:: Renungi Diri ::
Assalamua'laikum..
Sambungan daripada posting lepas. Sebenarnya ALLAH dengan rahmat kasih sayang-Nya masih terus melimpahkan kurnia-Nya pada semua manusia sama ada dia beriman atau kufur.
"Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta-merta, bahkan) Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya."
(Faatir : 45 )
Walaupun manusia saban hari sama ada sengaja atau tidak sengaja membuat dosa dan maksiat, ALLAH masih terus sayang pada kita. Waktu yang ada ini ALLAH beri peluang untuk bertaubat sebelum tiba suatu masa di mana taubat tidakkan diterima hatta keluar air mata darah sekalipun iaitu apabila nafas sudah di kerongkongan dan apabila matahari terbit dari barat. Astagfirullahal 'adziim..
Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi tapi rahmat-Mu melangit luas..
Harga selautan syukurku..
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi..
(The Zikr)
Jum, mari marilah kita bertaubat. Sucikan diri kita.. mai..
------------------------
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH..
Teman nak minta tulun sahabat-sahabat tegurlah teman kalo ada perkara yang salah dalam tulisan/ posting ini dan sebelum2 nya. Juga kalo ada benda tak setuju dan sebagainya, berkongsilah ye. Betulkan teman kalo ada salah dan silap. Gunakanlah ruangan Comment di bawah nie sebaik-baiknya.
Kalaulah ianya privacy, just bitau aja melalui e-mail atau telefon dsb. Tegurlah teman kerana ALLAH. Teman cukup suka kalo ada orang tegur walaupun pahit utk. diterima. Tegurlah dgn. ikhlas dan tiada pujian kerana puji & puja hanya milik ALLAH.
Sebab apa kena tegur? Sebab kata-kata manusia itu boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wasallam. Sudah tentulah selain itu kalo diterima @ ditolak mestilah ada dalil @ hujah dari AL-QUR'AN dan AS-SUNNAH.
------------------------
:: Sin chong she ser ser ker ker yiu ALLAH ::
Bismillahirrahmanirrahim..
Last Friday, during Jumaah Pray Khutbah, the khatib spoke about Repentance. What's repentance?
Repent means "taubah" - to return back
Taubah = meninggalkan dosa/ maksiat kepada ALLAH dan kembali kepada ketaatan kepada ALLAH
According to Ustaz Zaitoon during the students gathering last January, there are for some reasons that the repentance is acquired in our daily life:
(1) Repentance is an amal which is loved by ALLAH (also actually is the command of The Al-Mighty).
(2) Repentance was also showned by Rasulullah sallallahua'laihi wasallam (part of his sunnah)
(3) Repentace can be a reason to the "keampunan" ALLAH TAA'LA
"And whoever repents and does good has truly turned to Allah with an (acceptable) conversion"
(Al-Furqan, 25: ayah 71)
(4) Repentance can be a reason to the victory
(5) Repentance can be a reason to achieve "kebahagiaan dunia"
[10] "Saying, `Ask forgiveness from your Lord; for He is Oft-Forgiving;
[11] "`He will send rain to you in abundance;
[12] "`Give you increase in wealth and sons; and bestow on you gardens and bestow on you rivers (of flowing water). "
(Nuh, 71: ayat 10 to 12)
Pernah satu ketika Ibnu Abbas memberi jawapan yang sama kepada 3 masalah berbeza iaitu: tiada anak, berhutang, miskin dengan memberi nasihat "beristighfarlah".
Sahabat-sahabiah yang dirahmati ALLAH..
Hari nie kita tengok saudara-saudara kita di Iraq didera mentally and physically. Kita lihat saudara seIslam dibunuh setiap hari di Palestin.
Terbaru membunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun!!!
Saban hari umat Islam terus dihina, terus dicaci, terus diperlakukan seperti binatang. Terbaru.. tahanan Iraq dipaksa makan babi, diberi makanan dalam lubang najis dsb. Manusia jenis apakah askar Amerika nie? Syaitan bertopengkan manusia?
[8] Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
(Surah Al-Buruuj, 85: ayat 8)
Keganasan lagi, lagi dan lagi. Tapi.. kita hanya mampu melihat.. Kita bagaikan cacat, tak berupaya berbuat sesuatu..
..tapi yaqin lah sahabat2, kita ada senjata DOA. Marilah kita doa, solat hajat mohon agar umat Islam diselamatkan, mohon agar kita dibantu. "Ya ALLAH bantulah kami"
Juga, mari banyakkan istighfar. Selalulah mengingati ALLAH..
:: Muhasabah ::
Bismillah.. Al-hamdulillah..
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.
(Sedutan lagu dari The Zikr)
Sahabat-sahabiah yang dirahmati ALLAH,
Baru-baru ini seorang sahabat menyuarakan rasa ingin tahunya mengenai persoalan muzik terutamanya nasyid, juga yang melibatkan alat muzik; yang bagaimanakah dibenarkan?
Allahua'lam (ALLAH jua Maha Mengetahui)
Masalah nyanyian, baik dengan alat muzik atau tidak, merupakan masalah yang diperdebat oleh ulama' fiqh kita sejak dahulu lagi. Mereka sepakat dalam beberapa perkara, manakala berselisih dalam perkara lain. Menurut karangan Yusuf Al-Qardhawi: http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Nanyian1.html ):
-mereka (para fuqaha) sepakat segala yang ada unsur kekejian, maksiat, bercampur lelaki perempuan dsb. adalah haram
-mereka juga sepakat tentang bolehnya nyanyian yang baik pada acara kegembiraan, hari pernikahan, kedatangan seseorang dsb.
Sebab terdapat banyak hadith sahih mengenai perkara ini.
Yang diperselisihkan adalah nyanyian selain di atas. Sahabat-sahabat boleh rujuk:
(1)
AL-AHKAM: HUKUM MUZIK
(2)
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/40349.html
(3)
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Nanyian1.html
(4)
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Nanyian2.html
Teman rasa jawapan yang telah diberikan oleh panel AL-AHKAM di atas cukup untuk merungkaikan persoalan yang timbul. Silalah klik di situ untuk menambah pengetahuan anda. Allahua'lam..
Cumanya satu perkara untuk kita muhasabah diri kita, adakah kita terlalu asyik dengan nasyid daripada mendengarkan ayat2 ALLAH? Tersampaikah mesej daripada nasyid itu kepada kita? Atau adakah nasyid/ nyanyian itu melalaikan kita drp. realiti? Fikir-fikirkanlah sejenak..
Tepuk dada tanyalah iman, dan mulai saat ini teman nak ajak diri teman check balik diri ini dgn. persoalan di atas. Berhibur tidaklah salah tapi biarlah dlm. batas syarak. Ikuti AL-QUR'AN dan AS-SUNNAH kita tidak akan sesat buat selamanya, insya-ALLAH.
::Terimalah Kasihku Ini::
Assalamualaikum..
Kalau kita menghargai seseorang kerana jasa dia pada kita, contohnya dia jemput makan nasik ayam kat umah dia, kita biasanya cakap "terima kasih." Kalau orang kampung teman, diaorang cakap "arigatou" takpon, "doumo" or maybe "doumo arigatou gozaimasu." Mungkin jugak, "shukriya", "sei sei".. dan macam2 lagilah nak tunjukkan kita memberi kasih kita padanya.
Tapi, kita sebagai seorang Islam, sepatutnya rasa penghargaan itu kita tujukan dengan "jazakumullahukhair" pada pendapat teman lah. Sebab apa? Tak ker sama dengan yg. kat atas tue. Drp. segi tujuan mmg. sama tapi maknanya langsung tak sama.
Kalau lah tak silap teman, "jazakumullahukhair" bermaksud: "semoga ALLAH memberi ganjaran kebaikan ke atas kamu". Haa.. inilah doa seorang muslim ke atas muslim yang lain. Samer ker ngan yang kat atas tue? Mana nak samernya..?
Teman pon bukanlah orang jurusan disiplin agama, juga tak belajar arab secara langsung di sek. dulu (walaupun cita2 nak ke sek. agama lepas UPSR tue menggunung tinggi tapi ALLAH Maha Mengetahui, maka tak diizin ke sana), tapi teman rasalah mulai sekarang meh la kiter ubah sket ucapan "terima kasih" biasa kita kepada "terima kasih" berbentuk doa.
Apalah salahnya kan.. dan mmg. selayaknya hak muslim itu juga untuk didoakan kan kan? Nama pon salah satu lagi bentuk doa.. satu kegagalan besar kalo kita tak bleh ingat nama sahabat2 kita yg. seMuslim.. lagilah kalo panggilan pulak yang teruk2 dan dia tak suka dgn. nama tue pulak.. nama nie permulaan taa'ruf, sejauh mana teman mengenali sahabat2 semua.. so, teman kena "ganbaru" lagi nie.. insya-ALLAH.
:: Antara Semalam Dan Hari Ini ::
Assalamua'laikum
Pertamanya marilah kita ucapkan syukur al-hamdulillah pada ALLAH yang memilih kita untuk dikurniakan nikmat Islam dan Iman. How lucky we are.. lihat di sekeliling, masih ramai Nihonjin (orang Jepang) yang blom menerima cahaya hidayah Islam dan Iman.
Kita yang menerima nikmat Islam dengan senang ini sepatutnya patut rasa takut kerana risau ianya akan tercabut, nau'zubillahi min zaalik. Satu perkara untuk sama2 kita renung.. adakah kita merasa manisnya iman itu spt. saudara2 kita yg. dikurniakan iman atas titik peluh usaha mereka mendapatkannya? Patutlah kita sama2 muhasabah, memperbaiki diri.
Something to share from khutbah Jumaat this time..
Rasulullah ada bersabda bahawa baginda meninggalkan kepada kita 2 perkara yg. jika berpegang teguh padanya tidak akan sesat.. itulah Al-Quran dan As-Sunnah!
Sejauh manakah kita sudah mengikuti Al-Qur'an ini? Khatib kali ini mengatakan bahawa satu cara sebelum kita mengikuti As-Sunnah ini ialah kita mencintai baginda terlebih dahulu. Beliau meminta ahli jemaah fikirkan, apakah yg. akan kita cakap bila bertemu dengan Rasulullah di Mahsyar kelak? Beranikah kita mengatakan "aku cinta padamu ya Rasul" sedangkan Sunnahnya masih byk. ditinggalkan, juga lalainya kita mengingati baginda.. astaghfirullahaladziim..sayu bila terkenangkan diri yg. banyak dosa, banyak lalai..
Lihat apa terjadi pada ummat bila ajaran Allah dan Rasul-Nya kita tinggalkan. Bermula dengan kejatuhan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah akibat banyaknya kemewahan, maksiat dan lalai mengingati Allah sehinggalah ke saat ini, umat Islam masih blom mampu berdiri.
Tiada perkataan yg. dpt. diucapkan bila melihat tahanan Iraq diperlakukan seperti binatang di penjara Abu Gharib. Skang timbul pula kumpulan yang menyembelih seorang warga Amerika kononnya membalas dendam. Teman tidak pasti adakah ia benar2 kumpulan yg. mahu membela Islam atau sebaliknya. Allah jua yang Maha Mengetahui.
Cuma apa yg. teman tahu, Hezbollah dan ulama' dunia umat Islam mengutuk tindakan ini:
BEIRUT, May 13 (IslamOnline.net & News Agencies) – Joining forces with Muslim scholars and Arab and Muslim public opinions, Lebanon's Hezbollah resistance group condemned the beheading of an American hostage by some unknown Iraqis, dubbing it "an ugly crime that flouted the tenets of Islam".
(http://islamonline.net/English/News/2004-05/13/article01.shtml)
Marilah kita memperbaiki diri dan biarlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, insya-Allah.
Firman Allah:
"Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al Ankabuut : 69)
l
:: Kenangan Manis ::
Al-hamdulillah.. kumulakan catatan ini dgn. bismillah sbg. pembuka kata setelah sekian lama menyendiri.
Syukur pada ALLAH, cuti Golden Week yg. lalu dpt. teman penuhi dengan berkumpul bersama sahabat-sahabat di Tsukuba, Ibaraki-ken.
Macam-macam kenangan ada tapi satu yg. paling tidak dapat dilupakan ialah berputiknya kuntum-kuntum ukhuwwah sesama Muslim.. gathering yg. hanya 2 hari itu dirasakan tersangat pendek.
Antara acara yang meninggalkan kenangan adalah acara sukaneka memecahkan belon (melatih semgt. kumpulan), debat ala parlimen (hehe), pengisian mantap 3 org. penceramah, kuiz pengetahuan mengenai dunia umat Islam dll.