Monday, June 20, 2005

:: Laporan ::

Bismillahi wal hamdulillah..
Al-hamdulillah Usrah Gabungan di Masjid Tsukuba berjalan lancar. Banyak perkara yang boleh dikongsi. Di sini teman turunkan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama.

Kami semua berkumpul di Tokyo Station dan bertolak beramai-ramai ke Tsukuba Center pada 11:20 AM. Sesampainya di Tsukuba, kami dijemput oleh Bro. Awe ke rumah dan dijamu dengan nasi lemak oleh Kak Liya catering. Walaupun dalam bas dah dijamu dengan bihun Kak Zie, kami teruskan juga perjuangan menikmati nasi lemak ala Tsukuba. Terima kasih kat Kak Liya dan Kak Zie.

Program bermula agak lewat dengan Pengisian 2 bertajuk Tokoh: Salehudin al-Ayubi oleh Bro. Zaimi (Pengisian 1 dibawa ke waktu riadah) kira-kira jam 2:30 PM. Salehudin al-Ayubi nie merupakan anak seorang gabenor (hidup mewah dan kaya) dari bangsa Kurdish. Akhirnya atas hidayah Allah, beliau mula meninggalkan hidup mewah semata-mata bagi mendekatkan dirinya dengan Allah atas kesedaran yang bermula sejak menyertai perang menawan Mesir dari penguasaan Syiah. Di bawah kepimpinan beliau, Baitul Maqdis yang di bawah kuasa Yahudi Zionis berjaya ditawan semasa Perang Hittin tahun 1187 Masehi.

Keluar juga isu movie: Kingdom of the Heaven yang memaparkan fakta2 sejarah mengenai ketokohan Salehudin al-Ayubi.

Selepas pengisian, kami berpindah ke Masjid Tsukuba untuk solat Asar. Dari jam 6 PM, kami teruskan dengan Pengisian 1: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah dibawakan oleh Kak Azrina. Sesungguhnya aqidah Islam yang ada ciri-ciri syumul (menyeluruh), kekal (tidak berubah), sesuai (boleh diterima akal manusia), praktikal dan menyusun nilai hidup, menjadikan Islam addeen yang unggul - tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Al-hamdulillah, pengisian berbentuk perbincangan benar2 "menyengat" otak kami semua.

Selepas maghrib berjemaah bersama-sama brothers dari Jamaat Tabligh, kami dihidangkan dengan tazkirah menyentuh jiwa. Betapa nikmat Islam ini sangat besar dan menuntut pengorbanan kita. Kemudian kami bergerak ke rumah Bro. Awe untuk menikmati dinner. Sementara menunggu dinner yg. disediakan oleh sisters IPIJ, sempat kami ikuti Kuliah Bahasa Arab Online Ustaz Zaitun, alhamdulillah.

Kemudian selepas makan, diteruskan acara dengan Pengisian 3 oleh Kak Liya bertajuk Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlak agak lewat iaitu dari jam 10 PM. Kami diingatkan untuk beramal dengan akhlak yang baik, akhlak seorang muslim seperti menjaga lidah, merendah diri, malu, menundukkan pandangan dan lainnya.

Selepas itu, bersolat Isyak dan isirehat.. muslimin di masjid dan muslimat di rumah. Hari kedua pula dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan pengisian dari Bro. Awe: Tafsir Surah Al-Ikhlas (nama lain: At-tafriq, At-tajrid, Al-wilayah, An-Najah) merujuk Tafsir Juz Amma terbitan Persatuan Ulama' M'sia. Surah ini sangat penting kepada mengandungi unsur-unsur tauhid - mengesakan Allah dan membacanya diberikan pahala membaca 1/3 Al-Qur'an. Kesimpulannya ia merangkumi 2 perkara iaitu penafian dan isbat (penegasan) serta menjelaskan hak-hak Allah seperti juga dalam Surah Al-Kauthar.

Seterusnya kami berehat dan breakfast dan diteruskan lagi dengan Pengisian Isu Semasa yang ambil masa sejam lebih. Menyentuh isu2 ummat Islam kini seperti isu Interfaith Commission (IFC), penghinaan Al-Qur'an (di luar negara dan dalam negara) serta pemberian jarum dan kondom free. Perlu ditegaskan bahawa membicarakan isu semasa bukanlah bereti kita menyentuh soal2 politik pemerintahan negara tetapi ianya wajar dan perlu diberi perhatian untuk menimbulkan kesedaran dan cara berfikir.

Setiap peserta alhamdulillah memberikan ulasan masing-masing menampakkan kematangan dalam berfikir dan sesungguhnya Islam telah menyediakan jalan keluar dari masalah2 yang berlaku. Apa yang kita dapat, sampaikanlah.. BEGIN FROM YOURSELF, BEGIN FROM LITTLE AND BEGIN FROM NOW.

Acara kemuncak UG ialah acara Perbincangan Usrah oleh Bro. Helmi. Al-hamdulillah, dengan perbincangan ini kita dapat mengetahui dan memantau keadaan saudara kita di Kantou. Melalui acara yang kecil ini kita berbincang membantu saudara2 kita seperti keadaan yang membimbangkan di Nokodai, bagaimana mengubah suasana kurang elok dsb. Mudah-mudahan ahli-ahli Kantou dapat atur perbincangan berkala, ameen.


Mudah-mudahan mendapat manfaat bersama.

Sekian.



ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

1 Comments:

At 10:53 AM, Anonymous Anonymous said...

helo..best nyer

 

Post a Comment

<< Home