malaysia. Agenda : Ucapan Aluan Moderator, Perasmian oleh Presiden PMRAM, Diskusi Sirah, Agenda lain, Penutup. Sahabat boleh mesej YM id: shahreza03 untuk pertanyaan ye.
- Dapatkan ringkasan Risalah Ramadhan di sini. Semoga menjadi salah satu persedian utk bertemu Ramadhan yg dirindui.
Sekian..
p/s: teman masih mencari ketenangan..
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA
:: Kita Bersaudara ::
Bismillahirrahmanirrahim..
Tanggal 11 September 2001 mencatat peristiwa hitam dlm. sejarah dunia. Masih lagi teringat di minda teman 3 tahun yang lalu apabila teman yang baru menjejak kaki di bumi Jepun, terkejut besar bila keluar ke bilik TV di asrama tertonton berita live dari US mengenai kejadian itu. Seolah-olah bagaikan suatu mimpi.
Tetapi.. ada yang lebih ngeri dan seram lagi apabila alasan memerangi keganasan digunakan oleh US untuk menyerang Afghanistan seterusnya Iraq dan sekarang mengancam negara-negara umat Islam yg. lain termasuk Malaysia. Umat Islam hilang punca apabila negara-negara umat Islam diperlakukan dgn. ganas oleh kuasa besar dunia, US dan sekutunya. Manakan tidak.. kejatuhan khilafah Islam di Turki pada 1924 menyebabkan hilangkan suatu kuasa kesatuan Amir yang menaungi umat Islam sejak zaman Rasulullah, Khulafa' Ar-Raashidin dan seterusnya.
Berkenaan serangan ke atas WTC dan Pentagon, ada ramai pihak yg. telah membongkar penyelewangan dan penipuan oleh Bush. Mungkin ramai kenal Michael Moore yang membuat filem mengenai penyelewengan fakta 9.11 dan ramai lagi yg. menulis buku dsb. termasuklah dokumentari mengenai kepalsuan dlm. peristiwa 9.11. Boleh klik di
sini.
Itu baru sket. Teman ada dokumentari yg. lebih panjang (sekitar 40 minit). Nak tengok tak? Kalo nak, sila rujuk ruangan
Comment kat bawah posting nie yer. Jangan luper yer..
Apa yang pastinya, segala khabar angin yang datang hendaklah diteliti dan diselidiki terutama sekali dr. media Barat, Zionis sepertimana arahan Allah di dalam Al-Qur'anul Karim di Surah Al-Hujurat, surah ke-49: ayat 6:
"..sekiranya datang seorang fasik membawa berita kepada kamu, maka periksalah (berita itu) terlebih dahulu (kerana ditakuti) kamu akan memusibahkan sesuatu kaum disebabkan kejahilan kamu dan kamu akan menyesal di atas apa yang kamu perbuat.."
Mari kita berhati-hati dengan muslihat puak-puak musuh Islam yang sentiasa mencari peluang memecahbelahkan umat Islam. Mari kita sama-sama tolong saudara2 seIslam kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh dunia atas dasar Islam.. paling kurang berdoa memohon kesejahteraan dan keamanan utk. mereka. Sebab apa? Kerna..
KITA BERSAUDARA!!
Allahua'lam bissowab.
:: Bangun Malam ::
Assalamua'laikum.. sahabat-sahabat teman.. moga-moga senyum sokmo..
Al-hamdulillah.. Allah beri peluang untuk teman menulis lagi. Kali ini suka teman untuk berkongsi berkenaan khutbah Jumaat tadi.
Pertamanya, khatib mengingatkan hadirin supaya membuat "revision" tentang persediaan dalam menghadapi Ramadhan sebab kita sekarang di penghujung Rejab. Bermakna dalam satu bulan lagi, insya-Allah kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia.
Jika menyebut Ramadhan tentulah tergambar kepada kita suatu bulan yang diisi penuh dengan amal ibadah kerana fadhilat yg. amat besar pada bulan ini. Apatah tidaknya, bulan Ramadhan inilah padanya amalan sunat diganjari fardhu dan amalan fardhu diganjari berkali2 ganda amalan fardhu. Belum lagi kita berbicara mengenai kelebihan beriktikaf, membaca Al-Qur'an, bersedekah, solat terawih dan witir serta pelbagai lagi. Seolah-olah bulan al-mubarak ini sebagai suatu pesta beribadah kepada ummat Islam. Yang penting sekali adalah.. amalan2 di bulan ini sepatutnya meninggalkan kesan kpd. kita dan kita meneruskan juga di bulan2 selepas itu. Mudah-mudahan kita semua digolongkan dalam golongan tersebut; istiqomah dgn. amal ibadah walaupun di luar Ramadhan.
Satu perkara yg. ditekankan oleh khatib adalah mengenai qiamullail, iaitu berjaga malam. Mari kita teliti beberapa dalil keutamaan qiamullail ini.
Allah subhanahu wataa'la menyanjung dan memuji hamba-hambanya yang bangun bersembahyang pada waktu malam dengan firman-Nya maksudnya:
[15] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.
[16] (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
[17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18] Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
(Surah Adz Dzariyat, 51: 15-18)
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga meninggal pesan kepada kita supaya mengerjakan solat malam.
Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah bermaksud:
"Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan, puasa bulan Allah, iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik sembahyang selepas fardhu ialah sembahyang malam".
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Attermizi, Arrasai dan Ibnu Khuzaimah)
Jabir mengatakan bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Pada malam hari ada suatu saat jika seseorang muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah akan memakbulkan doanya. Hal ini ada pada tiap malam."
(Riwayat Muslim)
Antara hadis yg. menarik perhatian teman adalah yang berbunyi begini..
Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:
"Allah merahmati orang yang bangun pada malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air diwajahnya. an Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan engejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) ntuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya. "
(Riwayat Abu Daud)
Masya-Allah.. alangkah bahagianya keluarga yang saling memperingati tentang amal ibadah. Bahagiakan kan kan? Iine.. (*) shiawase desu yo ne.. (**)
Insya-Allah mari kita sama amal-amalkan. Tak banyak pon takpe asalkan berterusan ye.
Mudah-mudahan Allah memberi kemudahan dan keringanan kepada kita untuk bangkit mengerjakan solat malam, ameen. Sememangnya orang yang berupaya bangkit untuk solat malam ini adalah yang dipilih oleh Allah.
Insya-Allah lepas ni kiter cuba tengok pula camne cara nak bangun malam tu yer?
Beberapa petualah untuk sama2 kita kongsi, amalkan dan disampai-sampaikan. Allahua'lam bissowab.
Vocab:
(*) Iine = best nyer..
(**) Shiawase desu yo ne = bahagia kan?
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA
:: Mercy For Mankind ::
Bismillahirrahmanirrahim..
Sedikit petikan artikel untuk tatapan bersama. Moga beroleh manfaat. Rasulullah diutus sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.
Allah berfirman: "Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam." (Al-Anbiya: 107)
Ibnu Abbas radliyallahu `anhu berkata tentang ayat ini: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka Allah tuliskan baginya rahmat di dunia dan akhirat. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka pun mendapat rahmat dengan datangnya Rasul yaitu keselamatan dari adzab di dunia, seperti ditenggelamkannya ke dalam bumi atau dihujani dengan batu." (Tafsir Ibnu Katsir 3/222)
Oleh karena itu ketika malaikat Jibril datang kepada Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam keadaan beliau terusir dari kaumnya, dilempari dengan batu di Thaif hingga berdarah kakinya, duduk di luar kota tanpa kawan, bermunajat kepada Allah. Malaikat itu berkata: "Aku diutus Allah untuk mentaati perintah-Mu. Jika engkau menginginkan agar aku menimpakan gunung ini kepada mereka aku akan laksanakan." Maka Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: "Ya Allah, berilah hidayah pada mereka karena sesungguhnya mereka belum mengetahui." Melihat Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam berdoa seperti itu, Jibril mengatakan: "Maha benar Allah yang menamakanmu ra'ufur rahim." (lihat Nurul Yaqin hal. 56)
Inilah bukti kasih sayang beliau kepada seluruh manusia. Jika beliau diberi pilihan doa yang maqbul terhadap kaumnya apakah dilaknat dan diadzab ataukah diberi hidayah, tentu beliau memilih berdoa agar Allah memberikan hidayah. Pernah suatu hari beliau didatangi oleh Thufail Ad-Dausi. Dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kabilah Daus menentang dan menolak dakwah ini. Maka doakanlah agar Allah menghancurkan mereka."
Maka Rasulullah pun menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangannya. Para shahabat yang ada di situ berucap: "Binasalah Daus!" Ternyata Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam mengucapkan doa: "Ya Allah, berilah hidayah pada suku Daus dan bawalah mereka kemari" (beliau mengucapkannya tiga kali). (HR. Bukhari dan Muslim).
Doa beliau ternyata maqbul. Suku Daus datang berbondong-bondong kepada Nabi untuk masuk Islam. Demikian pula diriwayatkan dari Muslim dengan sanadnya kepada Abu Hurairah radliyallahu `anhu bahwa dia berkata: Pernah dikatakan kepada Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam: "Wahai Rasulullah, doakanlah kejelekan bagi musyrikin." Maka Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam menjawab: "Aku tidak diutus sebagai tukang laknat, melainkan aku diutus sebagai rahmat." (HR. Muslim).
Credit:
Allahua'lam bissowab.
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA
:: Sensei ::
Al-Mu'allim
We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...
Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..
Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled
Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)
Lyrics and Composition: Sami Yusuf
Producer: Sami Yusuf
© 2003 Awakening
***Vocab hari ini: Sensei = guru/ al-mu'allim/ teacher***
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA
:: Tenang-tenangkanlah ::
Pada suatu ketika, datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah bernama Ibnu Mas'ud meminta nasihat, katanya, "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat kujadikan ubat dan penawar bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tak enak, tidur pun tak nyenyak."
Maka Ibnu Mas'ud menasihatinya, katanya," Kalau penyakit itu menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat:
(1) tempat orang membaca Al-Qur'an atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya
atau
(2) engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah
atau
(3) engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat menyembah Allah, umpama di waktu tengah malam buta di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati.
Seandainya jiwamu masih belum terubat dengan cara ini maka engkau minta kepada Allah agar diberikan hati yang lain sebab hati yang kamu pakai itu bukan hatimu lagi."
Allahua'lam.
p/s: hati itu dinamakan "qalb" kerana sifatnya yang berbolak-balik.
[27] Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
(Surah Al-Fajr, 89: ayat 27-30)
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA