:: Stress? Takleh Study? ::
:: Stress? Takleh Study? ::
Bismillah..
Wahai kawanku marilah semua.. kita study (hehe)
Biaser lah musim xm kiter study.. time study banyak kena ingat.. kekadang stress kan.. so, ada beberapa tips nak kurangkan stress daripada Ustazah Norihan Mohd. Noor (
http://www.sengkarai.com/kurangstress.htm)
1- Biasakan diri berada dalam berwudhu'
2- Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
3- Perbanyakkan solat sunat
4- Berdoa pada Allah
5- Bersangka baik dengan Allah
6- Lakukan kegiatan luaran
7- Amal diet dengan disiplin yang kuat
8- Menangis dengan sepuas hati
9- Hargai kebolehan diri sendiri
10-Cintai diri sendiri
Pendeknya kita perlu mengkaji stress ini dari 4 dimensi:
- Dimensi Encephalon (Otak) [perbetul niat, ingat matlamat dll.]
- Dimensi Emosi/ Sosial [interaksi dengan masyarakat]
- Dimensi Jasmani [makanan, kesihatan, riadah dll.]
- Dimensi Rohani [dekatkan diri dengan Allah]
Firman Allah bermaksud:
"..Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram"
(Ar-Ra'd:28)
Ke mana anda cuti summer nanti? Apa kata kita sama-sama ke Summer Camp insya-ALLAH dari 8 sehingga 11 hb. Ogos 2004 nanti. Jom! BACA LANJUT
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian …
Mayotteru nak buat ape NATSU YASUMI ni … ?
Jom berkhemah bersama rakan-rakan IPIJ di Shirakawa , Gifu
8 ~ 11 Ogos 2004
Bertemakan "Mukmin Seimbang Aset Utama Kebangkitan Islam”
Nak tahu ape yang menarik ??? Banyakkkk ….
Malam Burung Hantu
Tresure Hunt
Malam Unggun Api
Malam Kebudayaan Islam
BBQ
Pengisian dari ustaz yang berwibawa
… Dan pelbagai aktiviti menarik yang mampu membina minda sahabat-sahabat dari segi fizikal dan mental .. jom jom ..
Yuran penyertaan Y1000 sehari ….
Murah je berbanding ilmu dan pengalaman yang bakal diperolehi
di sana nanti … Insyallah
Tarikh tutup pendaftaran : 6 Ogos 2004
Daftar disini ye ..
http://fs16.formsite.com/ushahreza03/form913326373/index.html
Apa yang perlu dibawa ?
Bawa diri jek … kepada yang ada ‘sleeping bag’
boleh la bawa juga ..
Camne nak ke sane ?
JR高山本線: 名古屋駅 - 白川口駅
(JR特急ひだ Y1450 67分)
Dari 白川口 : http://e-900.com/access/access.htm
Kawasan yang cantik , dikelilingi flora dan fauna …
HIJAU !!! .. Sejuk mata memandang …
Tak percaya ???
Tengok lah di http://e-900.com/pdf/01pamphlet.pdf
Aaaa jemputlah beramai-ramai .. Jangan lupa ajak kawan-kawan lain sama … Ada pape sila hubungi wakil kami di
090-3958-6499
090-9844-4241
090-1820-2309
080-5003-4350 ( muslimat )
Jangan Lepaskan Peluang Keemasan ini !!!
Hadis Anas r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka
Jemputan daripada Ikatan Persaudaan Islam Jepun (IPIJ)
:: Kawan ::
Suara Firdaus - Kawan
Kawan.. bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan.. di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan.. hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan.. hidup ini umpama awan
Yang tidak selalu putih
Ingatlah, bintang-bintang di langit
Takkan terus berkelipan
Ingatlah, pelangi yang indah
Pasti akan hilang
Kawan.. jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding
Kawan.. jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan di meja tulis
Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta
Mulai saat ini teman ingin memohon jasa baik sahabat-sahabat untuk sentiasa menegur kesilapan, salah silap teman.
Bila fikir-fikir balik.. sebenarnya tujuan teman menulis adalah untuk sama-sama kongsi idea, pendapat, ilmu dan pandangan tapi kalo tiada teguran atau komen ataupun pandangan yang berlainan, maka seolah-olah tiada erti penulisan ini. Biarlah kita gunakan ruang komen di bawah ini sebaik-baiknya.
Sudah lama teman menanti teguran.. idea daripada sahabat-sahabat sebab segala yg. teman coret2kan di sini hanyalah drp. sudut pemikiran teman dan sudah tentulah tidak bebas dari salah silap. Oleh itu tegurlah wahai kawanku.
Tidaklah teman mengharap tapi sudi-sudikanlah berkongsi ye. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak kebaikan (bukanlah keburukan) kepada kita semua.. ameen. Barakallahufiik.
Ke mana anda cuti summer nanti? Apa kata kita sama-sama ke Summer Camp insya-ALLAH dari 8 sehingga 11 hb. Ogos 2004 nanti. Jom! BACA LANJUT
:: Mus'ab bin 'Umair ::
Bismillah.. tersentuh bab kisah sahabat dlm. posting lepas, so kali ni ape kate kiter baca kisah Mus'ab bin 'Umair, seorang sahabat nabi untuk sama2 dihayati..
Mus’ab bin ‘Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Mus’ab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.
Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.
Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.
Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.
Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.
Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”
Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.
Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.
Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:
“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”
Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: “Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.”
Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qami’ah menyerbu ke arah Mus’ab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Mus’ab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qami’ah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qami’ah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada' Uhud.
Abu al-Rum, Amir ibn Rabi’ah dan Suwaibit ibn Sa’d telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.
Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.
Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.
(Petikan daripada Majalah Haluan, bilangan 9 edisi '97)
Mudah-mudahan beroleh manfaat.. insya-ALLAH. Perjuangan Islam itu bukan mudah dan tak dihampari karpet merah (karpet masjid lagi muli tau) atau tadahan bunga ros tapi jalan yg. penuh onak duri.
Allahua'lam..
Ke mana anda cuti summer nanti? Apa kata kita sama-sama ke Summer Camp insya-ALLAH dari 8 sehingga 11 hb. Ogos 2004 nanti. Jom! BACA LANJUT
:: Seronoknya Dia ::
Bismillahi wal hamdulillah..
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".(Hadith Riwayat Hakim)
Terasa terpanggil untuk mencoret sedikit bila kebelakangan ini banyak isu yang melibatkan kita semua umat Islam dalam sedar atau tidak. Rancangan di kaca TV seperti Who Wants To Be A Millionaire?, Akademi Fantasia, Bintang RTM dan macam2 lagi rancangan diatur untuk menyeronokkan jiwa.
Dalam sedar atau tidak, besar sungguh pengaruh hiburan dalam hidup seorang remaja seperti kita. Sambutan remaja terhadap konsert, rancangan2 di TV dsb. ini menunjukkan mereka seronok sungguh.. apa tidaknya? Ditonjolkan budaya dan cara hidup barat yg. serba mewah dan seronok.. seolah-olah inilah gaya hidup terkini dan up-to-date. Artis menjadi idola dan ikutan.
Seronok sungguh kita dengan hiburan.. dan sekarang orang boleh buat apa sahaja maksiat walau di depan khalayak ramai asalkan nafsunya puas. Sedarkah kita bahawa di hari penghisaban nanti seluruh dosa kita akan dibentangkan di seluruh umat manusia dan pada hari itu pipinya jatuh berguguran disebabkan malunya. Yang duduk seronok tak habis tu takutilah bahawa kita akan mati. Umat dahulu binasa atas banyak seronok. Astaghfirullah..
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda maksudnya: "Seandainya dunia ini sama dengan sayap nyamuk di sisi Allah, nescaya Dia tidak akan memberi minum kepada orang kafir daripadanya dengan seteguk air pun. "
(Hadis Riwayat Tirmidzi).
Ini peringatan daripada nabi untuk ummatnya. Marilah kita sedari dan insaf bahawa kita semua akan mati. Takde apa2 dunia ini.. ambillah ia sebagai jambatan untuk ke akhirat.. bermakna dunia ini bukan segala-galanya. Berhibur berhibur juga tapi biarlah kena pada batasnya.. berpada-padalah. Mari ikut sunnah nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat.
Pernahkah kita dengar kisah Mus'ab bin Umair yang terpaksa meninggalkan kemewahan kerana mencari Islam sehingga Rasulullah menitiskan air matanya. Nak cari kain untuk tutup jenazahnya di medan perang pun tak cukup tapi darjatnya tinggi di sisi ALLAH.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
(Hadith Riwayat Termizi)
Allahua'lam..
"..Tuhan leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku.. kerana di situ tidak kumampu mengumpul dua cinta.."
Ke mana anda cuti summer nanti? Apa kata kita sama-sama ke Summer Camp insya-ALLAH dari 8 sehingga 11 hb. Ogos 2004 nanti. Jom! BACA LANJUT
:: Summer Vacation ::
Bismillah..
Sahabat2 buat pe cuti summer nanti? Apa kata kiter p camping ramai2.. jom, sambil kite dengar pengisian rohani, kiter juga beraktiviti luar seperti: Malam Burung Hantu, Malam Unggun Api, Sukaneka dan sebagainya, insya-Allah.
Jangan lupa..
TEMA : MUKMIN SEIMBANG ASET KEBANGKITAN ISLAM
Tempat : Shirakawa, Gifu
Tarikh : 8-11 Ogos 2004
Rujuk website ini:
Homepage Rasmi
Daftarlah sekarang..
Sila Klik Di Sini
Untuk sebarang pertanyaan, sahabat-sahabat boleh menghantar email kepada:
berkatkasih@yahoo.com
hamaratul_aliah@yahoo.com
Jom ramaikan majlis..
:: Jemput-jemput ::
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Barang siapa yang mencari satu jalan menuntut ilmu niscaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Surga."
(HR. Muslim, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad).
KLIK DI SINI
:: Arete! ::
Assalamua'laikum..
Hari nih 1 Julai 2004.. ermm.. lebih kurang 3 minggu je lagi nak kimatsu shiken*.. waduh waduh, pusing2 gini dong.. paper yg. kena xm tak banyak tapi taihen** la jugak satu2 paper tue.. yosh! arete! [Greek](strive for excellence). Sahabat2 jangan lupa doakan teman ngan sahabat2 yg. lain ye.
Minggu lepas al-hamdulillah berpeluang study group lagi sekali ngan sahabat2. Masya-Allah best! Macam2 benda kita leh bincang persoalan2 agama. Antaranya lah bincang skit pasai aqidah. Hanya aqidah yang murni je lah yang dapat menyelamatkan kita dari azab Allah iaitu aqidah tanpa syirik pada Allah. Dengan syirik, takkan bermakna apa2 walau sebesar manapon amalan kita. Dalam erti kata lain, kita mentauhidkan Allah. Kita mengesakan Allah dari sebarang sekutu.
Mari kita rujuk firman Allah dalam Surah An-Nisaa',4: ayat 48
[48] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
Kemudian dalam Surah An-Nisaa' juga ayat 116, Allah berfirman bermaksud:
[116] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Menurut Ibnu Katsir, ayat2 ini menjelaskan kepada kita bahawa
(1)
Allah tidak akan mengampuni orang-orang yang mati dalam keadaan syirik (tanpa bertaubat dari dosa2 syiriknya).
(2) Selama mana dia di dunia, adalah
terbuka peluang untuknya diampuni Allah jika dia bertaubat.
(3)
selain dosa syirik, kita boleh diampuni terus oleh Allah ataupun dihisab dahulu tetapi akhirnya ke syurga.
Inilah pegangan Ahlis Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan membezakan kita antara Syiah, Murjiah, Khawarij dan lain2 pandangan sesat lagi menyesatkan.
Asas pandangan Khawarij:
1- Amal itu adalah sebahagian dari keimanan, kerana mereka berpendapat bahawa iman itu adalah pembenaran dan
amal. Setiap orang yang memaksiati (melakukan dosa) Allah Taala, maka dia adalah kafir. Semua dosa adalah dosa
besar.
Asas pandangan Murjiah:
1- Amal pula tidak memberi kesan
kepada iman secara mutlak. Mereka mengatakan bahawa keimanan yang disertai dengan kemaksiatan tidak
memberi mudarat, sebagaimana tidak memberi manfaat kekufuran yang disertai dengan ketaatan.
2- Kemudian sebahagian mereka ada yang bersikap melampau. Mereka menganggap bahawa keimanan itu hanyalah
dengan hati, sekalipun seseorang itu mengumumkan kekufurannya dengan lisan, menyembah berhala atau melazimi
orang-orang Yahudi dan Nasrani; dan dia mati dalam keadaan begitu, maka tetap dianggap sebagai orang yang
beriman.
Haram bagi untuk mengikut pandangan sesat ini kerana ia jelas bertentangan dengan dalil2 yg. sahih dari Al-Qur'an dan As-Sunnah. Dan ulama bersepakat bahawa selagimana seorang muslim itu tidak syirik, jika dia diampuni dosa2 lainnya, itulah rahmat Allah dan jika dia diazab, itu menunjukkan keadilan Allah Taa'la.
Kita lihat bahawa pandangan2 sesat ini adalah pandangan yang melampau sedangkan Islam itu adalah sederhana dan bersumberkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, bukanlah akal fikiran.
Oleh itu marilah kita
membersihkan aqidah kita dari fahaman yang terseleweng ini dan menjadi satu pengajaran bagi kita untuk berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam syirik. Allahua'lam.
KECEK JEPON
* kimatsu shiken = semester final exam
** taihen = susah