Abi Umamah mengatakan beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:"Barangsiapa yang merebahkan diri di tempat tidurnya dalam keadaan bersih dan mengingati Allah sehingga ia mengantuk (dan tertidur) maka apa saja yang ia mintanya dari kebaikan dunia dan akhirat apabila ia terjaga dari tidur tersebut (dan berdoa) maka dikabulkan oleh Allah."
(Riwayat At-Tirmizi)
(2) Waktu Qiamullail
Para fuqaha menjelaskan waktunya ialah di awal malam atau di pertengahan malam dan di penghujungnya asalkan selepas solat Isya', iaitu sesudah bangun tidur walaupun sebentar. Waktu yang afdal ialah sepertiga yang terakhir malam.
Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi: "Tuhan kita Azzawajalla tiap malam turun ke langit dunia apabila telah tinggal sepertiga terakhir daripada malam. Kemudian Allah berkata: "Siapakah yang (ada) berdosa kepada Ku untuk Ku perkenankan, siapakah pula yang meminta kepada Ku supaya Ku berikan dan (adakah) siapa yang memohon ampun kepada Ku agar Ku ampunkan dosanya."
(Riwayat Jama'ah)
(3) Adab Qiamullail
a) Niat
Abu Darda' meriwayatkan sabda Rasulullah bermaksud: "Barangsiapa yang merebahkan di tilamnya dengan niat bangun malam untuk mengerjakan sembahyang maka ia nyenyak sampai Subuh, maka dituliskan untuknya pahala apa yang ia niatkannya. Dan tidur itu ialah sedekah dari Tuhan kepadanya. "
(Riwayat Nasa'i danIbnu Majah)
b) Bacaan apabila terbangun tidur:
Setelah ia bangun dari tidur sunat ia berdoa dengan doa ma'thur:
"Tidak ada Tuhan yang benar-benar disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau (wahai Allah). Ampunkanlah dosaku dan limpahkan kepada ku rahmat Mu. Ya Allah, tambahilah ilmuku jangan Engkau takdirkan hatiku sesat setelah Engkau kurniakan dengan hidayah Mu. Kurniakanlah bagiku rahmat dari sisi Mu. Sesunguhnya Engkau amat Pemurah dengan kurnia. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami (seperti) mati dan kepadanyalah (semua) akan kembali (untuk perhitungan)."
Kemudian bacalah:
"Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaan Mu itu adalah hak, dan Firman Mu itu adalah hak, dan Syurga adalah hak dan Neraka adalah hak dan Nabi Muhammad adalah benar dan saat hari Qiamat adalah benar. Ya Allah, kepada Mu lah kami berserah diri, dan kepada Mu lah kami bertawakal, kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepada Mu lah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul `Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengaMu ya Allah. "
c) Dua Rakaat Pembukaan
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam jika sembahyang beliau memulakan sembahyang dengan dua rakaat yang ringan.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:"Jika sesiapa di antara kamu bangun untuk sembahyang malam maka sulungkanlah dengan dua rakaat yang ringan".
(Riwayat Muslim).
d) Kadar Kelebihan Sembahyang Juga Mengikut Kadar Bacaan
Abdullah Bin Amru meriwayatkan sabda Rasulullah: "Barangsiapa yang (Qiamulaill) sembahyang dengan membaca sepuluh ayat maka ia tidak ditulis sebagai orang yang (hidup) lalai. Barangsiapa yang membaca seratus ayat ditulis sebagai orang yang Mukhbitin. Dan barangsiapa yang berdiri membaca seribu ayat, maka ia ditulis sebagai orang yang Muqanthirin (yakni orang yang mendapat pahala ber Qinthar-Qinthar"
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah).
e) Kaifiat Sembahyang
Kaifiatnya seperti sembahyang biasa juga, Cuma niatnya:Sahaja aku sembahyang tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala. Selepas membaca fatihah bacalah kadar yang termampu dari ayat al-Quran. Perbanyakkan doa dan pinta dikala saudara sujud.
f) Bilangan Rakaatnya
Sekurang-kurang qiamulaill satu rakaat, adapun lebihnya tidaklah ada berhad. Siapa mahu boleh sembahyang dua rakaat, dan siapa mahu boleh lebih dari itu.
g) Kadar Yang Afdhal
Ialah sebelas atau tiga belas dengan witir.
Ummul Mu'minin Aisyah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah SAW baik dalam (bulan) Ramadhan mahupun bukan dalam bulan Ramadhan tidak pernah sembahyang lebih dari sebelas rakaat. Beliau bersembahyang empat rakaat dan usah ditanya tentang khusyuk dan lamanya. Kemudian beliau sembahyang empat rakaat lagi (seperti itu juga lama dan khusyuknya). Kemudian beliau sembahyang tiga rakaat."
h) Sunat Diakhiri Dengan Sembahyang Witir
Saidina Ali mengatakan sembahyang itu tidak wajib seperti sembahyang fardhu tetapi ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Beliau bersabda:"Allah itu witir (ganjil) dan sukakan witir maka witirlah kalian wahai pengikut Al-Quran." (Riwayat Abu Daud dan Termizi)
Khadijah mengatakan pada suatu hari Rasulullah menemui kami dan berkata:"Allah telah mengurniakan dengan sembahyang yang lebih baik dari kemerahan daging masak (kilauan nikmat) iaitu sembahyang witir. Allah menentukan masa sesudah sembahyang Isya' sampai terbit fajar. "(Riwayat abu Daud, Ibnu Majah dan Termizi)
Ibnu Umar mendengar Rasulullah bersabda :"Barangsiapa sembahyang Dhuha, puasa tiga hari dalam sebulan dan tidak meninggalkan sembahyang witir baik dalam perjalanan mahupun ketika tidak dalam perjalanan maka dituliskan baginya pahala orang yang syahid. "
(Riwayat Thabrani)
Buraidah mendengar sabda Rasulullah:"Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!" (Riwayat Ahmad danAbu Daud)
Satu perkara yang harus diingat ialah barangsiapa yang telah mengerjakan witir penamat, kemudian ia mahu lagi selepas itu bersembahyang maka ia bolehlah sembahyang tetapi tidak mengulangi witir. Kerana Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada dua witir pada satu malam".
i) Jangan Terlalu Mempersukar Diri
Mengikut sebuah hadis riwayat Muslim:
"Anas berkata: Pada suatu masa Rasulullah masuk masjid dan melihat seutas tali teruntai antara dua tiang. "Apa ini? Tanya Rasulullah. Sahabat menjawab: Itu kepunyaan Zainab wahai Rasulullah. Untuk menolongnya kuat bangun sembahyang bila tidak bertenaga lagi". Tanggalkan! Perintah Rasulullah. " Sesiapa yang sembahyang buatlah setakat mampunya. Kalau ia telah lemah atau letih hendaklah ia baring".
j) Berterusan
Aisyah meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah ditanya: amal yang manakah lebih disukai oleh Allah? Jawab beliau, "Amal yang berterusan walaupun sedikit".
k) Mengajak Isteri Atau Keluarga Mengerjakannya
Ummu Salamah meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah terjaga. Beliau lantas berkata: "Subhanallah, apalah fitnah yang turun pada malam ini, apalah kurnia yang datang, siapalah yang akan membangunkan orang rumahnya. Ya Tuhan, kiranya ada orang berpakaian di dunia ini tetapi bogel pada hari kiamat (kelak)". (Riwayat Bukhari)
(4) Qiamulaill Dengan Banyak Membaca Al-Quran
Rasulullah bersabda maksudnya:
"Barangsiapa membaca sepuluh ayat pada satu malam ia tidak digolongkan sebagai orang-orang yang lalai. Yang membaca seratus yat dituliskan baginya pahala seolah-olah ia berqunut sepanjang alam. Yang membaca dua ratus ayat maka ia digolongkan sebagai pejuang. Yang membaca empat ratus ayat digolongkan ia dari golongan `Abid. Yang membaca lima ratus ayat digolongkan sebagai Hafiz. Yang membaca enam ratus ayat masuk dalam golongan Khasyi'in (orang yang khusyuk). Yang membaca lapan ratus ayat dimasukkan dalam golongan "Mukhabitin". Yang membaca seribu ayat maka baginya pahala satu Qinthar. Sa Qinthar seribu dua ratus Auqiaah. Tiap satu aiqiah itu lebih baik dari isi bumi dan langit. Dan barangsiapa yang membaca dua ribu ayat maka wajiblah ia masuk syurga. "
(Riwaayat Thabrani)
===
Allahua'lam bissowaab.
Petikan: Message 744 (ipijlink@yahoogroups.com) tulisan rmailto:ramlan@food2.food.kyoto-u.ac.jp .
0 Comments:
Post a Comment
<< Home