Saturday, October 30, 2004

:: Hari Ini Mereka Berduka ::

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda maksudnya:

"Seutama-utama sedekah adalah pada bulan Ramadhan."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzhi dari Anas radhiallahu 'anhu)

Oleh itu, bersempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) menganjurkan Kempen Mari Bersedekah. Keterangan lanjut boleh didapatkan daripada pamplet yang dikeluarkan oleh IPIJ. (Sila rujuk http://www.ipij.org/home/)

(1) SEDEKAH/ INFAQ

Salurkan sedekah dan infaq anda melalui IPIJ kepada:

AKAUN YUBIN (POST OFFICE)
SUPIAN BIN MAT SALLEH
Bendahari Agung IPIJ (sehingga 31 Disember 2004)

KIGOU: 14380
BAN-GOU: 56400651


Sumbangan anda insya-Allah akan disalurkan pada kaum muslimin yang memerlukan.

(2) ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah pula bolehlah disalurkan kepada:


AKAUN ZAKAT ISLAMIC CENTER JAPAN (ICJ)

Sumitomo-Mitsui Banking Corporation
Shinjuku Nishiguchi Brach
Current Account Number 204137
Islamic Center - Japan Zakat Fund

(Zakat Fitrah: 1,500 yen seorang)

Zakat Fitrah mesti dikeluarkan oleh orang Islam yang cukup syarat-syarat, sekali dalam setahun, bermula dari satu Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya Fitr.

Sekian, sebagai makluman.

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA
daripada: http://groups.yahoo.com/group/ipij_group/message/571

Tuesday, October 26, 2004

:: Doa-doakan ::

Bismillah..

Jom sahabat2 mari kita doakan saudara seIslam kiter di Niigata yg. dilanda gempa bumi yg. teruk beberapa hari lalu.

Berita dari Embassy Malaysia:
"Buat masa sekarang keadaan dilaporkan terkawal di mana semua penduduk yang terlibat termasuk pelajar2 kita ditempatkan di pusat2 pemindahan. Dalam keadaan ini atau dalam keadaan kecemasan yang lain, mereka perlu mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan. Setakat ini pihak kami tidak dapat pergi ke Niigata & Nagaoka kerana perjalanan darat terputus. W/bagaimanapun,kami sentiasa menghubungi pelajar2 untuk mengetahui perkembangan dan setakatini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang menimpa rakyat Malaysia. Disamping itu, pihak kami juga ada menghubungi pihak universiti dan kosenuntuk mendapat pengesahan keselamatan pelajar2 Malaysia. InsyaAllah pihakkami akan ke sana sekiranya jalan perhubungan darat kembali pulih." -Pegawai Kedutaan-

Sumber berita menyebut:

NAGAOKA, Japan - Prime Minister Junichiro Koizumi surveyed the earthquake damage in northern Japan on Tuesday, meeting people camped out in a high-school gymnasium after the nation's deadliest earthquakes in nearly a decade killed 31 people and injured as many as 2,900.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Since Saturday's initial earthquake, more than 400 aftershocks have shaken the region, and Japan's Meteorological Agency warned of the possibility of more strong quakes and landslides in areas where soil had been loosened by the tremors and rain.

Sumber Berita

Maklumat personal yg. teman perolehi drp. seorang sahabat.. beliau kini ditempatkan di tempat pemindahan dan dlm. keadaan kelam kabut, bekalan air, elektrik, gas terputus tu di samping kedinginan musim luruh, mereka tidak dapat berpuasa. Malah sekolah cuti seminggu akibat suasana yg. tidak stabil itu (gegaran kecil selalu dirasakan oleh mereka).

Kesian kan..? Jom doakan semoga mereka selamat, insya-Allah. Ameen..

Sekian..



ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Monday, October 25, 2004

:: Dua Peristiwa ::

Assalamua'laikum..

Hujung minggu lepas menjadi sejarah buat teman dan rakan2 di U kerana selama 4 tahun teman di Jepun, inilah kali pertama teman dan rakan-rakan membuka gerai pelajar M'sia semasa karnival U selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. Sangat meletihkan.. tapi puas hati, al-hamdulillah. Jualan main gerai kami.. murtabak dan kuih lapis. Best kan? Ada gak kuih sampingan.. karipap, kuih keria dan buah melaka (onde-onde). Memang mencabar sebab bukak gerai kuih time siang bulan Ramadhan. Apa2pun, banyak benda boleh dipelajari. Insya-Allah kalo ada kesempatan lain, teman akan cerita dengan lebih lanjut.





Kemudian, kami di Jepun dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang kuat di sekitar Niigata dengan setakat ini jumlah kematian 21 orang, kecederaan hampir 2,100 orang. Dah masuk hari ketiga dan ada tempat yang terputus bekalan makanan, gas, letrik dan air. Al-hamdulillah pelajar Malaysia tiada yg. cedera parah.. cuma ada yg. terpaksa dipindahkan ke tempat selamat bersama penduduk lain. Minta sahabat2 doa-doakanlah ye.. mudah-mudahan saudara seIslam kita di sana selamat dan segera kembali pulih, ameen.





Berita lanjut boleh dibaca di: sini

Sekian..


ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Wednesday, October 20, 2004

:: Kad Raya ::

Assalamua'laikum
Jom beli kad raya jom.. cepat cepat sebelum kehabisan stok!
Sampel kad raya!
Harga 100 yen sekeping!
Tempah sekarang! Hantarkan e-mel kepada Biro Ekonomi IPIJ di ipijekonomi@yahoogroups.com !
ALLAHU HAFIIZ!

Tuesday, October 19, 2004

:: Bangun Malam 2 ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Al-hamdulillah kembali menemui sahabat-sahabat setelah menyepi seketika mencari ketenangan..

Insya-Allah kali ini teman ingin menyambung bicara teman dari posting sebelum2 ini pasai solat malam. Teman mulai dengan satu hadith berbunyi:

Sahi Bin Saad radhiallahu'anhu menerangkan (pada suatu ketika) Jibril datang menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sambil mengingatkan beliau: "Wahai Muhammad, hiduplah semahumu namun engkau pasti mati. Berbuatlah (apa sahaja) sekehendak mu. Sesungguhnya perbuatan mu akan dibalas. Cintailah siapa juga yang engkau mahu, namun engkau pasti berpisah juga dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada bersembahyang malam dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak meminta-minta pada orang lain. "
(Hadith Riwayat Thabrani)
Amru Bin `Utbah pernah mendengar sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bahawa:"Masa yang seseorang hamba Allah itu paling hampir denganNya ialah di larut malam. Maka seandainya engkau mampu ikut serta menjadi orang yang mengingati Allah ketika itu maka jadilah (seperti mereka)."
(Hadith Riwayat Tirmizi)



Bagaimanakah pula kaedah untuk kita mengamalkan bangun malam ini? Terutamanya tengah malam yang sejuk-sejuk tuu.. mcm. skang kat Jepun, musim luruh tapi sejuk tak terkata. Hehe.. memang orang M'sia btoi. Tapi, sahabat2 jangan lupa, peluang untuk bangun bersahur tue perlu kita guna juga sedikit untuk solat malam.. walaupun sekadar 2 rakaat! Mudah-mudahan teman dan sahabat2 diberi hidayah dan taufiq-Nya untuk istiqomah dlm. melaksanakannya, ameen. Di sini teman mengambil sedikit panduan daripada artikel di ipijlink@yahoogroups.com .

===
(1) Tidur Dalam Thaharah (Suci)
Ingatlah Ibnu Umar pernah meriwayatkan sabda Rasulullah:"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan bersih, maka Malaikat ikut tidur di selimutnya. Tiap ia terjaga Malaikat tersebut mendoakan Ya Allah ampunkanlah dosa hamba Mu si polan. Sesungguhnya ia tidur dalam thaharah. "
(Riwayat Ibnu Habban)

Abi Umamah mengatakan beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:"Barangsiapa yang merebahkan diri di tempat tidurnya dalam keadaan bersih dan mengingati Allah sehingga ia mengantuk (dan tertidur) maka apa saja yang ia mintanya dari kebaikan dunia dan akhirat apabila ia terjaga dari tidur tersebut (dan berdoa) maka dikabulkan oleh Allah."
(Riwayat At-Tirmizi)
(2) Waktu Qiamullail
Para fuqaha menjelaskan waktunya ialah di awal malam atau di pertengahan malam dan di penghujungnya asalkan selepas solat Isya', iaitu sesudah bangun tidur walaupun sebentar. Waktu yang afdal ialah sepertiga yang terakhir malam.
Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi: "Tuhan kita Azzawajalla tiap malam turun ke langit dunia apabila telah tinggal sepertiga terakhir daripada malam. Kemudian Allah berkata: "Siapakah yang (ada) berdosa kepada Ku untuk Ku perkenankan, siapakah pula yang meminta kepada Ku supaya Ku berikan dan (adakah) siapa yang memohon ampun kepada Ku agar Ku ampunkan dosanya."
(Riwayat Jama'ah)
(3) Adab Qiamullail
a) Niat
Abu Darda' meriwayatkan sabda Rasulullah bermaksud: "Barangsiapa yang merebahkan di tilamnya dengan niat bangun malam untuk mengerjakan sembahyang maka ia nyenyak sampai Subuh, maka dituliskan untuknya pahala apa yang ia niatkannya. Dan tidur itu ialah sedekah dari Tuhan kepadanya. "
(Riwayat Nasa'i danIbnu Majah)
b) Bacaan apabila terbangun tidur:
Setelah ia bangun dari tidur sunat ia berdoa dengan doa ma'thur:
"Tidak ada Tuhan yang benar-benar disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau (wahai Allah). Ampunkanlah dosaku dan limpahkan kepada ku rahmat Mu. Ya Allah, tambahilah ilmuku jangan Engkau takdirkan hatiku sesat setelah Engkau kurniakan dengan hidayah Mu. Kurniakanlah bagiku rahmat dari sisi Mu. Sesunguhnya Engkau amat Pemurah dengan kurnia. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami (seperti) mati dan kepadanyalah (semua) akan kembali (untuk perhitungan)."
Kemudian bacalah:
"Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaan Mu itu adalah hak, dan Firman Mu itu adalah hak, dan Syurga adalah hak dan Neraka adalah hak dan Nabi Muhammad adalah benar dan saat hari Qiamat adalah benar. Ya Allah, kepada Mu lah kami berserah diri, dan kepada Mu lah kami bertawakal, kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepada Mu lah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul `Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengaMu ya Allah. "
c) Dua Rakaat Pembukaan
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam jika sembahyang beliau memulakan sembahyang dengan dua rakaat yang ringan.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:"Jika sesiapa di antara kamu bangun untuk sembahyang malam maka sulungkanlah dengan dua rakaat yang ringan".
(Riwayat Muslim).
d) Kadar Kelebihan Sembahyang Juga Mengikut Kadar Bacaan
Abdullah Bin Amru meriwayatkan sabda Rasulullah: "Barangsiapa yang (Qiamulaill) sembahyang dengan membaca sepuluh ayat maka ia tidak ditulis sebagai orang yang (hidup) lalai. Barangsiapa yang membaca seratus ayat ditulis sebagai orang yang Mukhbitin. Dan barangsiapa yang berdiri membaca seribu ayat, maka ia ditulis sebagai orang yang Muqanthirin (yakni orang yang mendapat pahala ber Qinthar-Qinthar"
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah).
e) Kaifiat Sembahyang
Kaifiatnya seperti sembahyang biasa juga, Cuma niatnya:Sahaja aku sembahyang tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala. Selepas membaca fatihah bacalah kadar yang termampu dari ayat al-Quran. Perbanyakkan doa dan pinta dikala saudara sujud.
f) Bilangan Rakaatnya
Sekurang-kurang qiamulaill satu rakaat, adapun lebihnya tidaklah ada berhad. Siapa mahu boleh sembahyang dua rakaat, dan siapa mahu boleh lebih dari itu.
g) Kadar Yang Afdhal
Ialah sebelas atau tiga belas dengan witir.
Ummul Mu'minin Aisyah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah SAW baik dalam (bulan) Ramadhan mahupun bukan dalam bulan Ramadhan tidak pernah sembahyang lebih dari sebelas rakaat. Beliau bersembahyang empat rakaat dan usah ditanya tentang khusyuk dan lamanya. Kemudian beliau sembahyang empat rakaat lagi (seperti itu juga lama dan khusyuknya). Kemudian beliau sembahyang tiga rakaat."
h) Sunat Diakhiri Dengan Sembahyang Witir
Saidina Ali mengatakan sembahyang itu tidak wajib seperti sembahyang fardhu tetapi ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Beliau bersabda:"Allah itu witir (ganjil) dan sukakan witir maka witirlah kalian wahai pengikut Al-Quran." (Riwayat Abu Daud dan Termizi)
Khadijah mengatakan pada suatu hari Rasulullah menemui kami dan berkata:"Allah telah mengurniakan dengan sembahyang yang lebih baik dari kemerahan daging masak (kilauan nikmat) iaitu sembahyang witir. Allah menentukan masa sesudah sembahyang Isya' sampai terbit fajar. "(Riwayat abu Daud, Ibnu Majah dan Termizi)
Ibnu Umar mendengar Rasulullah bersabda :"Barangsiapa sembahyang Dhuha, puasa tiga hari dalam sebulan dan tidak meninggalkan sembahyang witir baik dalam perjalanan mahupun ketika tidak dalam perjalanan maka dituliskan baginya pahala orang yang syahid. "
(Riwayat Thabrani)
Buraidah mendengar sabda Rasulullah:"Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!" (Riwayat Ahmad danAbu Daud)
Satu perkara yang harus diingat ialah barangsiapa yang telah mengerjakan witir penamat, kemudian ia mahu lagi selepas itu bersembahyang maka ia bolehlah sembahyang tetapi tidak mengulangi witir. Kerana Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada dua witir pada satu malam".
i) Jangan Terlalu Mempersukar Diri
Mengikut sebuah hadis riwayat Muslim:
"Anas berkata: Pada suatu masa Rasulullah masuk masjid dan melihat seutas tali teruntai antara dua tiang. "Apa ini? Tanya Rasulullah. Sahabat menjawab: Itu kepunyaan Zainab wahai Rasulullah. Untuk menolongnya kuat bangun sembahyang bila tidak bertenaga lagi". Tanggalkan! Perintah Rasulullah. " Sesiapa yang sembahyang buatlah setakat mampunya. Kalau ia telah lemah atau letih hendaklah ia baring".
j) Berterusan
Aisyah meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah ditanya: amal yang manakah lebih disukai oleh Allah? Jawab beliau, "Amal yang berterusan walaupun sedikit".
k) Mengajak Isteri Atau Keluarga Mengerjakannya
Ummu Salamah meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah terjaga. Beliau lantas berkata: "Subhanallah, apalah fitnah yang turun pada malam ini, apalah kurnia yang datang, siapalah yang akan membangunkan orang rumahnya. Ya Tuhan, kiranya ada orang berpakaian di dunia ini tetapi bogel pada hari kiamat (kelak)". (Riwayat Bukhari)
(4) Qiamulaill Dengan Banyak Membaca Al-Quran
Rasulullah bersabda maksudnya:
"Barangsiapa membaca sepuluh ayat pada satu malam ia tidak digolongkan sebagai orang-orang yang lalai. Yang membaca seratus yat dituliskan baginya pahala seolah-olah ia berqunut sepanjang alam. Yang membaca dua ratus ayat maka ia digolongkan sebagai pejuang. Yang membaca empat ratus ayat digolongkan ia dari golongan `Abid. Yang membaca lima ratus ayat digolongkan sebagai Hafiz. Yang membaca enam ratus ayat masuk dalam golongan Khasyi'in (orang yang khusyuk). Yang membaca lapan ratus ayat dimasukkan dalam golongan "Mukhabitin". Yang membaca seribu ayat maka baginya pahala satu Qinthar. Sa Qinthar seribu dua ratus Auqiaah. Tiap satu aiqiah itu lebih baik dari isi bumi dan langit. Dan barangsiapa yang membaca dua ribu ayat maka wajiblah ia masuk syurga. "
(Riwaayat Thabrani)
===

Allahua'lam bissowaab.

Petikan: Message 744 (ipijlink@yahoogroups.com) tulisan rmailto:ramlan@food2.food.kyoto-u.ac.jp .

Saturday, October 16, 2004

:: Ramadhan ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah Subhanahu Wa Taa'la dalam Suratul Baqarah ayat 183 bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa."

Al-hamdulillah dapat coret2 sikit. Lama rasa tak menulis. Sebelum apa2, salam menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada pengunjung yang sudi melabuhkan mata ke sini. Allah beri kita peluang sekali lagi untuk memanfaatkan limpahan kurniaan dan rahmat-Nya maka janganlah kita dipersiakan.

Semalam, semasa khutbah Jumaah, khatib dari Indonesia, mengingatkan sidang hadirin tentang beberapa perkara mengenai bulan Ramadhan ini. Antara dua perkara yang diperingatkan oleh khatib adalah: yang pertamanya:

Hadith berkenaan sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam maknanya:

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(Hadith Muttafaqun 'Alaih)

Masya-Allah betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah. Marilah kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada ini untuk melakukan sebanyak mungkin amal soleh untuk sama-sama memohon keredhaan Allah.

Hadirin juga diperingatkan tentang satu hadith bermaksud:

"Betapa banyak orang puasa, bagian dari puasanya (hanya) lapar dan dahaga. "
(Hadith Riwayat Ahmad, hadits hasan shahih)

Sudah tentu kita semua tidak ingin melihat amalan-amalan kita sebagai bersahaja tanpa erti. Takut bila dengar hadith ni dan ini patut menjadi motivasi dan dorongan untuk kita meninggalkan perkara sia-sia dan keji, insya-Allah.

Jom p berbuka and terawih.. :)

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Thursday, October 14, 2004

:: Tadarus Al-Qur'an ::

Assalamualaikum..

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) akan mengadakan TADARUS AL-QURAN secara ONLINE di Yahoo Messenger. Program akan berlangsung setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, bermula pada jam 10:30 malam selepas TAZKIRAH ONLINE, selama setengah jam.

Program ini bertujuan untuk menghidupkan suasana Al-Quran di bulan Ramadhan serta memperbaiki bacaan. Kepada sesiapa yang berminat sila berikan nama anda kepada Mokhzani - email : mokhz6@gmail.com (utk Muslimin) dan Norhayati - email : are_tea209@yahoo.com (untuk Muslimat). Semoga Ramadhan ini kita penuhi dengan mendekatkan diri kepadaNya.

Salam Ramadan Al-Mubarak.....

wassalam.
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Wednesday, October 13, 2004

:: Ramadhan Moon-sighting ::


ラマダーン開始時期の発表について
Ramadan Moon-sighting Announcement
 
10月14日(木)の午後9時30分以降に、センターまで電話にてお問い合わせください。また、ホームページでも情報を随時発表いたします。
Please call Islamic Center - Japan on the night of October 14, 2004 (Thur.) after 21:30. We will also provide Information on Ramadan on our homepage as well. Thank you.
Phone: 03-3460-6169 Fax: 03-3460-6105
E-mail: islamcjp@islamcenter.or.jp
URL: http://islamcenter.or.jp
 
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Tuesday, October 12, 2004

:: Kisah Menerokai Islam ::

Bismillah..

Sudah lama tidak menulis sedikit.. insya-Allah kali ini teman suka untuk membawa kita semua mengikuti satu kisah seorang polis wanita Amerika menemui hidayah Allah.

Sila klik di sini untuk membacanya.

Bila mengikuti kisah-kisah yang seumpama ini, teman merasai bahawa nikmat Islam ini bukanlah diberi kepada calang-calang orang. Pada hemat teman, mereka yang berusaha mencari hidayah dan akhirnya menemui Islam akan merasai manisnya iman dalam diri dan tidak akan mensia-siakan nikmat yang diperolehinya itu.

Bagi kita yang lahir2 sudah dalam Islam mungkin kurang terasa (maaf kalo tersilap kata) kerana kita jarang melalui susah payah dlm. mengenal Islam. Mudah-mudahan dgn. membaca kisah-kisah seumpama ini kita lebih rasa betapa besarnya nikmat Islam dan Iman ini.

Allahua'lam..

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA