Saturday, June 25, 2005

:: Tunggu aper?? ::


Assalamua'laikum..

Tunggu aper lagi? Sebar-sebarkanlah.. :)



ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Thursday, June 23, 2005

:: Mind Relaxing ::



ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Monday, June 20, 2005

:: Laporan ::

Bismillahi wal hamdulillah..
Al-hamdulillah Usrah Gabungan di Masjid Tsukuba berjalan lancar. Banyak perkara yang boleh dikongsi. Di sini teman turunkan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama.

Kami semua berkumpul di Tokyo Station dan bertolak beramai-ramai ke Tsukuba Center pada 11:20 AM. Sesampainya di Tsukuba, kami dijemput oleh Bro. Awe ke rumah dan dijamu dengan nasi lemak oleh Kak Liya catering. Walaupun dalam bas dah dijamu dengan bihun Kak Zie, kami teruskan juga perjuangan menikmati nasi lemak ala Tsukuba. Terima kasih kat Kak Liya dan Kak Zie.

Program bermula agak lewat dengan Pengisian 2 bertajuk Tokoh: Salehudin al-Ayubi oleh Bro. Zaimi (Pengisian 1 dibawa ke waktu riadah) kira-kira jam 2:30 PM. Salehudin al-Ayubi nie merupakan anak seorang gabenor (hidup mewah dan kaya) dari bangsa Kurdish. Akhirnya atas hidayah Allah, beliau mula meninggalkan hidup mewah semata-mata bagi mendekatkan dirinya dengan Allah atas kesedaran yang bermula sejak menyertai perang menawan Mesir dari penguasaan Syiah. Di bawah kepimpinan beliau, Baitul Maqdis yang di bawah kuasa Yahudi Zionis berjaya ditawan semasa Perang Hittin tahun 1187 Masehi.

Keluar juga isu movie: Kingdom of the Heaven yang memaparkan fakta2 sejarah mengenai ketokohan Salehudin al-Ayubi.

Selepas pengisian, kami berpindah ke Masjid Tsukuba untuk solat Asar. Dari jam 6 PM, kami teruskan dengan Pengisian 1: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah dibawakan oleh Kak Azrina. Sesungguhnya aqidah Islam yang ada ciri-ciri syumul (menyeluruh), kekal (tidak berubah), sesuai (boleh diterima akal manusia), praktikal dan menyusun nilai hidup, menjadikan Islam addeen yang unggul - tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Al-hamdulillah, pengisian berbentuk perbincangan benar2 "menyengat" otak kami semua.

Selepas maghrib berjemaah bersama-sama brothers dari Jamaat Tabligh, kami dihidangkan dengan tazkirah menyentuh jiwa. Betapa nikmat Islam ini sangat besar dan menuntut pengorbanan kita. Kemudian kami bergerak ke rumah Bro. Awe untuk menikmati dinner. Sementara menunggu dinner yg. disediakan oleh sisters IPIJ, sempat kami ikuti Kuliah Bahasa Arab Online Ustaz Zaitun, alhamdulillah.

Kemudian selepas makan, diteruskan acara dengan Pengisian 3 oleh Kak Liya bertajuk Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlak agak lewat iaitu dari jam 10 PM. Kami diingatkan untuk beramal dengan akhlak yang baik, akhlak seorang muslim seperti menjaga lidah, merendah diri, malu, menundukkan pandangan dan lainnya.

Selepas itu, bersolat Isyak dan isirehat.. muslimin di masjid dan muslimat di rumah. Hari kedua pula dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan pengisian dari Bro. Awe: Tafsir Surah Al-Ikhlas (nama lain: At-tafriq, At-tajrid, Al-wilayah, An-Najah) merujuk Tafsir Juz Amma terbitan Persatuan Ulama' M'sia. Surah ini sangat penting kepada mengandungi unsur-unsur tauhid - mengesakan Allah dan membacanya diberikan pahala membaca 1/3 Al-Qur'an. Kesimpulannya ia merangkumi 2 perkara iaitu penafian dan isbat (penegasan) serta menjelaskan hak-hak Allah seperti juga dalam Surah Al-Kauthar.

Seterusnya kami berehat dan breakfast dan diteruskan lagi dengan Pengisian Isu Semasa yang ambil masa sejam lebih. Menyentuh isu2 ummat Islam kini seperti isu Interfaith Commission (IFC), penghinaan Al-Qur'an (di luar negara dan dalam negara) serta pemberian jarum dan kondom free. Perlu ditegaskan bahawa membicarakan isu semasa bukanlah bereti kita menyentuh soal2 politik pemerintahan negara tetapi ianya wajar dan perlu diberi perhatian untuk menimbulkan kesedaran dan cara berfikir.

Setiap peserta alhamdulillah memberikan ulasan masing-masing menampakkan kematangan dalam berfikir dan sesungguhnya Islam telah menyediakan jalan keluar dari masalah2 yang berlaku. Apa yang kita dapat, sampaikanlah.. BEGIN FROM YOURSELF, BEGIN FROM LITTLE AND BEGIN FROM NOW.

Acara kemuncak UG ialah acara Perbincangan Usrah oleh Bro. Helmi. Al-hamdulillah, dengan perbincangan ini kita dapat mengetahui dan memantau keadaan saudara kita di Kantou. Melalui acara yang kecil ini kita berbincang membantu saudara2 kita seperti keadaan yang membimbangkan di Nokodai, bagaimana mengubah suasana kurang elok dsb. Mudah-mudahan ahli-ahli Kantou dapat atur perbincangan berkala, ameen.


Mudah-mudahan mendapat manfaat bersama.

Sekian.



ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Saturday, June 18, 2005

:: Good News ::

Assalamua'laikum..
Apa khabar sahabat2 semua.. semoga ceria sokmo..

Di sini ada satu berita baik untuk semua. Sahabat2 yang tinggal di sekitar Kantou dijemput untuk menghadiri Usrah Gabungan IPIJ peringkat Kantou pada hari Sabtu dan Ahad (18 dan 19 Jun 2005) ini insya-Allah.

Tempat: Masjid Tsukuba, Ibaraki-ken

Tentatif Majlis:

Hari Pertama (Sabtu 18 Jun)
1200: Berkumpul & Solat Zuhur
1220: Taaruf
1300: P1: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah
1415: Rehat
1430: P2: Tokoh: Salehudin Al-Ayubi
1600: Solat Asar
1620: Riadah
1730: Dinner
1900: Maghrib
1920: P3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlak
2100: Solat Isyak
2120: P4: Perbincangan Isu Semasa
2300: Istirehat

Hari Kedua (Ahad 19 Jun)
0330: Solat Subuh & Tadarus Al-Qur'an
0430: P5: Tafsir Surah Al-Fatihah
0530: Aktiviti Bebas
0730: Breakfast
0830: Perbincangan Usrah
1000: Muhasabah & Penutup
1100: Berkemas & Bersurai

Kepada yang tidak tahu cara ke masjid Tsukuba, apa kata kita p sama-sama? Tambang bas dari Tokyo Station ke Tsukuba Center hanya 1250 yen sehala. Kita akan berkumpul di Tokyo Station (Minami Yaesu Exit) pada sekitar jam 10 pagi Sabtu insya-Allah. Jadi, jangan ketinggalan untuk bertolak beramai-ramai JUM!

Sahabat boleh telefon saya untuk maklumat lanjut:
Shah Reza bin Hussein (090-6139-9558)

Sekian dulu.


ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Friday, June 10, 2005

:: Tungguuuuu.. ::





ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Thursday, June 09, 2005

:: Nantikan Kemunculannya ::

Assalamua'laikum..






Majalah IZZAH??? nantikan kemunculannya...

Source: http://monokuro.blogspot.com/

IPIJ sedang mengumpul sumbangan dari sahabat-sahabat untuk mengeluarkan Majalah Tahunan IPIJ: Izzah.

Salurkan sumbangan anda kepada Bendahari Biro Penerbitan: Supian bin Mat Salleh

Akaun Post Office
kigou : 14380
bangou : 56400651


Maklumat lanjut

Sekian.


ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Sunday, June 05, 2005

:: Hina Al-Qur'an Lagi ::

Caci, Bakar al-Quran: Syarat sertai geng JIT
Oleh SHARIFAH SALWA SAYED HASSAN, OMAR OSMAN, ZULIATY ZULKIFFLI dan MOHD FAZIL AHMAD

SUNGAI PETANI: Satu kumpulan dikenali sebagai ‘Jangan Ikut Tuhan’ atau JIT dan dipercayai serpihan pengikut Black Metal yang menggemparkan negara beberapa tahun lalu, kini dipercayai bergiat secara senyap di sekitar bandar ini.

Ahli kumpulan itu membabitkan remaja Islam berusia belasan tahun yang masih bersekolah dan mereka dikatakan menggunakan nama JIT untuk mengelak dikesan orang ramai serta pihak berkuasa.

Kumpulan terbabit yang dianggotai remaja lelaki dan wanita Islam dikatakan perlu melalui proses menghina Islam bagi menandakan mereka ‘free thinker’ iaitu golongan yang tidak mempercayai agama.

Kegiatan kumpulan JIT turut diedarkan melalui e-mel yang antara kandungannya menyatakan pengalaman seorang anggota kumpulan itu melalui upacara khas, termasuk membuat unggun api sebelum mengelilinginya sambil mengoyak naskhah al-Quran sebelum dibakar.

Menurut e-mel itu juga, remaja lelaki terbabit dikatakan memasukkan titisan darah mereka ke dalam gelas yang dipercayai bercampur darah kambing dan diminum.

Malah, lebih teruk lagi apabila remaja perempuan akan berbogel sambil mengoyakkan kitab suci itu dan ditaburkan, sebelum terus menghina ayat suci itu dengan melakukan seks bersama remaja lebih tua di atas cebisan naskhah al-Quran.

Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) Kamaruddin Kassim, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya kini memantau satu kumpulan yang mirip kumpulan Black Metal, namun masih mengumpul maklumat lanjut mengenainya.

“Berdasarkan maklumat, kami difahamkan ada usaha pihak tertentu menghidupkan semula kumpulan seperti Black Metal. Bagaimanapun, mereka mungkin menukar nama dan imej ahli.

“Jika benar kumpulan ini wujud, kita akan cuba menjejaki anggota mereka bagi mengelakkan lebih ramai remaja terpengaruh dengan kegiatan ini,” katanya.

Metro Ahad difahamkan, JIT diketuai beberapa ahli Black Metal yang masih belum insaf dan cuba memperjuangkan kepercayaan mereka yang bertentangan dengan Islam.

Dalam usaha mengambil anggota baru, pemimpin kumpulan JIT dikatakan mengedarkan cakera padat video (VCD) yang memaparkan cara menghina agama Islam dan diminta menghafal beberapa lagu dari kumpulan D.I.D Crashfighter dan Remember.

Selepas menonton VCD dan menghafal lagu dikehendaki, ahli JIT perlu melakukan amalan praktikal bagi menandakan mereka ‘free thinker’ iaitu mencuri al-Quran di masjid atau surau sebelum menjalankan upacara khas mengikut jantina.

Kegiatan kumpulan itu dikatakan bergerak secara bersembunyi dan mereka mencari ahli dengan memasuki kumpulan remaja serta mempengaruhinya supaya menyertai kumpulan baru yang kononnya lebih berkuasa.

Beberapa orang kuat kumpulan JIT dikatakan hanya datang untuk bertemu ahli mereka pada hari tertentu di sebuah kompleks beli-belah di sini dan sukar dikenali kerana sering menukar imej.

E-mel yang diedarkan itu juga menyebut bahawa Jabatan Agama Islam dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dikatakan mengetahui kesesatan remaja terbabit dan menahan ketua remaja perempuan yang dikatakan dalam proses pemulihan.

Malah, jabatan itu dikatakan masih menjalankan usaha mencari remaja lain yang bebas sehingga kini.

Penghantar e-mel itu juga memberitahu pengalamannya pada pertengahan 1980-an, ketika mengenali seorang lelaki Melayu di Terengganu yang dikatakan rajin membaca al-Quran, tetapi kemudian murtad.

Katanya, lelaki yang juga anak seorang guru itu dikatakan murtad selepas mengenali seorang wanita ketika melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim, berkata pihaknya belum menerima maklumat berkaitan ajaran sesat itu di Kedah, namun tidak menyangkal kemungkinan ia berlaku.

Bagaimanapun, katanya, pada zaman sekarang adalah tidak mustahil jika perkara itu hanya rekaan sesetengah pihak yang mahu menunjukkan Islam semakin lemah dan agama lain semakin agresif.

“Tidak mustahil perkara seperti itu berlaku, tetapi ia perlu dibuktikan terlebih dulu sebelum mana-mana pihak mempercayainya kerana ia mungkin dilakukan untuk mengelirukan orang Islam,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bagi memastikan kesahihan laporan itu, Jabatan Agama Islam negeri berkenaan hendaklah bertindak lebih proaktif dalam menyiasat perkara terbabit.

“Perkara seperti itu hendaklah dibuktikan mengikut prosedur biasa, termasuk menyoal remaja terbabit serta memastikan mereka benar-benar murtad.

“Pihak yang ada maklumat berkaitan perkara itu juga harus menghubungi Jabatan Agama Islam bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan terperinci,” katanya.


Sumber:
Harian Metro Online 20050605

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

:: Hikmah Kejadian ::

Rakyat AS diberi al-Quran percuma

WASHINGTON 4 Jun - Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) yang beribu pejabat di Washington menawarkan naskhah percuma al-Quran kepada rakyat Amerika Syarikat (AS).

Langkah itu diambil berikutan laporan mengenai perbuatan menghina al-Quran oleh pengawal penjara AS di Teluk Guantanamo, Cuba dan kesedaran bahawa kebanyakan rakyat Amerika jahil tentang kitab suci itu.

Lebih 6,000 rakyat AS sudah pun memohon naskhah al-Quran terjemahan Abdullah Yusuf Ali itu sejak CAIR melancarkan kempen Explore the Quran pada 17 Mei lalu.

``Ibu pejabat kami dihujani tiga hingga lima panggilan telefon seminit sejak kempen itu disiarkan dalam akhbar-akhbar USA Today dan Wall Street Journal,'' kata pengarah eksekutif CAIR, Nihad Awad.

Antara mereka yang meminta naskhah percuma al-Quran ialah seorang pegawai polis yang selalu berhubungan dengan masyarakat Islam, pemimpin agama Kristian yang ingin menjelaskan Islam kepada jemaah mereka dan rakyat Amerika daripada pelbagai agama yang ingin mengetahui kandungan kitab suci itu dengan lebih mendalam, katanya.

CAIR telah menghantar kiriman pertama 25,000 naskhah al-Quran itu pada minggu ini kepada mana-mana rakyat AS yang memohonnya. - Agensi



Sumber:
Utusan Malaysia Online 20050605

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Friday, June 03, 2005

:: Apa tue IFC? KFC ker? ::

(1) Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

(2) Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

(3) Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

• Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
• Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
• Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.
• Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
• Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
• Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

(4) Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

(5) Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

(6) Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:
1- Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

2-Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

• Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
• Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
• Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
• Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
• Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
• Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

3-Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4-Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)’. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5-IFC berhak menentukan status agama seseorang.
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

(7) Apakah sikap kita?
Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.
[Sumber]

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA