:: Jangan Keliru ::
bismillah..
Ustaz Zaitun semasa Kelas Feqh (Bab Thoharah) di Balai Indonesia Sabtu lepas ada sentuh sikit bab Solat Jumaat yg. diimamkan oleh Dr. Amina Wadud nie.
Pertama sekali, ustaz kata isu ini tidak perlu dihebohkan/ disebarkan kerana ianya akan mendatangkan publisiti pada golongan2 spt. ini yg. sememangnya mencari-cari peluang menyebarkan fahaman mereka. Walau bagaimanapun, tak dihebohkan tidaklah bermakna perlu didiamkan. Tak boleh sama sekali didiamkan perkara ini dan perlu ada ulama2, golongan yg. ahli untuk menasihati beliau dan pendokong2 beliau serta ulama2 untuk menjelaskan dgn. sejelas2nya.
Kemudian, menyentuh alasan Dr. Amina yg. kata tiada larangan jelas dari nas yg. melarang perbuatan ini.
Quote:
Research from the Qur'an and the customs of Prophet Muhammad demonstrate that there is no prohibition precluding women from leading mixed-gender prayer
(Sumber)
Ustaz menambah, ini merupakan satu kekeliruan yg. nyata. Dalam Islam kita ada kaedah usul fiqih yg. diijma'kan oleh para ulama' iaitu "sesuatu perkara itu asalnya mubah (harus) sehinggalah ada larangan". Kalau inilah yg. dijadikan alasan oleh beliau, ini tak kena kerana kaedah: "sesuatu perkara itu asalnya mubah (harus) sehinggalah ada larangan" ini adalah untuk perkara2 berkaitan MUAMALAH bukannya ibadah.
Dr. Wadud sepatutnya tidak melupai bahawa dalam bab IBADAH kita ada satu lagi kaedah: "sesuatu ibadah itu adalah haram sehinggalah ada perintah atau contoh". Jadi sudah jelas kpd. kita bahawa awal2 lagi sudah tertolak alasan beliau ini. Untuk lebih jelas, mari kita lihat satu contoh.
Katakan ada satu pernyataan: "solat fardhu Zuhur 5 rakaat tidak salah kerana tiada larangan dari Al-Qur'an mahupun Hadith". Nah, kalau dibongkar Al-Qur'an dan Hadith, sememangnya tiada larangan bahawa tidak boleh solat Zuhur 5 rakaat tetapi harus diingat, setiap ibadah yg. dilakukan tanpa contoh dari nabi serta perintah dari Allah, maka ianya pasti tertolak. Inilah bidaah dan setiap bidaah itu sesat manakala kesesatan itu ke neraka (maksud hadith sahih).
Kembali kepada asal hukum dalam Islam di mana Al-Qur'an, As-Sunnah, Ijma' Ulama' dan Qias merupakan sumber2 hukum dalam Islam. Kita lihat Ijma' Ulama' dan juga Qias merupakan berasal dari Al-Qur'an dan As-Sunnah. Jadi, ijma' ulama' ini sangat2 kuat dan tidak boleh ditolak. Inilah yg. harus kita fahami. Contoh lagi, 5 hukum dalam Islam iaitu wajib, sunat, makruh, mubah (harus) dan haram merupakan ijma' para ulama'. Sememangnya dlm. Al-Qur'an dan Hadith tiada disebut tetapi ini sudah menjadi hukum dalam Islam atas ijma' para ulama'. Jadi, ini memperkuatkan lagi hujjah bagi menolak kekeliruan yg. ditimbulkan oleh Dr. Amina dan para pendokongnya.
Seperkara lagi, ustaz menyentuh ayat Al-Qur'an dari ayat ke-7 Surah Al-Anbiya' bermaksud:
"[7] Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri jika kamu tidak mengetahui. "
Kata beliau, manusia ini jika dalam perkara2 syariat masing2 menjadi ahlinya sedangkan selain syariat, boleh pula mereka merujuk hanya pada yg. ahli sahaja. Contohnya dalam perkara imam wanita ini, masing2 keluarkan pendapat masing2 (seolah-olah ahli dalam bab ibadah) tetapi jika dlm. perkara selain itu seperti sakit, terus dirujuk pada doktor, tidak seperti kes pertama. Jadi, inilah masalahnya yg. disebut oleh pepatah Indonesia: "menakar dengan 2 takaran, menimbang dengan 2 timbangan".
Ingatlah bahawa Allah memerintahkan kita untuk bertanya kepada yang ahlinya jika tidak mengetahui hakikatnya. Ini bukan sahaja terhad dalam bab2 kehidupan (duniawi) bahkan lebih2 lagilah dalam urusan akhirat (ukhrawi).
Allahua'lam. Mudah-mudahan kita sama-sama mengambil pelajaran dan sama-sama memohon hidayah dan taufiq dari Allahu subhanahu wataa'la.