:: Kita Bersaudara ::
Assalamua'laikum..Al-hamdulillah.. kita masih diberikan hayat dan rezeki untuk meneruskan kehidupan sbg. seorang Muslim di muka bumi Allah ini di bulan Ramadhan yang penuh dengan kelebihan. Hari nih 20 Ramadhan, maknanya malam ini malam ke-21.. wah, cepat sekali masa berlalu. Kita sudah berada di 10 malam terakhir bulan Ramadhan yg. mana para ulama' bersepakat bahawa Lailatul Qadr adalah antara malam2 ini.
Dalam kesibukan kita mengejar kelebihan Ramadhan ini, ada banyak isu yg. menyentuh perihal ummat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Ada berita gembira.. dan ada juga berita sedih menyayat hati..
Pertamanya, ummat Islam di selatan Thailand yang di"ganyang" oleh kerajaan Thailand yg. tak berperi kemanusiaan. Kita semua sedia maklum.. berapa ramai yg. mati, berapa ramai yg. cedera dan berapa ramai lagi yg. ditangkap pihak tentera.. yg. peliknya, berpuluh-puluh individu dilaporkan hilang tanpa jejak! Saudara-saudara bacalah berita, tatapilah suratkhabar..
http://www.terasmelayu.org/scores_of_thai_muslims_killed_in.htm
Sekarang di Iraq pula, saudara2 kita di sana diserang oleh tentera US pula. Ooo..mentang2lah bulan Ramadhan dan ummat Islam sedang berpuasa, dia ingatkan ummat Islam lemah ke? Tahukah mereka bahawa Perang Badar terjadi dlm. bulan ini.. walaupun panas dan haus berpuasa, dengan bilangan kecil, mereka boleh menang. Semuanya kerana pertolongan Allah pada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.
http://www.iraq.net/index.php
Adakah cukup dengan kita melahirkan kekesalan sahaja? Meh la sekurang-kurangnya kita mengangkat tangan berdoa, memohon, merayu pada Allah di bulan penuh berkat ini agar Allah selamatkan ummat ini. Memang kita tertindas masa ini tapi yakinlah.. kemenangan Islam pasti akan datang, insya-Allah.
Atau adakah golongan yg. buat tidak tahu? "Ah, nih bukan hal aku. Asalkan aku bahagia, cukup makan sudah"; ini antara ucapan yg. tiada dasar langsung. Ingatlah kita berapa banyak ayat Al-Qur'an dan Hadith nabi menyebut tentang ukhuwwah..
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya:
“Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya, belas kasihannya dan kemesraannya, laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengadu sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama merasa demamnya dan berjaga malam.”
(Hadis riwayat Muslim)
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu Khadim Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sabdanya: “Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, mari kita eratkan ukhuwwah kita. Bantulah mereka, saudara-saudara kita, terutama di bulan Ramadhan ini. Hari ini hari mereka.. esok lusa siapa tahu mungkin tiba giliran kita pula..
Sesungguhnya kita bersaudara..!
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA
0 Comments:
Post a Comment
<< Home