Sunday, June 05, 2005

:: Hikmah Kejadian ::

Rakyat AS diberi al-Quran percuma

WASHINGTON 4 Jun - Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) yang beribu pejabat di Washington menawarkan naskhah percuma al-Quran kepada rakyat Amerika Syarikat (AS).

Langkah itu diambil berikutan laporan mengenai perbuatan menghina al-Quran oleh pengawal penjara AS di Teluk Guantanamo, Cuba dan kesedaran bahawa kebanyakan rakyat Amerika jahil tentang kitab suci itu.

Lebih 6,000 rakyat AS sudah pun memohon naskhah al-Quran terjemahan Abdullah Yusuf Ali itu sejak CAIR melancarkan kempen Explore the Quran pada 17 Mei lalu.

``Ibu pejabat kami dihujani tiga hingga lima panggilan telefon seminit sejak kempen itu disiarkan dalam akhbar-akhbar USA Today dan Wall Street Journal,'' kata pengarah eksekutif CAIR, Nihad Awad.

Antara mereka yang meminta naskhah percuma al-Quran ialah seorang pegawai polis yang selalu berhubungan dengan masyarakat Islam, pemimpin agama Kristian yang ingin menjelaskan Islam kepada jemaah mereka dan rakyat Amerika daripada pelbagai agama yang ingin mengetahui kandungan kitab suci itu dengan lebih mendalam, katanya.

CAIR telah menghantar kiriman pertama 25,000 naskhah al-Quran itu pada minggu ini kepada mana-mana rakyat AS yang memohonnya. - Agensi



Sumber:
Utusan Malaysia Online 20050605

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home