Friday, February 24, 2006

:: Nasyeed ::

Liku-liku Hidup "Seorang Nasyid"

Nasyid adalah lagu yang membawakan mesej dakwah atau mesej yang baik melalui liriknya. Itulah takrif melalui pendapat umum atau masyarakat tentang nasyid. Alhamdulillah, sejak lahirnya kumpulan Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Brothers (dan lain-lain) satu masa dahulu telah membuatkan anak-anak muda kita khususnya dan seluruh lapisan masyarakat iaitu kanak-kanak, dewasa dan tua mendapat satu alternatif atau jalan lain bagi memenuhi naluri manusia yang inginkan hiburan.

Kalau kita imbas kembali, anak-anak muda dahulu yakni golongan dewasa sekarang ini dunia mereka penuh dengan hiburan tapi kurang bermesej seperti yang dibawakan nasyid. Mungkin bagi mereka yang bersungguh-sungguh inginkan sesuatu yang baik dan bersih akan cuba sedaya upaya mencari sumber nasyid tradisional yang ada pada masa itu seperti kumpulan nasyid Nadamurni, The Zikr, Nahwan Nur dan sebagainya. Kalau kita ingat pada waktu itu, ketika sesetengah anak muda sibuk dihanyutkan dengan lagu-lagu cinta yang mengasyikkan (lagu-lagu evergreen yang kini di kompilasikan untuk dipasarkan semula) ada pula satu golongan yang sangat kuat daya juangnya untuk memartabatkan lagu-lagu yang sedap didengar telinga dan hati.

Sebelum munculnya album nasyid kontemporari secara komersial dan pada awal kemunculan album nasyid komersial pertama, pada waktu itu banyak pelajar sekolah dan kolej khususnya menghasilkan album-album nasyid sekolah secara kecil-kecilan mungkin untuk kepuasan sendiri selain untuk berdakwah dan dipasarkan di pasaran tradisional. Antara yang mungkin kita masih ingat kumpulan Mirwana, Suara SMAKL, Soutul Mujahidin, dan banyak lagi yang menggambarkan betapa remaja-remaja kita pada masa itu terlalu dahagakan hiburan berasaskan Islam yang seperti disebutkan di atas sedap didengar di telinga dan sedap pula hati nurani kita menghayatinya.

Bersemangatnya mereka hingga sanggup menongkah arus dunia hiburan, meninggalkan lagu-lagu yang enak telinga dan nafsu mendengarnya lalu mereka bermula dengan satu irama yang baru yang menyenangkan hati bila mendengarnya. Maka banyaklah album-album nasyid 'underground' terhasil pada masa itu, ada yang baik dan ada yang kurang baik mutunya. Akan tetapi, dek kerana kuatnya semangat untuk menegakkan irama nasyid, tak kira baik atau tidak mutunya, peminat-peminat nasyid pada masa itu tetap berusaha mendapatkan album-album yang dihasilkan.

Penasyid-penasyid pada masa itu telah membuat satu pembaharuan atau kelainan, bukan kepada yang lebih advance pada mata orang seni, tapi yang lebih mundur pada pandangan mereka sebab tiada alat muzik digunakan, dan kalau ada pun cuma alatan perkusi. Akan tetapi, pada pandangan insan-insan yang gemarkan sesuatu yang suci dan bersih, 'advance' nya lagu-lagu nasyid itu adalah pada liriknya dan alunan lagunya yang menyentuh hati, mampu mengalirkan air mata, mampu menyebakkan dada, mampu membuatkan kita teringat hinanya diri dihadapan Tuhan dan singkatnya hidup didunia ini, kurangnya bekalan untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi nanti dan sebagainya.

Masih ingat lagi beberapa lagu yang telah mengalirkan air mata kita, Munajat contohnya, oleh Nadamurni, Air Mata Keinsafan oleh The Zikr, Anugerah oleh Nahwan Nur, YaAllah, indahnya lagu-lagu nasyid pada masa itu, mendengarnya membuatkan hati sebak dan sayu walaupun dalam masa yang sama terasa indah dan manisnya keinsafan. Bahkan, dalam solat malam dan munajat kita pada-Nya di hening subuh pun, lagu-lagu ini dapat kita gunakan bagi menambah sayu dan pilunya hati yang banyak berdosa ini.

" Air mata keinsafan yang mengalir di malam sepi, inilah dia pelembut jiwa, bagi mendapat kasih Ilahi, rintihan di pertiga malam dari seorang hamba yang dhoif, kerna mengenang segala dosa, moga mendapat keampunan dari Ilahi…"
–The Zikr
-----------------

"Tuhan, ku bisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan…
Tuhan, ku sembahkan pengorbanan membuktikan keinsafan,
Bisikanku untuk Mu Munajat ku mohon restu, semoga cinta ku bukan palsu pada desiran penuh syahdu gelombang lautan rinduku…"
-Nadamurni
-----------------

"Jalan yang berliku telah aku lalui, juga jalan berbilang simpang telah aku redahi aku rebah aku tersungkur lalu bangkit berbekalkan azam juga iman dari Mu Tuhan dalam meneruskan perjuangan, anugerah dariMu Allah ku salurkan menuju jalan Mu anugerah dari Mu Allah, dalam mengetuk hati insani…"
-Nahwan Nur

Alangkah indahnya lirik-lirik tersebut dialunkan dengan lagunya yang menyentuh hati. Dalam lagu Anugerah (Nahwan Nur) di atas, tergambar betapa tulusnya hati seorang penasyid yang ingin memanfaatkan seadanya anugerah dari Allah untuk membuka hati manusia ke jalan yang diredhainya. Moga-moga itulah yang kekal dalam hati penasyid-penasyid yang kita sayangi kini…amin.

Pada masa itu, imej nasyid sangat jelas, bila diperdengarkan kaset nasyid, dengan lagunya yang menginsafkan, liriknya yang baik-baik, muziknya yang hanya menggunakan perkusi dan ringkas lagi menenangkan, menonjolkan lirik dan suara lebih dari muziknya, inilah nasyid, pasti. Dan dengan sebab itulah sesuatu lagu itu dipanggil nasyid, siapa yang mendengarnya tak kira peminat nasyid atau orang-orang seni pasti akan menggelarkannya dengan lagu nasyid. Lagi pun penasyid-penasyidlah pada masa itu yang banyak menyempurnakan sunnah Rasulullah dengan pakaian mereka dan perwatakan mereka. Melihat penampilan mereka pun, kita akan mengetahui dengan jelas bahawa mereka adalah penasyid.

Betapa jelasnya imej nasyid, hinggalah kumpulan Raihan yang membawakan lagu-lagu dengan berlatarbelakangkan perkusi latin dan sedikit programmed music serta alatan ketuk tradisional seperti marimba, kompang dan gong diterima di khalayak antarabangsa dengan satu cabang seni yang baru. Apa yang mereka nampak tentang nasyid yang dibawakan Raihan? Liriknya? Tidak sama sekali sebab mereka tidak memahami Bahasa Melayu. Apakah yang mahu di dengar oleh Ratu Elizabeth daripada Raihan? Apakah yang mahu di dengar oleh kaum Cina dan India yang bukan Islam dari album Puji-pujian?

Tentunya alunan satu imej muzik yang baru dengan mainan perkusi, dan gabungan harmoni suara penasyid-penasyidnya. Itulah imej nasyid yang dibawakan pada masa itu di arena seni tanahair dan antarabangsa, itulah sesuatu yang baru atau kelainan yang kreatif untuk membentuk satu khalayak baru peminat seni. Maka bila kita katakan nasyid, semua orang akan tahu, itulah lagu yang menggunakan tidak kesemua alat muzik tetapi menggunakan kebanyakan perkusi, penasyidnya menggunakan paduan suara yang harmoni, dan liriknya berunsurkan nasihat khususnya mengingati Allah dan Rasul. Atau secara terbaliknya, bila kita dengar sesuatu lagu, liriknya nasihat, muziknya perkusi dan sedikit muzik dari keyboard, lagunya menyentuh hati, yang menyanyikannya memakai kopiah, maka itu adalah nasyid, tak perlu penasyid itu memberitahu dia membawa lagu nasyid atau tidak.

Imej nasyid pada masa itu sangat tinggi dan martabatnya jauh lebih tinggi dari konsep-konsep muzik yang lain di Malaysia. Masakan tidak, album nasyid boleh dijual hingga beratus-ratus ribu unit berbanding album biasa yang terlalu sukar walaupun untuk mencecah lima puluh ribu unit. Bahkan, jumlah jualan tersebut juga mencatat rekod baru jualan album di Malaysia yang kemungkinan besar tidak akan dapat dipecahkan lagi. Nasyid versi Malaysia juga menjadi muzik antarabangsa apabila masyarakat dunia juga mengiktirafnya. Masih ingat lagi bagaimana media-media barat juga memaparkan cerita tentang lima anak muda (Raihan) yang berjaya dengan imej dan konsep muzik baru.

Disebabkan gahnya muzik baru itu (nasyid) membuatkan ramai yang mahu mendengarnya walaupun bukan Islam, atau pun yang tidak faham bahasa Melayu. Alangkah berbunganya hati peminat-peminat nasyid tanahair pada masa itu, dan bertambah meluap-luaplah semangat remaja-remaja kita pada masa itu yang beria-ia dengan irama nasyid mereka.

Penasyid-penasyid tidak lagi perlu malu, atau menganggap seni yang mereka bawa itu murahan atau hanya underground sahaja. Maka muncullah lagi pejuang-pejuang nasyid yang dulunya bergerak underground dengan menghasilkan album komersial seperti Hijjaz dan Rabbani yang dulunya berjuang didalam Nadamurni.

http://nasyid2u.blogdrive.com/

Tuesday, February 21, 2006

:: 2 Poin ::

Waa’laikumussalam warahmatullah.

Alhamdulillah, ALLAH memberi kekuatan untuk sambung balik topik ini. Dalam posting yang lepas, Harun Yahya atau nama sebenarnya, Adnan Oktar menggelar Darwinism @ Fahaman Darwin nie sebagai satu bala kepada ummat manusia. Mengapa? Kalo nak tahu, jangan ke mana-mana. Stay tune!

Untuk menerangkan kenapa Darwinisme merupakan satu bala kepada ummat manusia, kita kena tahu apa poin2 dlm. ajaran sesat nih.

Point 1: Darwin mengajar segala-gala di alam ini termasuk kita, terhasil dengan tidak sengaja atau “by chance” kater omputih.

Bayangkan padang pasir yang takde apa2. Setelah lama kelamaan, muncul batu tanpa disengaja. Pastu, lama2 ada lagi batu lain “by chance”. Pastu, muncul simen “by chance”. Pastu batu-batu nie bercampur dgn. simen. Pastu, batu-bata nie menyusun sendiri, sekali lagi “by chance”. Lama-lama… Jadilah sebuah rumah dgn. berjuta-juta, berbillion-billion “coincidences“ @ ketidaksengajaan.

Apa macam? Setuju tak?

Sama juga dengan proses adanya hidupan pertama di bumi ikut Darwinism. Katanya hasil cas2 dsb. muncul satu sel first di bumi “by chance”. Then, ada sel2 lain. Then, sel-sel bergabung jadi organ. Pastu, pastu.. Huh maleih dah nak sambung.

Point 2: Darwin mengajar “life is conflict”.

“The development of living things depends on the fight for survival. The strong win the struggle. The weak are condemned to defeat and oblivion.”

Maknanya, Pakcik Darwin kata, terdapat pergelutan untuk hidup. Yang kuat menang, dan yg. kalah akan pupus.

Seterusnya, dia tambah lagi, bahawa “fight for survival” nih diapplikasikan untuk kumpulan-kumpulan kaum/ bangsa yg. berbeza iaitu kaum yg. kuat/ maju di mata Darwin ialah White Europeans (kaum kulit putih) dan kaum yg. lemah/ kalah ialah African or Asians yg. ditinggal ke belakang. Tak cukup lagi, Darwin kata kaum2 yg. kalah nih akan kalah sepenuhnya dan pupus. Huhu..kiter ler tue.

Amacam? Kaum Melayu pupus? Bukanker takkan Melayu hilang di dunia?

Daripada dua poin nih, insya-ALLAH kiter sambung lain kali, macammane 2 poin nih menyumbang kepada bencana. Tentu ramai dah ader idea kan.

Sekian dulu. 2 poin tu bukan saya kater, tapi Pakcik Darwin yg. kater. Huhu. Yang pasti, dua2 xder dalil/ hujah. Hanya bebelan dan omong2 Pakcik Darwin.

Saturday, February 18, 2006

:: Virus ::

Assalamua'laikum

Harap kita semua berawas dengan bencana Virus, Trojan, Spyware dll. yg. byk. melanda kita sekarang.

Perhatian: Diharap kepada sahabat2 yg. ada terima email dr. saya (atau sesiapa sahaja) yg. ada attachment tetapi ada virus, harap jangan buka attachment tue kerana boleh boleh memudaratkan comp (dia akan sebarkan virus itu menggunakan email kita). Senang je nak kenal email camtu:

1. Subject: dlm. english
2. Date: tertulis (Date unavailable) kalo dibaca di groups
3. Kandungan email: file format JPG (gambar) tapi takleyh view

Kemudian, jangan lupa update definition utk. virus.

Bagi yg. tercari-cari Software Anti-Virus yg. free untuk kegunaan persendirian dan non-commercial, sila ke:

http://www.ipij.org/home/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=2006#2006

untuk bacaan lanjut.

Sekian.

Thursday, February 16, 2006

:: Wanita ::

-dengarkannya di player kat sebelah kanan-
deHEARTY - WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty)

Sunday, February 12, 2006

:: Cerita Doraemon ::

Assalamua'laikum

Sapa kat cni ader tengok cerita Doraemon Jumaat lepas, 10 Februari?

Hehe.. jangan malu.

Ada satu benda yg. menarik saya untuk menulis di sini. Di mana, Doraemon-chan telah mengeluarkan satu alat serupa lampu suluh, yang boleh menunjukkan proses "shinka" (evolution) bg. sesuatu yg. disuluhnya.. sama ada evolusi ke masa lampau atau ke depan.

Kes 1: bila disetkan ke masa depan dan disuluh ke atas pensil, pensil tue akan berevolusi menjadi pensil pada masa depan - just cakap kat hujung pensil, pensil tu akan menulis dgn. sendiri.

Paham kot no?

Tapi, saya bukan nak ajak kita berimaginasi mcm. tue. Apa yang ingin saya tekankan, dalam ceriter tue ada scene nie:

Kes 2: bila disetkan ke masa lampau dan disuluh pada ayah Nobita, tau apa yang berlaku? Iaitu, bertukar jadi makhluk "saru" (monyet).

Haa.. inilah namanya Evolusi atau tuan-tuan selalu dengar, Teori Darwin @ Darwinism @ "Shinkaron". Saya tak anggap ia sbg. satu teori, tetapi fahaman yang takde langsung asas saintifik, bahkan bercanggah dgn. Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Yang pentingnya, kita jangan biarkan fahaman menipu nie menguasai kita dan generasi kita sbg. ummat Islam. Betapa fahaman ini telah menyusup masuk ke dalam pemikiran manusia dan menurut kajian Harun Yahya, fahaman ini telah membawa satu bala kepada ummat manusia.

Fahaman menipu ini tersebar melalui media massa sampai ke Jepun sendiri, di mana ramai professor dan saintis2 yg. terkenal dijangkiti penyakit ini. Prof2 saya pon tak terkecuali.

Saya pon ada terfikir, kalaulah saya tertengok ceriter Doraemon haritu time masih budak2 yg. taktahu apa2 tue, saya takut bila dah besar, akan terus anggap kita berasal dari "saru". Nau'zubillahi min dzaalik.

Satu lagi contoh rancangan yang menyerap fahaman Darwinism ini ialah Pokemon. So, sebab tuelah Dr. Yusuf Al-Qardhawi sudah mengeluarkan hukum HARAM. Boleh baca di sini:

POKEMON: Dr. Yusof al-Qardhawi Mengharamkannya

Awat Darwinism nih bawa bala kpd. ummat manusia? Haa.. yg. tue insya-Allah lain kali kita sambung lagi.

Thursday, February 09, 2006

:: Puasa 'Asyura' ::

Puasa 'Asyura' dan pengampunan dosa besar

[Soalan :] Apakah benar puasa 'Asyura' dapat menghapuskan dosa setahun? Dan apakah termasuk didalamnya dosa-dosa besar?

[Jawapan :] Dengan Nama Allah, Segala Pujian bagi Allah, Selawat dan salam keatas Rasullillah, wa ba'du.

Telah datang mengenai puasa 'Asyura' banyak hadith-hadith, darinya seperti apa yang diriwayatkan oleh Muslim dan lain2, dari Abi Qataadah berkata : Telah bersabda Rasulullah saw :'Puasa hari Arafah menghapuskan dosa 2 tahun, dosa yang lepas dan mendatang, dan puasa hari 'Asyura' menghapuskan dosa yang lepas".

Bani Adam yang berdosa memerlukan hikmah (wisdom) Allah swt, dan memerlukan Rahmatnya agar membolehkan menghapus dosa yang meliputi pelbagai kesalahan dan membuang kesannya, melalui Solat2 dan Sedeqah2 [yg dilakukan], Haji dan Umrah dan lain-lain dari amalan-amalan yang baik2 (soleh) : (Sesungguhnya amalan yang baik akan membuang keburukan-keburukan [dosa]) dan bersabda Rasul yang Mulia :dan [bagi yg] melakukan perkara buruk maka kebaikkan akan menghapuskannya.

...baca lanjut...
terjemahan dari IslamOnline oleh Syeikh Kamin al-ahkam.net

-------------

Posting daripada Ustaz Zaitun:

Puasa 'asyura atau 10 muharram tahun ini adalah pada hari Kamis. Lebih afdhal kalau puasa sehari sebelumnya ya'ni mulai hari Rabu. Atau sehari sesudahnya ya'ni hari Jum'at. Dan bisa juga berpuasa 3 hari berturut-turut. Jadi bisa Rabu-Kamis, atau Kamis Jum'at atau Rabu-Kamis-Jum'at. Dan bagi yang mau puasa sehari saja ya'ni hari Kamis maka dia telah melaksanakan puasa 'asyura.

Semoga kita mendapat kemudahan dalam melaksanakan sunnah Nabi tersebut dan semoga kita menjadi orang2 yang masuk dalam golongan yang mencintai dan dicintai oleh Nabi Shollallahu 'alaihi wasallam, dan nanti bersama beliau dihari qiyamat, dimana beliau 'alaihishsholatu wassalam telah bersabda yang artinya :" Setiap orang akan -dibangkitkan/dikumpulkan- bersama orang yang dicintainya". Hadits shohih riwayat Bukhari Muslim

Wassalam

Muhammad Z. Rasmin

Allahua'lam.

Sunday, February 05, 2006

:: Universiti Darul Iman Malaysia ::

UDM Bakal Terima Pelajar Sulung

Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang bakal memulakan pengajian pada Jun tahun ini akan mengambil 150 pelajar mengikuti tiga kursus iaitu Bioteknologi, Pertanian dan Sains Kesihatan Bersekutu

Friday, February 03, 2006

:: PROTES!!! ::

Kesatuan Ulama' menuntut orang Islam mengadakan kempen protes antarabangsa esok (Jumaat, 3-3-2006)

Kesatuan Ulama' Antarabangsa menyeru agar 3-2-2006 (Jumaat) dijadikan hari protes antarabangsa terhadap kebiadapan pihak suratkhabar Denmark dan Norwegian yang menyiarkan beberapa kali karton yang menghina Nabi . Semua kategori termasuklah ulama', pendakwah, penceramah, persatuan2 dikehendaki menjadikan 3 Ferbruari sebagai hari protes antarabangsa.

-----------

Islam dihina atas nama kebebasan akhbar

Pada mulanya ramai menyangkakan isu ini telah tamat. Perdana Menteri Denmark telah pun memohon maaf dan demikian juga akhbar yang berkenaan. Rupanya tidak, perkembangan terbaru di Eropah menunjukkan ianya semakin hangat dan memuncak.Isu kontroversi ini tercetus apabila akhbar Denmark JYLLANDS POSTEN memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad saw sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral.

Thursday, February 02, 2006

:: Will We Not Even Make A Prayer?? ::

Wednesday, February 01, 2006

:: Your Signature Needed!!! ::

Assalam Alaikum All:

As you know a major Danish newspaper has offended Islam by publishing cartoons of the Prophet Mohamed ( P.B.U.H) viewed as a terrorist. The least we can do is to express our anger.

Please make sure to add your signature to the petition directed to the Danish Prime Minister:

(Please forward it and ask your friends around the world to do the same)

http://www.petitiononline.com/DENMUS/petition.html