:: Tenang-tenangkanlah ::
Pada suatu ketika, datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah bernama Ibnu Mas'ud meminta nasihat, katanya, "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat kujadikan ubat dan penawar bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tak enak, tidur pun tak nyenyak."Maka Ibnu Mas'ud menasihatinya, katanya," Kalau penyakit itu menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat:
(1) tempat orang membaca Al-Qur'an atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya
atau
(2) engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah
atau
(3) engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat menyembah Allah, umpama di waktu tengah malam buta di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati.
Seandainya jiwamu masih belum terubat dengan cara ini maka engkau minta kepada Allah agar diberikan hati yang lain sebab hati yang kamu pakai itu bukan hatimu lagi."
Allahua'lam.
p/s: hati itu dinamakan "qalb" kerana sifatnya yang berbolak-balik.
[27] Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
(Surah Al-Fajr, 89: ayat 27-30)
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

0 Comments:
Post a Comment
<< Home