Saturday, January 08, 2005

:: Tsunami ::

Bismillahi wal hamdulillah...


ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Begitulah sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian. Bencana tsunami yang berlaku 26 Disember 2004 yang lalu menjadi iktibar dan peringatan untuk kita yang masih bernafas bahawa sesungguhnya tiada daya dan kuasa kita sebagai manusia untuk melawan kehendak Yang Maha Esa. Usahlah mendabik dada dengan teknologi yang canggih dan ilmu yang hebat kerana semuanya itu adalah dari Allah dan besar manalah sangat nak dibandingkan dengan ilmu Allah yang tersangat luas. Jepun yang hebat teknologinya pon tak dapat buat apa2 dengan berlakunya gempa bumi di Niigata penghujung 2004 lepas.

Mengimbau sejarah juga menyedarkan kita betapa Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan dengan banjir, kaum Tsamud yang mendiami rumah yang dipahat pada bukit yang pejal batunya, kaum Firaun yang hebat dengan binaan piramidnya dan lain-lain semuanya musnah dan lenyap apabila teknologi dan ilmu yang dimiliki tidak dapat mendekatkan diri kepada Allah malah menjadikan mereka bertambah kufur dan bongkak kepada Allah.

Masih segar dalam ingatan bagaimana berita tsunami ini mula-mula sampai ke telinga dan mata. Sebenarnya teman bersama-sama rombongan Tokyo on the way ke Oita untuk Winter Gathering bertolak pada 25 hb. dan tiba di Oita pada 26 hb. jam 5 petang. Sebelum tiba di Oita, memang langsung tidak tahu akan berita tu. Bila sampai je kat station, sementara tunggu orang datang amik ngan kereta, sempat tengok berita kat tv dan betapa terkejut dan tak percayanya, bencana tersebut melanda Malaysia, Indonesia dan kerosakannya tersebar ke banyak negara lain. Innalillahi wainna ilaihi roojiun. Sekalung takziah buat ummat Islam yang terlibat.

Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat dikutip dari bencana ini. Antara artikel yang baik dan bagus untuk bacaan:


Iktibar Dari Bala Allah
Tsunami Melembagakan Kuasa Mutlak Allah
Tsunami: Teladan Al-Quran Dari Kisah Nabi Nuh Alayhi As-Salaam
Teras Melayu

Juga sebagai tambahan, rangkaian televisyen Al-Jazeera dikhabarkan telah menemuramah seorang pakar kaji bumi, Dr. Zahlul Najar, seorang ahli sains Islam dari Mesir baru-baru ini. Beliau telah menegaskan bahawa ombak tsunami, gempa bumi ini adalah bala tentera Allah. Nah, tiada yang dapat menyelamatkan kita dari bala Allah selain Allah. Fikir-fikirkanlah...

Sekarang keadaan di Acheh dan seluruh tempat yang terlibat amat menyedihkan. Mayat-mayat yang bergelimpangan tanpa diurus akibat perhubungan darat yang terputus dan bekalan bantuan makanan, pakaian tidak dapat sampai ke kawasan pedalaman. Hari-hari kita didengarkan dengan berita keadaan saudara kita di sana. Yang terselamat pula dalam trauma sehingga lebih rela mati kebuluran daripada turun dari atas pokok semata-mata kebimbangan banjir datang lagi. Innalillahi wainna ilaihi raajiun.

Tidak lupa juga peristiwa dua orang yang terselamat dari bencana walaupun hampir seminggu tanpa makanan dan peristiwa berapa banyak masjid di Acheh yang tetap utuh walaupun binaan di sekelilingnya ranap mirip peristiwa gempa bumi di Bam, Iran wajar menyedarkan kita dengan kekuasaan Allah. Subhanallah..



Mudah-mudahan peristiwa ini menginsafkan kita semua. Semoga Allah memberi kita hidayah dan taufiq-Nya kepada kita semua, ameen.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home