:: Syawal ::
12 November lihat anak bulan SyawalKUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Jumaat, 12 November ini bersamaan 29 Ramadan 1425 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang diperkenankan akan melihat anak bulan Syawal pada petang hari berkenaan di 28 tempat di seluruh negara.
Majlis Raja-Raja bersetuju cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen.
Sebelum ini, pensyarah di Institut Agama Islam Kedah, Abdul Ghani Salleh, dilaporkan berkata, umat Islam dijangka berpuasa penuh selama 30 hari tahun ini dan menyambut Aidilfitri pada Ahad 14 November.
Beliau berkata, keadaan itu dijangka berlaku kerana pada 29 Ramadan atau 13 November nanti, ijtimak atau detik bulan baru berlaku pada jam 10.27 malam.
“Waktu matahari terbenam pada hari itu ialah pada jam 7.01 petang. Ini bermakna ijtimak belum berlaku ketika matahari terbenam, anak bulan tidak kelihatan pada hari itu kerana belum cukup masanya.
“Oleh itu Ramadan digenapkan kepada 30 hari. Maka, 1 Syawal 1425 jatuh pada Ahad 14 November 2004,” katanya.
©New Straits Times (M) Berhad
BHarian
* Ramadhan hampir berlalu pergi.. mari kita menghisab diri.. adakah kita berubah ke arah kebaikan atau kehadiran Ramadhan kali ini tidak mengubah apa2 pada diri *
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA
0 Comments:
Post a Comment
<< Home