Monday, May 30, 2005

:: Dakwah - Part II ::

Kewajipan Berdakwah Kepada Bukan Islam
oleh: Shah Kirit bin Kakulal Govindji

...sambungan artikel lalu.

Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang-orang Islam sedar bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggung-jawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai da’wah Islam kepada mereka yang belum terima Hidayah lagi. Allah swt mencela golongan seperti ini dalam Surah Al-Baqarah 2:140 “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan”. Na’uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini.

Allah swt memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam didalam surah Ali Imran 3:110 “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia”. Kita pun rasa sangat seronok mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap penghormatan itu datang bersama tanggung-jawab. Lagi besar suatu penghormatan maka lagi beratlah tanggung-jawab yang harus dipikul. Tanggung-jawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita orang-orang Islam yang melayakkan kita di gelar ‘sebaik-baik umat’ juga disebut dalam ayat yang sama; “(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah”. Ini bermakna kita harus menjadi masyarakat ‘amar maaruf nahi munkar’ iaitu melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara serentak.

Allah swt mengatakan didalam surah Al-Asr 103:1-3 “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”. ‘Berpesan-pesan dengan kebenaran’ bermakna melakukan ‘amal maaruf nahi munkar’ yakni melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggung-jawab melakukan da’wah bukan tugas ustaz, imam atau Jabatan Agama sahaja tetapi adalah tanggung-jawab setiap orang Islam.

Didalam Khutbah terakhir, Rasulullah saw telah bertanya kepada para sahabah yang tidak kurang dari 110,000 orang “Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam” dan para sahabah pun secara serentak menjawab “Ya Rasulullah! Kau telah sampaikan”. Maka Rasulullah saw seterusnya memerintahkan mereka “Siapa-siapa yang hadir disini, sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir”. Para sahabat pun faham akan perintah Rasulullah saw lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan da’wah Islamiah. Maka Islam telah pun sampai ke Negeri Cina, India, Sepanyol dan seterusnya ke Malaysia. Alhamdulillah, sahabat-sahabat dulu tidak ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya ada yang bertanya tetapi sebaliknya telah bertebaran kepelbagai pelusuk dunia dalam menyampaikan syiar Islam.

Didalam Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667 diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr bahawa Rasulullah saw telah bersabda “sampaikanlah walau satu ayat”. Kita tidak perlu dapatkan Phd atau ijazah atau menjadi ustaz / ustazah dalam menyampaikan da’wah Islam. Walaupun kita tahu satu ayat dalam Qur’an, kita boleh menyampaikannya. Sebagai orang Islam, kita tahu lebih dari satu ayat.
Sekurang-kurangnya kita tahu ‘La ilaha ilallah’, maka sampaikanlah ia.

...bersambung insya-Allah.


ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Friday, May 27, 2005

:: Kuliah Feqah dan Kelas Bahasa Arab ::

Insya-Allah kuliah oleh Ustaz Zaitun kembali lagi pada:

Tarikh : 28 Mei 2005 (Sabtu)
Waktu : 18.30 - 20.00 Japan Time (17.30 - 19.00 Malaysian Time)
Tempat : Mushola SRIT
Materi : Kajian Feqah (Bab Solat: Siri 8)

Kami mengundang rakan-rakan muslim semua untuk hadir di majlis ini.

Mohon diperhatikan PERUBAHAN JAM, khusus untuk minggu ini: jam 18.30.
(Insya Allah kemudian akan diteruskan dengan pelajaran Bahasa Arab.
Keterangan lebih lanjut: http://belajarbhsarab.net )

Bagi yang berhalangan hadir:
Click Channel-1 di http://sakura.teladan.net/kmii/kajian/

Pertanyaan boleh disampaikan melalui Yahoo Messenger, id: kajianonline.


ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Thursday, May 26, 2005

:: Dialog ::

Bismillah

fiesya: mmm...aku rasa kan best duk kat malaysia laa...kalau lebih sikit leh bagi derma kat jiran-jiran yg susah...tapi duk kat Jepun ni payah nak cari orang susah...kalau ada pun takde yg nak terima sedeqah...

Asma: aaah la sya...aku pun perasan gaks....aku pun ada gaks terbaca hadith-hadith tentang kelebihan sedeqah nie...boleh menambahkan rezeki.Bukan itu sahaja yang paling penting ia boleh mendindingkan kita dari api neraka yang panas tu...

fiesya: Bukan tu saja As....kita boleh menambahkan rasa kasih sayang sesama kita dan yang paling penting ialah kasih sayang Allah Taala...

Asma: Pada zaman Nabi SAW dulu muslimat banyak sekali membantu membangunkan Islam...walaupun secara zahirnya nampak seolah-seolah kaum muslimin saja yang menggerakkan Islam...tapi orang pertama yang membelanjakan hartanya untuk Islam ialah Saidatina Khadijah r.a...

fiesya: soudanee....mungkin wanita-wanita pada zaman itu merasa terbela dengan Islam...ye laaa bayangkan sebelum tu anak-anak perempuan mereka ditanam hidup-hidup....tapi bila Islam datang anak-anak kesayangan mereka terbela...dulu mereka didagangkan...tapi Islam datang membebaskan mereka...agaknya itulah sebabnya wanita-wanita zaman itu sanggup mengeluarkan harta mereka untuk membantu Islam kan...

Asma: kalau tanpa pengorbanan mereka....entah-entah kita pun ditanam idup-idup juga...tapi sejak akhir-akhir ni As nengok muslimat-muslimat juga makin aktif membantu Islam...alhamdulillah...JADii...as... ada cadangan apakata kalau sya sedeqahkan duit sya tu utk IPIJ....sekarang nii Biro Penerbitan IPIJ nak terbitkan majalah dan makalah...tapi dengar citer tak cukup duit...adalaaa 10 man yen diperlukan...boleh laa sya masukkan kat situ duit...

Fiesya: Apesal tak bagitau awal2??? kat mana kita nak kasik derma tu??

Asma: Oooo..tu senang jek...samada kasik pada wakil IPIJ terdekat ataupun masukkan ke dalam akaun bendahari biro penerbitan...
Supian Bin Mat Salleh
akaun pejabat pos
kigou : 14380
bangou : 56400651


Fiesya: wakatta...kalau camtu sya pegi dulu laa As...nak gi furikomi..

ASma: tunggu AS sama....As pun nak furikomi gaks...ye laa kalau bukan kita yang bantu IPIJ sape lagi???Sedara yang sedang membaca tu bile lagi??

SeLaMaT BeRSedEqaH
http://www.ipij.org/home/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=236#1408
ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Monday, May 23, 2005

:: Dakwah - Part I ::

Kewajipan Berdakwah Kepada Bukan Islam
oleh: Shah Kirit bin Kakulal Govindji

Bismillahir Rohmaanir Rohiim. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Assolatu wassalam ‘ala Rasulillah wa ‘ala alihi wa ashabihi ajmain. Ammabad. A’uzubillahi minash syaitoonir Rojim. Robbish rohli sadri, wa yassirli amri, wahlul ‘udatamillisani, yafqauhuqawli. Bismillahir rohmaanir rohim. Qul huwallahu ahad. Allahus somad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam yakul lahu kufuwan ahad.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang di rahmati Allah, Assalamu’alaikum warohmatulahi wabarokatuh.

Topik kita pada malam ini adalah “ Kewajiban Berda’wah”, Insya Allah. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri secara ringkas. Nama saya ialah Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Pelik bukan? Kebiasaan di Malaysia, apabila seseorang itu masuk Islam, dia dikehendaki menukar nama bapa dia kepada Abdullah. Sebenarnya tidak ada satu pun nas dari Al-Qur’an mahupun Hadith Shahih yang mewajibkan seseorang yang masuk Islam mesti tukar nama bapa dia kepada Abdullah!

Saya telah dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi ibubapa saya telah membesarkan saya sebagai seorang Hindu. Tuan-tuan dan puan-puan mesti hairankan. Ini adalah kerana didalam Islam kita percaya bahawa setiap kanak-kanak di dunia ini dilahirkan dalam fitrah Islam tetapi ibubapalah yang mencorakkan mereka menjadi Nasrani, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddha mahupun sebagai seorang ‘Free Thinker’. Justeru itu saya lebih suka menggunakan perkataan ‘Revert’ daripada ‘Convert’ apabila seseorang itu menganuti agama Islam kerana mereka kembali kepada fitrah kejadian mereka.

Punca awal saya masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Ya, kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan Islam. Saya cakap ‘direct’ kerana di kalangan masyarakat kita ada sejenis ‘penyakit’, termasuklah dikalangan kakitangan Jabatan Agama Islam. Apabila sesorang itu menyampaikan hasrat untuk memeluk agama Islam, dia akan diperli atau disindir seperti “kenapa mau masuk Islam? Kalau tak ada perempuan Melayu memang tak sah!” Salah kah kami masuk Islam kerana mahu berkahwin? Sebenarnya masuk Islam kerana mahu berkahwin tidak salah. Mungkin itu Qada’ dan Qadar, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah. Yang salah ialah sudah masuk Islam tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam. Yang turut salah ialah masyarakat Islam setempat yang tidak mahu membimbing atau membantu orang yang baru masuk Islam.

Kalau kita perhati keadaan sekeliling, kita akan dapati ramai yang masuk Islam adalah kerana perkahwinan. Ini adalah kerana orang-orang Islam di Malaysia hampir-hampir tidak ada melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sekeliling mereka.
Dahlah tak buat kerja, nak sindir orang pula!

...renung-renungilah...bersambung insya-Allah

Friday, May 20, 2005

:: Tuntut Ilmu ::

Bismillah..

(1) KULIAH NET

9PM Jepun / 8PM Malaysia
20 Mei 2005 / Jumaat
Bab Thoharah & Adab Pergaulan
Sila mesej: mokhz6 / al_fateh99 / shahreza03 untuk dijemput ke YM Conference

Atau dengarkan melalui Radio IPIJ.fm: http://ipij.tripod.com/radioipij/

(2) KULIAH FEQAH USTAZ ZAITUN

Kajian rutin bersama Ustadz Zaitun insya Allah kembali dilaksanakan pada:

Hari, tanggal : Sabtu, 21 Mei 2005
Waktu : 10.00 - 12.00
Tempat : Mushola SRIT
Materi : Kajian Fiqih, bab shalat pertemuan ke tujuh. Meneruskan pembahasan mengenai sholat berjamaah.

Click Channel-1 di http://sakura.teladan.net/kmii/kajian/

JOM! JOM!


ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Wednesday, May 18, 2005

:: 15 Mei?? ::

The Black May 15th, Lahirnya Malapetaka Bernama Zionis

"Ini bukan kisah analisis irama Black Metal atau kisah reformasi ttp Maszlee Malik cuba menyingkap akan sejarah yang telah melenyapkan negara Palestin dari Atlas dunia. Ia lebih teruk daripada tsunami yang juga telah mengubah peta dunia kerana bencana demi bencana berlaku di tanah di mana Baitul Muqaddis , tempat suci ke-3 umat Islam yang seolah2 sepi dari pandangan umat Islam sedunia. Mari kita bersengkang mata membaca kisah malapetaka ini ...

Bulan Mei amat signifikan bagi ramai orang. Bagi para sosialis dan pejuang hak pekerja, 1 Mei adalah hari keramat bagi mereka. Bagi rakyat Malaysia, 13 Mei pula merupakan hari yang ramai tidak ingin kenangi dan sering dijadikan alasan untuk sesetengah pihak menggunakan kuasanya secara berlebihan. Bagi para ibu pula, 8 Mei (bagi AS) dan 6 Mei (bagi di UK) merupakan hari yang paling indah bagi mereka, kerana ianya merupakan hari ibu. Para guru pula tidak mungkin akan melupakan 16 Mei yang sentiasa diraikan sebagai “Hari Guru”.

Bagi rakyat Palestin pula, 15 Mei pula merupakan hari yang hitam yang tidak ingin mereka kenangkan. Ianya merupakan tarikh yang amat penting dalam sejarah manusia moden yang telah merubah peta dan juga lanskap politik dunia. Ia juga merupakan tarikh yang menandakan dunia tidak lagi akan menjadi tempat yang aman untuk dihuni oleh spesis manusia. Itulah tarikh tertubuhnya sebuah negara haram bernama Israel di atas sebuah tanah yang dahulunya dikenali sebagai Palestin dan sebuah wilayah di bawah naungan Empayar Uthmaniyyah Turki.

Palestin dulu dan kini


Sebelum 15 Mei 1948, sebuah negara yang bernama Israel tidak pernah wujud. Malah sebuah entiti yang tertegak di atas dasar perkauman juga tidak pernah dikenali di kawasan Timur Tengah tersebut. Ia hanya muncul selepas tarikh itu, semuanya bermula selepas tarikh itu. Adakah ia bermula dengan tiba-tiba?, tidak, ia mempunyai latar belakangnya yang tersendiri. Ianya bermula semenjak tahun 1897 lagi, atau mungkin 1896 lagi apabila seorang nasionalis ekstrimis Yahudi yang bernama Theodore Herzl dari Austria telah muncul dengan bukunya “Der Junderstaadt” (The Jewish State). Beliau yang juga merupakan seorang atheis, telah melihat bahawa penyelesaian terhadap masalah Diaspora bangsa Yahudi dan juga sentimen anti-Yahudi yang semakin rancak di Eropah adalah hanya dengan tertubuhnya sebuah negara “Nation State” bagi bangsa Yahudi.

Tanpa dinafikan gelombang kemunculan negara bangsa (Nation State) yang melanda Eropah memberikan kesan yang mendalam pada pemikiran Herzl dalam merangkakan sebuah kawasan yang selamat dan ekslusif bagi bangsa Yahudi. Untuk menjayakan idenya itu, dia memerlukan kepada tiga elemen utama: kuasa, rakyat dan tanah. Tanpa tiga elemen ini adalah mustahil bagi beliau untuk menjayakan mimpinya itu.

Demi mendapatkan rakyat dan kekuasaan, beliau telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 30 pertubuhan Yahudi sekular dari seluruh Eropah untuk bersama dengannya menubuhkan sebuah gerakan yang akan menjayakan cita-citanya itu. Maka pada 29-30 Ogos 1897, di Basel, Switzerland, kongres pertama gabungan lebih 30 buah pertubuhan-pertubuhan Yahudi sekular di Eropah telah berhasil membentuk “World Zionis Organization” (Pertubuhan Zionis Sedunia).

Objektif utama gerakan ini ialah untuk menubuhkan sebuah negara yang selamat dan ekslusif bagi bangsa Yahudi yang mereka namakan sebagai “Erez Yizrael” (bumi Israel). Di sana juga pelan tindakan bersepadu dilakarkan untuk mencapai cita-cita mereka dalam tempoh 50 tahun. Pelbagai strategi dan pendekatan telah digunakan oleh Herzl untuk menjayakan rencananya ini. Maka hanya tinggal unsur ketiga, iaitu tanah untuk impiannya itu dijelmakan di alam fizikal. Maka tiada bumi lain yang lebih bermakna bagi kaum Yahudi kecuali bumi Palestin yang mana ianya menurut dakwaan mereka mempunyai nilai sejarah turun temurun bagi kaum Yahudi. Masalah utamanya, bumi Palestin pada waktu itu berada di bawah kekuasaan kaum Muslimin yang dinaungi oleh kekuasaan Empayar Uthmaniyyah yang berada dalam keadaan yang lemah pada waktu itu.

Walaupun tidak didorong dengan motivasi “aqidah” mahupun apa-apa elemen “kudus”, namun sebagai pencetus ideologi Zionisme, Herzl begitu komited dengan usaha-usaha menjadikan Erez Yizrael di bumi Palestin sebagai realiti dan bukan hanya impian yang terkubur di dalam karyanya. Setelah gagal memujuk Sultan Abdul Hamid ii untuk menjualkan bumi Palestin kepada gerakan Zionisme sebagai langkah pertama, Herzl dan rakan-rakan Zionisnya mengorak langkah ke pelan kedua mereka. Melalui segala jentera Zionis di peringkat antarabangsa, gerakan tersebut telah berjaya memberikan segala bentuk bantuan kepada kuasa nombor wahid dunia pada waktu itu, iaitu Great Britain untuk membantu mereka. Kematian Herzl dan juga kekecewaannya untuk mendapatkan bumi Palestin serta ideanya untuk mengubah kedudukan Erez Yizrael ke bumi Uganda hampir-hampir menjejaskan perjuangan gerakan Zionisme.

Jika tidak kerana usaha-usaha Prof. Chaim Weizmann, nescaya gerakan tersebut telah menjadi sejarah yang berakhir dengan anti klimaks. Dialah yang merupakan bapa gerakan Zionisme yang kedua, beliau jugalah yang telah berjuang sehingga tertegaknya sebuah Erez Yizrael di bumi yang sentiasa menjadi sebutan bagi setiap orang Yahudi di dalam doa-doa harian mereka setiap hari. Selain menjadi pencipta letupan TNT bagi tentera British, Profesor di dalam bidang Kimia ini juga mempunyai hubungan yang amat intim dengan kerajaan British sebagai kuasa dunia pada waktu itu. Ini telah memberikannya peluang untuk survival gerakan ini di fasa selanjutnya.

Dengan membekalkan Great Britain serta sekutu-sekutunya di dalam Peperangan Dunia yang pertama dengan bantuan kewangan, ketenteraan dan juga perisikan (seperti yang telah dicatatkan oleh Dr. A. Wahab el-Masiri di dalam artikelnya mengenai Yahudi dan industri perisikan), mereka mendapatkan hasil yang amat lumayan. Bumi Palestin yang merupakan sebahagian daripada tanah besar Arab di wilayah Syam yang telah dirobek-robekkan oleh Great Britain, Rusia dan Peranchis telah diletakkan di bawah Mandat British melalui perjanjian Sykes-Picott 1916. Seterusnya, pada tahun 1917, Queen Victoria (yang merupakan salah seorang daripada penganut fahaman Zionisme Kristian) melalui Menteri Luarnya, Sir Arthur Belfour (juga seorang Kristian Zionis) telah memberikan hak kepada orang-orang Yahudi pro-Zionis dari Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin. Walaupun penghijrahan pertama yang diangotai oleh 50,000 orang Yahudi Zionis gagal untuk menjejakkan kaki langsung ke bumi Palestin, namun hasil dari keizinan yang kemudiannya dikenali sebagai “Deklarasi Belfour” itu akhirnya telah menyaksikan siri-siri penghijrahan yang lain.

Pendudukan orang-orang Yahudi Zionis itu ke atas bumi Palestin berlaku dengan tiga cara. Pertamanya, mereka menduduki tanah-tanah yang terbiar kosong ataupun kawasan-kawasan yang tidak didiami oleh penduduk asal bumi Palestin, iaitu orang Arab Palestin, samada Muslim mahupun Kristian. Cara yang kedua ialah dengan membeli tanah-tanah di bumi Palestin dari penduduk asalnya. Walaupun segelintir mereka menawarkan jumlah wang yang lumayan untuk tanah-tanah yang ingin dibeli, hanya segelintir sahaja rakyat Palestin yang menjualkannya. Malah tindakan menjualkan tanah di bumi Palestin kepada pendatang-pendatang Yahudi Zionis telah difatwakan haram oleh mufti Palestin pada waktu itu, Haji Amin al-Huseini. Cara yang ketiga pula merupakan cara yang telah digunakan secara meluas, iaitu dengan metod keganasan. Pengganas-pengganas Yahudi dari kumpulan pengganas Irgun, Styer dan lain-lain lagi telah membunuh, membakar rumah-rumah dan mengusir penduduk Arab keluar dari kampung halaman mereka untuk dijadikan penempatan baru bagi para pendatang Yahudi. Hasilnya, pertambahan demografi penduduk Yahudi di bumi Palestin meningkat secara drastik sehingga ke tahun 1947.

Mereka yang pada asalnya hanya merupakan kaum minoriti di bumi Palestin pada tahun 1917, telah hampir-hampir menyamai bilangan penduduk Arab pada tahun 29 November 1947 yang telah memaksa kuasa-kuasa besar melalui League of Nations menghadiahkan hadiah kedua tersbesar selepas “Deklarasi Belfour”, iaitu Partition Plan (Pelan pembahagian bumi Palestin) melalui resolusi PBB 181 yang telah menyaksikan bagaimana negara-negara Arab yang membantah resolusi tersebut menjadi golongan yang lemah dan tidak berupaya mempertahankan tanah suci milik mereka. Para penganalisis sejarah dan politik mengatakan bahawa sokongan terhadap pembahagian bumi Palestin kepada tanah Arab dan tanah bagi warga Yahudi oleh masyarakat dunia dan juga kuasa-kuasa besar amat berkait rapar dengan simpati dunia terhadap nasib kaum Yahudi Eropah lewat peristiwa Holocaust.

Selepas mendapat habuan yang teramat istimewa itu, pihak rejim Zionis semakin memperkemaskan kedudukan mereka. Penghijrahan Yahudi Eropah yang semakin mengiktiraf keunggulan usaha perjuangan gerakan Zionisme bertambah dari hari ke hari. Walaupun 1001 tentangan yang mereka terima hasil perjuangan rakyat Palestin dan juga warga Arab muslim dari negara-negara yang berjiran (terutamanya dari tentangan daripada ketumbukan tentera Ikhwanul Muslimin dari Mesir), mereka tetap komited dengan matlamat mereka untuk merealisasikan penubuhan sebuah Erez Yizrael yang berdaulat. Hasilnya, pada petang 14 Mei 1948, proklamasi penubuhan negara Israel telah diumumkan oleh Perdana Menteri rejim Zionis yang pertama, David Ben Gurion di dewan muzium Tel Aviv. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh 14 Mei 1948 bersamaan dengan 5 Ayyar 5708 (tahun Yahudi) merupakan perisytiharan penubuhan “Negara Israel” (Medinet Yizrael) yang merangkumi 78% daripada bumi Palestin yang asal.

Oleh kerana hari tersebut hari Sabtu yang merupakan hari bercuti bagi agama Yahudi, maka 15 Mei 1948 telah dipilih untuk dijadikan hari sambutan penubuhan negara Israel secara rasmi. Ben Gurion telah dipilih untuk menjadi Perdana Menteri pertama negara tersebut dan Prof. Chaim Weizmann telah dipilih menjadi presiden pertama negara yang ditegakkan secara haram dan bertentangan dengan segala deklarasi kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa. Atas dasar inilah kebanyakan pihak yang tidak mengiktiraf negara Israel sehingga kini menyebutnya sebagai “Rejim Zionis”, kerana kewujudan mereka di bumi Palestin adalah tidak sah, malah merupakan satu jenayah yang paling besar pernah dilakukan oleh manusia di abad ke-20 selepas jenayah yang dilakukan oleh Hitler di Eropah. "

http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=503

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

Sunday, May 01, 2005





ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA