Friday, January 28, 2005

:: Jom Jom ::

Bismillah..

Esok dan lusa (Sabtu-Ahad, 29-30 Januari 2005) JOM ramai-ramai kiter ke Masjid Tsukuba berkumpul untuk sama-sama merapatkan ukhuwwah sesama kita, insya-Allah.

Jom berkumpul di Tokyo Eki hari Sabtu 29 Jan. jam 1000 pagi di Yaesu Minami Exit.

Antara perbincangan kita & yang menarik:

Hari Pertama (29 Januari 2005 Sabtu)

P1: Beberapa Fahaman (Sekularisme, Orientalisme, Sosialisme, Nasionalisme, Kapitalisme)
P2: Haji Terakhir & Kewafatan Nabi
P3: Public Relationship
Tayangan Perdana
USMED (live dari Mesir)

Hari Kedua (30 Januari 2005 Ahad)

P4: Hadith 10
P5: Tsunami & Tragedi 911: Suatu Perbandingan
Wasiat Terakhir Dari Aznan Sempai

Bersurai jam 1400 insya-Allah.
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Monday, January 24, 2005

:: Teacher of Teacher ::




ALLAH MAHA KUASA MAKHLUK TAKDE KUASA

Saturday, January 22, 2005

:: Kelebihan Eidul Adha ::

Bismillah..

Fikrah: Aidiladha sama kelebihannya dengan Aidilfitri

ISLAM menetapkan dua hari raya dalam setahun untuk umatnya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Kedua-dua hari raya ini ada kaitannya dengan ajaran dan syariat Islam. Sejarah Islam ada mencatatkan bahawa setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah, Baginda mendapati umat Islam di Madinah merayakan dua hari raya yang mereka warisi secara turun-temurun dari nenek moyang mereka.

Maka, Baginda bersabda kepada mereka bermaksud: "Allah telah menggantikan kedua-dua hari raya kamu itu dengan dua hari raya yang lebih baik dari apa yang kamu rayakan itu iaitu: Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Korban (Aidiladha)."

Sejak itu, sambutan kedua-dua hari raya ini dirayakan oleh umat Islam hingga hari ini. Inilah kelebihan dan keistimewaan kedua-dua hari raya dalam Islam.

Dan setiap perkara yang berdasarkan kepada syariat, ia adalah yang terbaik dan dituntut daripada umat Islam mengamalkannya. Amalan itu pasti mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

Aidiladha adalah hari raya paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Oleh itu, syariat Islam menentukan masa bertakbir dipanjangkan bermula pada malam hari raya (10 Zulhijah) hingga pada hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah). Takbir Aidiladha berakhir pada petang (waktu Asar) hari keempat Aidiladha (13 Zulhijah). Pada hari berkenaan diharamkan berpuasa, sebagaimana haramnya puasa pada 1 Syawal.

Sambutan Aidiladha bukan perayaan bersuka ria. Tetapi, hari raya umat Islam untuk beramal dan beribadah kepada Allah demi mengukuhkan keimanan, ketakwaan dan sifat tawaduk manusia kepada Allah.

Maka, Islam mensyariat dan menganjurkan amalan bertakbir (mengagungkan kemahakuasaan Allah), bertahmid (memuji-muji kebesaran Allah) dan bertasbih (menyucikan Allah daripada sebarang kesyirikan). Begitu juga melakukan ibadat korban yang amat dituntut dalam Islam kepada mereka yang berkemampuan pada Zulhijah ini dengan ditentukan hari selama empat hari setiap tahun.

Suatu kekeliruan yang besar berlaku dalam masyarakat kita selama ini kerana kebanyakan mereka menganggap, bahawa Aidiladha bukan hari raya yang patut diperbesarkan.

Malah, sesetengahnya memandang dingin dan sepi dengan kedatangan Aidiladha. Aidiladha sama kelebihannya dengan Aidilfitri.

Aidilfitri lebih kepada hari kemenangan bagi diri individu, yang berjaya menundukkan nafsu selama sebulan. Aidiladha pula mengandungi kisah sejarah tiga manusia agung, yang sepatutnya dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat.

Pemimpin, ibu bapa dan remaja perlu mencontohi pengorbanan tiga insan itu demi membina sahsiah diri dan seterusnya meraih kecemerlangan jasmani dan rohani serta duniawi dan ukhrawi bagi diri sendiri, keluarga dan umat keseluruhannya.

Tiga manusia agung yang dimaksudkan itu ialah Nabi Ibrahim, sebagai bapa. Siti Hajar, isteri solehah yang bertakwa kepada Allah dan ibu penyayang, mempunyai kesabaran luar biasa yang tiada tolok bandingnya. Seorang lagi ialah Nabi Ismail, anak soleh yang berjiwa takwa, berjiwa tawakal hingga sanggup disembelih oleh bapanya demi menjunjung titah perintah Allah.

Ibadat korban pada Aidiladha dilakukan bukan saja semata-mata mengikut kehendak syariat Islam dalam menghidup dan meneruskan sunnah Nabi Ibrahim dan sebagai ikutan daripada perbuatan Nabi Muhammad, selain membantu golongan fakir miskin, malah lebih daripada itu.

Ia adalah simbolik daripada pengajaran Islam, agar umatnya sentiasa berkorban dan berjihad dalam hidup mereka. Pengorbanan itu sesuatu yang utama kepada pensaksian akidah untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Orang yang berjaya dan maju, hidup dengan menjunjung titah perintah Allah ialah mereka yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga, tenaga, fikiran, perasaan dan kepentingan diri. Mereka inilah orang yang benar-benar berjihad untuk memperoleh keredaan Allah.Tanpa semangat berkorban, orang akan rasa sayang untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Makkah.

Tanpa semangat berkorban, orang tidak akan sanggup berwukuf di Arafah, di tengah-tengah sinaran panas matahari.

Demikian juga, tanpa semangat berkorban orang akan sayang untuk mengeluarkan belanja bagi penyembelihan haiwan dan sebagainya.

Musuh utama kepada pengorbanan itu adalah syaitan dan hawa nafsu. Syaitan berusaha supaya manusia sayang kepada wang ringgit, takut rugi atau membuang masa dan pelbagai godaan dan pujukan lagi.

Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh. Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Surah Faathir, ayat 6).

Sumber: Bharian

Antara artikel yang menarik:
Eid : Hukum dan Adabnya

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Thursday, January 20, 2005

:: Solat Eidul Adha ::

Sukacita dimaklumkan bahawa sambutan dan solat sunat Eidul Adha 2005/1425H akan diadakan pada Jumaat 21 Januari 2005 jam 9.30 pagi bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, 20-16 Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, Tokyo 150-0036.
Aturcara majlis sambutan Hari Raya ini adalah sebagaimana berikut:
8.30 pagi - Takbir raya
9.30 pagi - Solat sunat Eidul Adha
10.30 pagi - Jamuan Ringan
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Tuesday, January 11, 2005

:: Fikir-fikir ::

Tsunami 1


Sumber: http://www.terasmelayu.org/mainpage.htm

Saturday, January 08, 2005

:: Tsunami ::

Bismillahi wal hamdulillah...


ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Begitulah sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian. Bencana tsunami yang berlaku 26 Disember 2004 yang lalu menjadi iktibar dan peringatan untuk kita yang masih bernafas bahawa sesungguhnya tiada daya dan kuasa kita sebagai manusia untuk melawan kehendak Yang Maha Esa. Usahlah mendabik dada dengan teknologi yang canggih dan ilmu yang hebat kerana semuanya itu adalah dari Allah dan besar manalah sangat nak dibandingkan dengan ilmu Allah yang tersangat luas. Jepun yang hebat teknologinya pon tak dapat buat apa2 dengan berlakunya gempa bumi di Niigata penghujung 2004 lepas.

Mengimbau sejarah juga menyedarkan kita betapa Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan dengan banjir, kaum Tsamud yang mendiami rumah yang dipahat pada bukit yang pejal batunya, kaum Firaun yang hebat dengan binaan piramidnya dan lain-lain semuanya musnah dan lenyap apabila teknologi dan ilmu yang dimiliki tidak dapat mendekatkan diri kepada Allah malah menjadikan mereka bertambah kufur dan bongkak kepada Allah.

Masih segar dalam ingatan bagaimana berita tsunami ini mula-mula sampai ke telinga dan mata. Sebenarnya teman bersama-sama rombongan Tokyo on the way ke Oita untuk Winter Gathering bertolak pada 25 hb. dan tiba di Oita pada 26 hb. jam 5 petang. Sebelum tiba di Oita, memang langsung tidak tahu akan berita tu. Bila sampai je kat station, sementara tunggu orang datang amik ngan kereta, sempat tengok berita kat tv dan betapa terkejut dan tak percayanya, bencana tersebut melanda Malaysia, Indonesia dan kerosakannya tersebar ke banyak negara lain. Innalillahi wainna ilaihi roojiun. Sekalung takziah buat ummat Islam yang terlibat.

Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat dikutip dari bencana ini. Antara artikel yang baik dan bagus untuk bacaan:


Iktibar Dari Bala Allah
Tsunami Melembagakan Kuasa Mutlak Allah
Tsunami: Teladan Al-Quran Dari Kisah Nabi Nuh Alayhi As-Salaam
Teras Melayu

Juga sebagai tambahan, rangkaian televisyen Al-Jazeera dikhabarkan telah menemuramah seorang pakar kaji bumi, Dr. Zahlul Najar, seorang ahli sains Islam dari Mesir baru-baru ini. Beliau telah menegaskan bahawa ombak tsunami, gempa bumi ini adalah bala tentera Allah. Nah, tiada yang dapat menyelamatkan kita dari bala Allah selain Allah. Fikir-fikirkanlah...

Sekarang keadaan di Acheh dan seluruh tempat yang terlibat amat menyedihkan. Mayat-mayat yang bergelimpangan tanpa diurus akibat perhubungan darat yang terputus dan bekalan bantuan makanan, pakaian tidak dapat sampai ke kawasan pedalaman. Hari-hari kita didengarkan dengan berita keadaan saudara kita di sana. Yang terselamat pula dalam trauma sehingga lebih rela mati kebuluran daripada turun dari atas pokok semata-mata kebimbangan banjir datang lagi. Innalillahi wainna ilaihi raajiun.

Tidak lupa juga peristiwa dua orang yang terselamat dari bencana walaupun hampir seminggu tanpa makanan dan peristiwa berapa banyak masjid di Acheh yang tetap utuh walaupun binaan di sekelilingnya ranap mirip peristiwa gempa bumi di Bam, Iran wajar menyedarkan kita dengan kekuasaan Allah. Subhanallah..



Mudah-mudahan peristiwa ini menginsafkan kita semua. Semoga Allah memberi kita hidayah dan taufiq-Nya kepada kita semua, ameen.

Thursday, January 06, 2005

:: Kenangan ::

Assalamua'laikum..
Al-hamdulillah puji dan puja ke hadrat Allah Taa'la yang dengan keizinan-Nya dapat bersama-sama teman-teman dan sahabat-sahabat seakidah seagama di Winter Gathering IPIJ yang lepas. Masih segar pengalaman adventure bersama rombongan dari Tokyo mengejar waktu supaya tak ketinggalan train. Oleh sebab pakai local train, so masa untuk transfer tukar2 train tu memang pendek sampai ada seorang sahabat tu melecur lidah sebab makan satu mangkuk soba (mee Jepun) yang panas tu hanya dalam masa 3 minit sahaja (record baru nih).. hebat kan?.. nak wat camner kan, itu je makanan segera yang agak mengenyangkan.
Dari Tokyo nak p Oita tu amik masa sehari setengah guna local train. Dari Tokyo 9 pagi dan bermalam di Pusat Islam Hiroshima, kemudian meneruskan adventure ke Oita.. sampai sekitar 5 petang. Letih tapi menyeronokkan. Tak lupa juga telatah sahabat2.. sampai tak kering gusi dibuatnya. Terima kasih sahabat2 yang bagi teka-teki menarik, kekadang tension gak dengar jawapan. Tapi "shou ga nai" lah (nak translate camne ntah perkataan ni).
Okeh.. teka-teki sat.. saper boleh jawab memang terror aa..
# buah apa yang paling keras? (Hint: sejenis buah; pernah keluar TV kat Malaysia) #
Kat Oita, dah abih dah sumer2, sempat gak pusing2 sikit bandaraya Oita tu. Dalam kelebatan "yuki"(salji) tu, amik peluang bersama teman-teman ke "onsen"(kolam air panas). Siap tangkap gambo lagi sebagai kenangan.. nah tengoklah..
Jejaka idaman
Dalam ramai-ramai ni sebenornya ada 2 orang yang takut mandi air panas. Hehe.. takleh aa bitau sini.. rahsia!! Sepatutnya 3 orang tau, tapi ntah nape sorang tu tetiba nak masuk mandi onsen gak. So, tinggallah 2 orang tu.
Apa-apapun kenangan di Oita tersangatlah indah.. tak dapek nak ungkap dengan kata-kata. Kalo dulu bila sebut Oita je teringat la onsen. Tapi, sekarang bila sebut Oita, teringat JF.. family restaurant: Joyful yang tak asing lagi buat kami semua.
Mungkin juga, bila sebut Oita maka tergambar pertemuan terakhir bersama-sama abang dan kakak yang akan tamat pengajian Mac ini dan pulang ke Malaysia untuk meneruskan perjuangan. Selamat berjuang untuk abang-abang dan kakak-kakak. Doakan adik-adik di sini.
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA