Monday, May 23, 2005

:: Dakwah - Part I ::

Kewajipan Berdakwah Kepada Bukan Islam
oleh: Shah Kirit bin Kakulal Govindji

Bismillahir Rohmaanir Rohiim. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Assolatu wassalam ‘ala Rasulillah wa ‘ala alihi wa ashabihi ajmain. Ammabad. A’uzubillahi minash syaitoonir Rojim. Robbish rohli sadri, wa yassirli amri, wahlul ‘udatamillisani, yafqauhuqawli. Bismillahir rohmaanir rohim. Qul huwallahu ahad. Allahus somad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam yakul lahu kufuwan ahad.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang di rahmati Allah, Assalamu’alaikum warohmatulahi wabarokatuh.

Topik kita pada malam ini adalah “ Kewajiban Berda’wah”, Insya Allah. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri secara ringkas. Nama saya ialah Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Pelik bukan? Kebiasaan di Malaysia, apabila seseorang itu masuk Islam, dia dikehendaki menukar nama bapa dia kepada Abdullah. Sebenarnya tidak ada satu pun nas dari Al-Qur’an mahupun Hadith Shahih yang mewajibkan seseorang yang masuk Islam mesti tukar nama bapa dia kepada Abdullah!

Saya telah dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi ibubapa saya telah membesarkan saya sebagai seorang Hindu. Tuan-tuan dan puan-puan mesti hairankan. Ini adalah kerana didalam Islam kita percaya bahawa setiap kanak-kanak di dunia ini dilahirkan dalam fitrah Islam tetapi ibubapalah yang mencorakkan mereka menjadi Nasrani, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddha mahupun sebagai seorang ‘Free Thinker’. Justeru itu saya lebih suka menggunakan perkataan ‘Revert’ daripada ‘Convert’ apabila seseorang itu menganuti agama Islam kerana mereka kembali kepada fitrah kejadian mereka.

Punca awal saya masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Ya, kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan Islam. Saya cakap ‘direct’ kerana di kalangan masyarakat kita ada sejenis ‘penyakit’, termasuklah dikalangan kakitangan Jabatan Agama Islam. Apabila sesorang itu menyampaikan hasrat untuk memeluk agama Islam, dia akan diperli atau disindir seperti “kenapa mau masuk Islam? Kalau tak ada perempuan Melayu memang tak sah!” Salah kah kami masuk Islam kerana mahu berkahwin? Sebenarnya masuk Islam kerana mahu berkahwin tidak salah. Mungkin itu Qada’ dan Qadar, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah. Yang salah ialah sudah masuk Islam tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam. Yang turut salah ialah masyarakat Islam setempat yang tidak mahu membimbing atau membantu orang yang baru masuk Islam.

Kalau kita perhati keadaan sekeliling, kita akan dapati ramai yang masuk Islam adalah kerana perkahwinan. Ini adalah kerana orang-orang Islam di Malaysia hampir-hampir tidak ada melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sekeliling mereka.
Dahlah tak buat kerja, nak sindir orang pula!

...renung-renungilah...bersambung insya-Allah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home