Thursday, July 28, 2005

:: Elek-elek (18SG) ::





Bad day at the office


ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Saturday, July 23, 2005

:: Renungan ::

p/s: artikel ini teman ambil dari ipij_group@yahoogroups semalam.. Renungan Jumaat. Semoga boleh dikongsi bersama-sama.

Assalamua'laikum
Bismillahi wal hamdulillah.. syukur kepada ALLAH di atas nikmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya sehingga kita masih lagi dapat mengecapi nikmat Islam dan Iman.

Jumaat datang lagi dan menuntut kita untuk selalu membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji. Renungan Jumaat kali ini ingin membawa muslimin muslimat netters sekalian untuk menghayati dua ayat yang dibaca tidak kurang dari 17 kali sehari semalam. Mari kita renungi ayat ke-6 dan ke-7dari Surah Al-Fatihah. Maksud firman ALLAH Taa'la:

[6] Tunjukkan kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.


Setiap hari kita memohon kepada ALLAH agar ditunjukkan jalan yang lurus. Syed Qutb di dalam tafsirnya, Fi Zilalil Qur'an (Di Bawah Naungan Al-Qur'an) menjelaskan, melalui ayat ini kita memohon kepada ALLAH agar diberikan taufiq untuk memilih jalan yang lurus dan selepas mengenalinya, kita memohon agar diberi taufiq pula untuk mengikut jalan yang lurus itu dengan kejujuran.

Mengikut Tafsir Ibn Kathir, jalan yang lurus ini adalah jalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh ALLAH iaitu yang dinyatakan oleh ALLAH dalam Surah An-Nisa' ayat 69 hingga 70 bermaksud:

[69] Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

[70] Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).


Muslimin muslimat yang dirahmati ALLAH,

Kebelakangan ini ummat Islam dikejutkan dengan pelbagai isu ummat Islam. Antaranya isu seorang lelaki dikenali sebagai Haji Kahar mengaku sebagai nabi untuk ummat Melayu di Selangor dan kini yang panas adalah ajaran Ayah Pin (dengan "Kerajaan Langit"nya) di Terengganu. Kalau dahulunya kita dikejutkan dengan serpihan kumpulan Black Metal yang membakar dan menghina Al-Qur'an. Ini baru segelintir daripada beribu macam ajaran-ajaran yang memesongkan akidah.

Kita belum lagi memperkatakan mengenai Kristian dan Yahudi lagi, belum lagi memperkatakan ajaran-ajaran tariqat yang sesat, Syiah, Muktazilah, Qadariyah, Anti-Hadis dan sebagainya.

Belum juga kita membincangkan persoalan bidaah dan khurafat.

Para netters yang dihormati,

Penulis ingin mengambil kesempatan pada hari yang mulia ini untuk mengajak kita sama-sama bermuhasabah diri dari kesalahan-kesalahan kita dan seterusnya memohon keampunan, petunjuk dan taufiq dari ALLAH. Tanpa hidayah dan taufiq-Nya, sudah tentulah kita akan termasuk ke dalam golongan-golongan yang penulis namakan sebagai ajaran sesat ini.

Berwaspadalah kita dengan ajaran-ajaran sesat yang cuba memesongkan kita dari nilai aqidah sebenar. Bagaimana untuk berwaspada kalau tiada ilmu agama di dada?

Muslimin muslimat,

Di sinilah perlunya tindakan dari kita semua. Setiap seorang dari kita mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan diri kita, ibu bapa kita, adik beradik kita, kaum kerabat kita, sahabat-sahabat kita.. dari seksaan api neraka ALLAH. Marilah kita bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Bila menyebut menuntut ilmu, ianya bermaksud ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Marilah marilah sahabat-sahabat menambah ilmu duniawi.. juga ukhrawi. Atas kepentingan ilmu ukhrawi maka IPIJ tidak jemu mengadakan program agama baik di internet juga di Jepun. Mari sediakan sedikit daripada masa yang kita ada untuk mempertingkat ilmu dan memperteguh iman di dada.

Perlulah kita sedar bahawa sesungguhnya hanya aqidah yang soheh dan amal soleh sahaja yang dapat menyelamatkan kita di hari Kiamat kelak, hari di mana tiada perlindungan kecuali perlindungan ALLAH semata. Sedarlah.. hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kita ke syurga dan menjauhkan kita dari neraka ALLAH. Islam itulah yang tertinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.

Semoga dengan sedikit peringatan ini dapat menyedarkan kita betapa besarnya nilai ilmu dan amal. Ingatlah.. hanya dengan rahmat, hidayah dan taufiq ALLAH sahaja kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Allahua'lam bissowaab.

RENUNGAN JUMAAT

p/s: Jum bersama-sama sahabat-sahabat lain di Summer Camp IPIJ, kali ini di Shiga dari 8-12 Ogos insya-ALLAH. Maklumat lanjut: http://ipij2005.tripod.com/index.html




ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Saturday, July 16, 2005

:: A Thought ::

Assalamua'laikum..

Apa khabar sumer pelawat? Semoga sehat2.. genki2 sokmo yer..

Lama tak menulis. Sekarang nie pon dah masuk musim demam xm. Doa-doakanlah teman dan sahabat2 lain ye.

Mungkin sedikit nak berkongsi apa yang teman dengar masa khutbah Jumaat semalam. Khutbah semalam bawa tajuk berkenaan Islam & 5 Pillars of Islam. Awal-awal khutbah tue disebut makna Islam. Katanya khatib, Islam itu membawa maksud: "Submission and Peace". Teman terfikir tetiba.. macam ada kaitan je dua tue. Maknanya bila kita submit (serah diri) kepada ALLAH, maka akan bawa kepada Peace.

So, kalo gitu mana boleh jadi "terror" macam di 911 dan London baru-baru nie. Bila kita serahkan diri kita untuk agama, maka segala tuntutan agama kita amalkan dan larangan agama kita tinggalkan tanpa banyak soal. Termasuk juga perihal makanan halal haram yang pernah teman berbicara sebelum ini. Apabila ditanya kenapa takleh makan babi, kenapa mesti solat dsb. sepatutnya kita dahulukan jawapan tue dengan sebab kita orang Islam, so kita kenalah ikut apa2 yang diperintahkan oleh ALLAH.. dengan kata lain: kita serahkan diri kita untuk Islam (fukujyuu).

Allahua'lam. Just a thought untuk dikongsi bersama semua. Sahabat2 semua fikir camner?

p/s: Ada berita baik untuk muslimin muslimat di Jepun!! Al-hamdulillah IPIJ dah lancarkan webpage info halal nya yang pertama (bley gak tengok kat Iklaneka blog nie). JUM JUM!! http://ipij.tripod.com/halal/


ALLAHUAKBAR!

Friday, July 08, 2005

:: Good Story ::

IF YOU THINK GOD DOES NOT EXISTS

A man went to a barbershop to have his hair cut and his beard trimmed. As the barber began to work, they began to have a good conversation.

They talked of many things on numerous subjects. When they eventually touched on the subject of God, the barber said: "I don't believe that God exists."

"Why do you say that?" asked the customer.

"Well, you just have to go out in the street to realize that God doesn't exist. Tell me, if God exists, would there be so many sick people?Would there be abandoned children? If God existed, there would be neither suffering nor pain. I can't imagine a loving God who would allow all of these things."

The customer thought for a moment, but didn't respond because he didn't want to start an argument. The barber finished his job and the customer left the shop.

Just after he left the barbershop, he saw a man in the street with long, stringy, dirty hair and an untrimmed beard.He looked dirty and unkempt. The customer turned back and entered the barber shop again and he said to the barber:

"You know what? Barbers do not exist."

"How can you say that?" asked the surprised barber. "I am here, and I am a barber. And I just worked on you!"

"No!" the customer exclaimed. "Barbers don't exist because if they did, there would be no people with dirty long hair and untrimmed beards, like that man outside."

"Ah, but barbers DO exist! " answered the barber. " What happens, is, some people do not come to me. "

"Exactly!" affirmed the customer. "That's the point! God, too, DOES exist! What happens, is, people don't go to Him and do not look for Him. That's why there's so much pain and suffering in the world."

ALLAHUAKBAR!

Tuesday, July 05, 2005

:: Dakwah - Part III ::

Kewajipan Berdakwah Kepada Bukan Islam
oleh: Shah Kirit bin Kakulal Govindji

...sambungan artikel lalu.

Dewasa ini dunia kita sudah berubah menjadi materialistic. Setiap perkara yang dilakukan mesti ada ganjaran atau keuntungan. Allah swt mengajak kita berniaga denganNya dalam Surah As-Saff 61:10-11 “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu”.

Kini bila berniaga kita hendak tahu peratusan keuntungannya. Keuntungan yang dijanjikan oleh Allah swt dalam Surah Al-Baqarah 2:261 adalah “Bandingan (derma) orang-orang yang belanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. Yakni setiap satu biji benih tumbuh menjadi tujuh ratus biji benih. Didalam bahasa perniagaan, ini adalah keuntungan yang tidak kurang dari 70,000%! Mana ada perniagaan lain didunia ini yang menjamin 100% pulangan keuntungan sehingga 70,000%?

‘Master key’ untuk melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam ada diterangkan dalam Surah Ali Imram 3:64 “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”

Untuk mencari kalimah-kalimah yang bersamaan antara kita dengan mereka, maka kita hendaklah mengkaji kitab mereka (bukan untuk beriman tetapi) untuk mencari ayat-ayat yang menjurus kepada tauhid. Sekiranya diperingkat permulaan kita hanya menggunakan Al-Qur’an dan Hadith sahaja mungkin orang-orang bukan Islam ini tidak percaya atau tidak yakin kerana mereka belum beriman kepada Al-Qur’an. Sekiaranya kita menggunakan Bible maka orang-orang Kristian terpaksa menerimanya. Berikut adalah beberapa hujah-hujah yang boleh kita gunakan dari Bible terhadap orang-orang Kristian:
“My Father is greater than I” [John 14:28]
“My father is greater than all” [John 10:29]
“…I cast out devil by the spirit of God…” [Matthew 12:28]
“…I with the finger of God cast out devils…” [Luke 11:20]
“I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I seek not my own will, but the will of the Father which hath sent me.” [John 5:30]
“…and the word which ye hear is not mine, but the Father’s which sent me.” [John 14:24]
“Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adonai Ikhad.”
“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]

Apabila kita mulakan da’wah kepada orang-orang Hindu, adalah lebih baik sekiranya kita mulakan dengan konsep ketuhanan dalam Islam yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas 112”1-4 “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tiada diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya’.”

Seterusnya kita boleh bincangkan mengenai ayat-ayat yang ada persamaan didalam kitab-kitab mereka contohnya Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana dan yang paling popular dikalangan orang-orang Hindu adalah Bhagavad Geeta. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita gunakan:

“ Those whose intelligence has been stolen by material desires surrender unto demigods and follow the particular rules and regulations of worship according to their own natures.” [Bhagavad Gita 7:20]

“Ekam evadvitiyam”
“He is One only without a second” [Chandogya Upanishad 6:2:1] 1

“Na casya kascij janita na cadhipah.”
“Of Him there are neither parents nor lord.” [Svetasvatara Upanishad 6:9] 2

“Na tasya pratima asti”
“There is no likeness of Him” [Svetasvatara Upanishad 4:19] 3

“Na samdrse tisthati rupam asya, na caksusa pasyati kas canainam.”
“His form is not to be seen, no one sees Him with the eye.”
[Svetasvatara Upanishad 4:20] 4

“Na tasya pratima asti”
“There is no image of Him” [Yajurveda 32:3] 5

“Shudhama poapvidham”
“He is bodiless and pure” [Yajurveda 40:8] 6

“Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste”
“They enter darkness, those who worship the natural elements” (Air, water, fire, etc.).
“They sink deeper in darkness, those who worship sambhuti (created things; table, chair, idol etc.).” [Yajurveda 40:9] 7

Brahma Sutra of Hinduism:
“Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste Kinchan”
“There is only one God, not the second;
Not at all, not at all, not in the least bit”.

...bersambung insya-Allah.

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Friday, July 01, 2005

:: Doki Doki ::

Bismillah..

Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Doki doki (berdebar-debar). First time.



ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA