Bismillahi wal hamdulillah..
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".(Hadith Riwayat Hakim)
Terasa terpanggil untuk mencoret sedikit bila kebelakangan ini banyak isu yang melibatkan kita semua umat Islam dalam sedar atau tidak. Rancangan di kaca TV seperti Who Wants To Be A Millionaire?, Akademi Fantasia, Bintang RTM dan macam2 lagi rancangan diatur untuk menyeronokkan jiwa.
Dalam sedar atau tidak, besar sungguh pengaruh hiburan dalam hidup seorang remaja seperti kita. Sambutan remaja terhadap konsert, rancangan2 di TV dsb. ini menunjukkan mereka seronok sungguh.. apa tidaknya? Ditonjolkan budaya dan cara hidup barat yg. serba mewah dan seronok.. seolah-olah inilah gaya hidup terkini dan up-to-date. Artis menjadi idola dan ikutan.
Seronok sungguh kita dengan hiburan.. dan sekarang orang boleh buat apa sahaja maksiat walau di depan khalayak ramai asalkan nafsunya puas. Sedarkah kita bahawa di hari penghisaban nanti seluruh dosa kita akan dibentangkan di seluruh umat manusia dan pada hari itu pipinya jatuh berguguran disebabkan malunya. Yang duduk seronok tak habis tu takutilah bahawa kita akan mati. Umat dahulu binasa atas banyak seronok. Astaghfirullah..
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda maksudnya: "Seandainya dunia ini sama dengan sayap nyamuk di sisi Allah, nescaya Dia tidak akan memberi minum kepada orang kafir daripadanya dengan seteguk air pun. "
(Hadis Riwayat Tirmidzi).
Ini peringatan daripada nabi untuk ummatnya. Marilah kita sedari dan insaf bahawa kita semua akan mati. Takde apa2 dunia ini.. ambillah ia sebagai jambatan untuk ke akhirat.. bermakna dunia ini bukan segala-galanya. Berhibur berhibur juga tapi biarlah kena pada batasnya.. berpada-padalah. Mari ikut sunnah nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat.
Pernahkah kita dengar kisah Mus'ab bin Umair yang terpaksa meninggalkan kemewahan kerana mencari Islam sehingga Rasulullah menitiskan air matanya. Nak cari kain untuk tutup jenazahnya di medan perang pun tak cukup tapi darjatnya tinggi di sisi ALLAH.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
(Hadith Riwayat Termizi)
Allahua'lam..
"..Tuhan leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku.. kerana di situ tidak kumampu mengumpul dua cinta.."
Ke mana anda cuti summer nanti? Apa kata kita sama-sama ke Summer Camp insya-ALLAH dari 8 sehingga 11 hb. Ogos 2004 nanti. Jom! BACA LANJUT
0 Comments:
Post a Comment
<< Home