:: Bangun Malam ::
Assalamua'laikum.. sahabat-sahabat teman.. moga-moga senyum sokmo..
Al-hamdulillah.. Allah beri peluang untuk teman menulis lagi. Kali ini suka teman untuk berkongsi berkenaan khutbah Jumaat tadi.
Pertamanya, khatib mengingatkan hadirin supaya membuat "revision" tentang persediaan dalam menghadapi Ramadhan sebab kita sekarang di penghujung Rejab. Bermakna dalam satu bulan lagi, insya-Allah kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia.
Jika menyebut Ramadhan tentulah tergambar kepada kita suatu bulan yang diisi penuh dengan amal ibadah kerana fadhilat yg. amat besar pada bulan ini. Apatah tidaknya, bulan Ramadhan inilah padanya amalan sunat diganjari fardhu dan amalan fardhu diganjari berkali2 ganda amalan fardhu. Belum lagi kita berbicara mengenai kelebihan beriktikaf, membaca Al-Qur'an, bersedekah, solat terawih dan witir serta pelbagai lagi. Seolah-olah bulan al-mubarak ini sebagai suatu pesta beribadah kepada ummat Islam. Yang penting sekali adalah.. amalan2 di bulan ini sepatutnya meninggalkan kesan kpd. kita dan kita meneruskan juga di bulan2 selepas itu. Mudah-mudahan kita semua digolongkan dalam golongan tersebut; istiqomah dgn. amal ibadah walaupun di luar Ramadhan.
Satu perkara yg. ditekankan oleh khatib adalah mengenai qiamullail, iaitu berjaga malam. Mari kita teliti beberapa dalil keutamaan qiamullail ini.
Allah subhanahu wataa'la menyanjung dan memuji hamba-hambanya yang bangun bersembahyang pada waktu malam dengan firman-Nya maksudnya:

[15] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.
[16] (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
[17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18] Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
(Surah Adz Dzariyat, 51: 15-18)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga meninggal pesan kepada kita supaya mengerjakan solat malam.
Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah bermaksud:
"Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan, puasa bulan Allah, iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik sembahyang selepas fardhu ialah sembahyang malam".
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Attermizi, Arrasai dan Ibnu Khuzaimah)
Jabir mengatakan bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Pada malam hari ada suatu saat jika seseorang muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah akan memakbulkan doanya. Hal ini ada pada tiap malam."
(Riwayat Muslim)

Antara hadis yg. menarik perhatian teman adalah yang berbunyi begini..
Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:
"Allah merahmati orang yang bangun pada malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air diwajahnya. an Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan engejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) ntuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya. "
(Riwayat Abu Daud)

Masya-Allah.. alangkah bahagianya keluarga yang saling memperingati tentang amal ibadah. Bahagiakan kan kan? Iine.. (*) shiawase desu yo ne.. (**) Insya-Allah mari kita sama amal-amalkan. Tak banyak pon takpe asalkan berterusan ye.
Mudah-mudahan Allah memberi kemudahan dan keringanan kepada kita untuk bangkit mengerjakan solat malam, ameen. Sememangnya orang yang berupaya bangkit untuk solat malam ini adalah yang dipilih oleh Allah.
Insya-Allah lepas ni kiter cuba tengok pula camne cara nak bangun malam tu yer? Beberapa petualah untuk sama2 kita kongsi, amalkan dan disampai-sampaikan. Allahua'lam bissowab.
Vocab:
(*) Iine = best nyer..
(**) Shiawase desu yo ne = bahagia kan?
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA
0 Comments:
Post a Comment
<< Home