:: Kita Bersaudara ::
Bismillahirrahmanirrahim..Tanggal 11 September 2001 mencatat peristiwa hitam dlm. sejarah dunia. Masih lagi teringat di minda teman 3 tahun yang lalu apabila teman yang baru menjejak kaki di bumi Jepun, terkejut besar bila keluar ke bilik TV di asrama tertonton berita live dari US mengenai kejadian itu. Seolah-olah bagaikan suatu mimpi.
Tetapi.. ada yang lebih ngeri dan seram lagi apabila alasan memerangi keganasan digunakan oleh US untuk menyerang Afghanistan seterusnya Iraq dan sekarang mengancam negara-negara umat Islam yg. lain termasuk Malaysia. Umat Islam hilang punca apabila negara-negara umat Islam diperlakukan dgn. ganas oleh kuasa besar dunia, US dan sekutunya. Manakan tidak.. kejatuhan khilafah Islam di Turki pada 1924 menyebabkan hilangkan suatu kuasa kesatuan Amir yang menaungi umat Islam sejak zaman Rasulullah, Khulafa' Ar-Raashidin dan seterusnya.
Berkenaan serangan ke atas WTC dan Pentagon, ada ramai pihak yg. telah membongkar penyelewangan dan penipuan oleh Bush. Mungkin ramai kenal Michael Moore yang membuat filem mengenai penyelewengan fakta 9.11 dan ramai lagi yg. menulis buku dsb. termasuklah dokumentari mengenai kepalsuan dlm. peristiwa 9.11. Boleh klik di sini.
Itu baru sket. Teman ada dokumentari yg. lebih panjang (sekitar 40 minit). Nak tengok tak? Kalo nak, sila rujuk ruangan Comment kat bawah posting nie yer. Jangan luper yer..
Apa yang pastinya, segala khabar angin yang datang hendaklah diteliti dan diselidiki terutama sekali dr. media Barat, Zionis sepertimana arahan Allah di dalam Al-Qur'anul Karim di Surah Al-Hujurat, surah ke-49: ayat 6: "..sekiranya datang seorang fasik membawa berita kepada kamu, maka periksalah (berita itu) terlebih dahulu (kerana ditakuti) kamu akan memusibahkan sesuatu kaum disebabkan kejahilan kamu dan kamu akan menyesal di atas apa yang kamu perbuat.."
Mari kita berhati-hati dengan muslihat puak-puak musuh Islam yang sentiasa mencari peluang memecahbelahkan umat Islam. Mari kita sama-sama tolong saudara2 seIslam kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh dunia atas dasar Islam.. paling kurang berdoa memohon kesejahteraan dan keamanan utk. mereka. Sebab apa? Kerna.. KITA BERSAUDARA!!
Allahua'lam bissowab.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home