Thursday, November 18, 2004

:: Salam Perantauan ::



Kami dari Tokyo Institute of Technology, Japan mengucapkan salam
aidilfitri kepada semua sanak saudara yang mengenali kami tak kira di
mana jua berada. Mohon maaf kami pinta dan doakanlah kejayaan kami di
sini.


Utusan Malaysia 18 Nov. 2004

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Thursday, November 11, 2004

:: Syawal ::

12 November lihat anak bulan Syawal

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Jumaat, 12 November ini bersamaan 29 Ramadan 1425 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang diperkenankan akan melihat anak bulan Syawal pada petang hari berkenaan di 28 tempat di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja bersetuju cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen.

Sebelum ini, pensyarah di Institut Agama Islam Kedah, Abdul Ghani Salleh, dilaporkan berkata, umat Islam dijangka berpuasa penuh selama 30 hari tahun ini dan menyambut Aidilfitri pada Ahad 14 November.

Beliau berkata, keadaan itu dijangka berlaku kerana pada 29 Ramadan atau 13 November nanti, ijtimak atau detik bulan baru berlaku pada jam 10.27 malam.

“Waktu matahari terbenam pada hari itu ialah pada jam 7.01 petang. Ini bermakna ijtimak belum berlaku ketika matahari terbenam, anak bulan tidak kelihatan pada hari itu kerana belum cukup masanya.

“Oleh itu Ramadan digenapkan kepada 30 hari. Maka, 1 Syawal 1425 jatuh pada Ahad 14 November 2004,” katanya.

©New Straits Times (M) Berhad

BHarian

* Ramadhan hampir berlalu pergi.. mari kita menghisab diri.. adakah kita berubah ke arah kebaikan atau kehadiran Ramadhan kali ini tidak mengubah apa2 pada diri *
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Friday, November 05, 2004

:: Nasib Umat Islam Masa Kini ::

Fallujah terus diserang

FALLUJAH 4 Nov. - Pesawat-pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) hari ini melancarkan beberapa serangan di bandar Fallujah dalam usaha untuk memusnahkan pergerakan kumpulan militan di Iraq.

Jurucakap tentera AS berkata, dua serangan dari udara itudilancarkan awal pagi tadi di kawasan tenggara dan timur laut Fallujah.

Katanya, serangan itu telah berjaya memusnahkan kedudukan kumpulan pengganas yang menjadikan Fallujah sebagai tempat persembunyian mereka.

Jelasnya, sehingga kini, pihak tentera masih belum memperoleh sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa akibat daripada serangan tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia 5 November 2004



Sedutan Mimbar Jumaat (Credit: Terengganukini.net)


Doakan saudara-saudara kita..

PALESTIN
IRAQ
TERAS
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Wednesday, November 03, 2004

:: Kita Bersaudara ::

Assalamua'laikum..

Al-hamdulillah.. kita masih diberikan hayat dan rezeki untuk meneruskan kehidupan sbg. seorang Muslim di muka bumi Allah ini di bulan Ramadhan yang penuh dengan kelebihan. Hari nih 20 Ramadhan, maknanya malam ini malam ke-21.. wah, cepat sekali masa berlalu. Kita sudah berada di 10 malam terakhir bulan Ramadhan yg. mana para ulama' bersepakat bahawa Lailatul Qadr adalah antara malam2 ini.

Dalam kesibukan kita mengejar kelebihan Ramadhan ini, ada banyak isu yg. menyentuh perihal ummat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Ada berita gembira.. dan ada juga berita sedih menyayat hati..

Pertamanya, ummat Islam di selatan Thailand yang di"ganyang" oleh kerajaan Thailand yg. tak berperi kemanusiaan. Kita semua sedia maklum.. berapa ramai yg. mati, berapa ramai yg. cedera dan berapa ramai lagi yg. ditangkap pihak tentera.. yg. peliknya, berpuluh-puluh individu dilaporkan hilang tanpa jejak! Saudara-saudara bacalah berita, tatapilah suratkhabar..
http://www.terasmelayu.org/scores_of_thai_muslims_killed_in.htm

Sekarang di Iraq pula, saudara2 kita di sana diserang oleh tentera US pula. Ooo..mentang2lah bulan Ramadhan dan ummat Islam sedang berpuasa, dia ingatkan ummat Islam lemah ke? Tahukah mereka bahawa Perang Badar terjadi dlm. bulan ini.. walaupun panas dan haus berpuasa, dengan bilangan kecil, mereka boleh menang. Semuanya kerana pertolongan Allah pada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.
http://www.iraq.net/index.php

Adakah cukup dengan kita melahirkan kekesalan sahaja? Meh la sekurang-kurangnya kita mengangkat tangan berdoa, memohon, merayu pada Allah di bulan penuh berkat ini agar Allah selamatkan ummat ini. Memang kita tertindas masa ini tapi yakinlah.. kemenangan Islam pasti akan datang, insya-Allah.

Atau adakah golongan yg. buat tidak tahu? "Ah, nih bukan hal aku. Asalkan aku bahagia, cukup makan sudah"; ini antara ucapan yg. tiada dasar langsung. Ingatlah kita berapa banyak ayat Al-Qur'an dan Hadith nabi menyebut tentang ukhuwwah..

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya:

“Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya, belas kasihannya dan kemesraannya, laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengadu sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama merasa demamnya dan berjaga malam.”
(Hadis riwayat Muslim)
Malah, persoalan ukhuwwah ini menyangkut bab iman sahabat-sahabat..

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu Khadim Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sabdanya: “Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, mari kita eratkan ukhuwwah kita. Bantulah mereka, saudara-saudara kita, terutama di bulan Ramadhan ini. Hari ini hari mereka.. esok lusa siapa tahu mungkin tiba giliran kita pula..

Sesungguhnya kita bersaudara..!

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA