:: Allahu Akbar ::
Hamas wins Palestinian pollsOccupied Jerusalem - Hamas, the Islamic Resistance Movement, ostensibly has won Wednesday’s parliamentary elections, according to latest results.
Hamas leaders in both the West Bank and Gaza Strip have indicated that the movement may have won as many as 70 seats out of the 132 contested seats, making up the Palestinian legislative council.
:: Doakan Kemenangan Hamas ::
Keputusan Awal menunjukkan kemenangan besar Fatah dan Hamasgunxx writes:
Khamis, 26/01/2006 -Selepas 2 jam, keputusan awal menunjukkan Fatah dan Hamas memenangi
hampir 120 kerusi dari 132 yg dipertandingkan di Parlimen Palestin.
Berdasarkan keputusan ini yg di uruskan oleh Universiti Bir Zeit, Fatah dijangka menang 63 kerusi dan Hamas 58 kerusi.Keputusan awal ini menunjukkan Fatah mengatasi Hamas.
Bagaimanapun masih ada lagi keputusan yg akan dikeluarkan, dan memperlihatkan Hamas semakin menghampiri Fatah. Keputusan awal ini juga menunjukan Fatah mengatasi Hamas bagi pertandingan kawasan kebangsaan, sementara Hamas mengatasi Fatah di bahagian2 daerah.
Jika semua ini benar, bermakna parti lain dan calon lain akan menerima kekalahan yg teruk.
Peratus Pengundi Tiggi
Berdasarkan Pusat Pilihanraya Palestin (CEC), keseluruhan yg keluar mengundi mencecah 80%. Peratus tertinggi dicatatkan di daerah Rafah, di selatan Jalur Gaza yg mencecah 89%.
Peratus terendah di catatkan di Jerusalem di mana pihak Israel ‘mengacau’ proses pilihanraya di situ.
Ammar Dweik, pegaiwai CEC berkata 585,003 pengundi yg layak mengundi di Tebing Barat, atau 74%, dan di Jalur Gaza, 396,000 iaitu 81% keluar mengundi.
Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk
penterjemah : sen
http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=772
:: Hakikat Bahagia ::
Unic - Hakikat Bahagia
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
sumber: http://www.hijjaz.co.my
:: Friendship ::
How Friends Break ?
Both Friends will think the other is busy and will not contact thinking it may b disturbing.
As time passes both will think let the other contact.
After that each will think why should I contact first.
Here ur love will be converted to Hate.
Finally without contact the memory becomes weak.
They forget each other.
On a fine Day they will meet n blame one another.
So Keep in touch with all your Friends. N Pass this to all your friends…
I don’t want to be one of this kind.. so here i am to say Hi =)
p/s: Quite True
:: Yuki ::
Assalamua'laikum
Alhamdulillah.. puji dan puja buat Allah, atas kurniaan IMAN dan ISLAM ini kepada kita.
Dua peristiwa penting semalam.
1-
No Need To Amend Article 121 (1a), Says AbdullahKUALA LUMPUR, Jan 20 (Bernama) -- Article 121 (1a) of the Federal Constitution governing the powers of the civil and syariah courts need not be amended, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Friday."
Only laws that can create problems and misinterpretations should be studied whether they should be amended to make them clearer," he told reporters after launching a book entitled Antologi Puisi Sasterawan Negara A. Samad Said.
Abdullah was asked to comment on the matter following a joint memorandum submitted by 10 non-Muslim cabinet ministers to him yesterday, urging him to review laws related to conversion of religion.
2- Yuki Daa!! Salji yang first time di Tokyo untuk tahun 2006.
Keadaan Coppo Bohneur Minami Rinkan dilanda yuki
Gambar Yuki Daruma (雪だるま)
Gambar Yuki Daruma (雪だるま)
Kebuk sayuq pun dilanda yuki
Satu ilmu baru dapat.. time turun yuki nih, orang Jepun kat Tokyo suka sangat "yuki daruma". Kat mana2 terserempak budak-budak buat yuki daruma. Kekadang orang tua pon join..hehe. Gambar kat atas tue 2 bijik yuki daruma dekat2 umah.
p/s:
Ada anak kawan orang M'sia, namanya Sofia Miyuki;
Miyuki: Utsukushii Yuki, beautiful snow.
:: tunjuk taring ::
Menteri-menteri kabinet bukan Islam mula tunjuk taring
Dari 32 orang Menteri Kabinet Malaysia yang diketuai oleh PM, seramai 10 orang adalah bukan Islam iaitu seorang Hindu (Samy Vellu) lima Buddha/Tao (Ong Ka Ting, Fong Chan Onn, Lim Keng Yaik, Chan Kong Choy, Chua Soi Lek) dan empat Kristian (Maximus Ongkili, Bernard Dompok, Peter Chin, Leo Michael Toyad).
Sebelum ini kita tidak pernah mendengar blok menteri-meneteri bukan Islam ini berkumpul atau bermesyuarat atas sifat mereka sebagai penganut agama yang bukan Islam. Akan tetapi semalam Buletin Utama TV3 melaporkan bahawa hari ini
blok menteri-menteri bukan Islam ini atas inisiatif Presiden MIC, Samy Vellu akan bermesyuarat bagi membincangkan isu hasil keputusan kes Allahyarham Sarjan Mohammad Abdullah a.k.a Moorthy dan Perkara 121 (1)(A) Perlembagaan Persekutuan.
UTUSAN hari ini memetik Samy sebagai berkata:
Saya juga akan membincangkan isu yang sama dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting serta beberapa menteri bukan Islam sebelum mesyuarat jemaah menteri esok.
Menteri-menteri ini turut menjaga kepentingan orang bukan Islam dan saya mahu mendapat pandangan dari mereka.
Samy dikatakan mengambil insiatif ini setelah berjumpa selama dua jam semalam dengan perwakilan dari Majlis Perundingan Penganut Agama-agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh Malaysia.
Samy turut dilaporkan oleh akhbar THE STAR sebagai berkata bahawa pihak MIC sedang menyediakan suatu kertas cadangan untuk diserahkan kepada PM Dollah Badawi pada minggu hadapan berhubung perkara ini.
Kata Samy lagi sebagaimana dilaporkan oleh UTUSAN:
Pada akhir pertemuan kita telah sepakat bahawa satu tindakan yang lebih proaktif iaitu satu pindaan (Perlembagaan Persekutuan) perlu dilakukan dan jika kerajaan bersetuju ia boleh mengatasi masalah pada masa depan.
Sesungguhnya inisiatif kumpulan bukan Islam ini telah bermula sejak dari majlis Perundingan Meja Bulat Parlimen yang dianjurkan oleh DAP beberapa hari lalu. Majlis yang turut dihadiri oleh wakil-wakil NGO bukan Islam seluruh Malaysia (termasuklah dua tiga penganut Islam yang kononnya menganuti fahaman Islam moderat) itu telah pun mengeluarkan memorandum bersama yang telah pun diserahkan kepada pihak kerajaan.
Berkemungkinan apa yang diusahakan oleh Samy ini adalah gelombang kedua yang turut disokong oleh NGO-NGO berkenaan.
Demikianlah bersungguhnya masyarakat bukan Islam dalam memperjuangkan tuntutan mereka. Ianya bermula dari kes Moorthy, seorang anggota tentera yang dikatakan telah memeluk Islam tetapi kononnya merahsiakan pengislamannya dari pengetahuan isteri beliau yang masih beragama Hindu. Lalu apabila meninggal dunia, berlaku pergelutan antara isteri dan keluarganya serta pihak berkuasa agama.
Akhirnya sebagaimana kita semua ketahui Allahyarham telah berjaya dikebumikan secara Islam dan kini kesimpulannya isteri, keluarga beliau serta seluruh pimpinan masyarakat bukan Islam sedang bangun untuk menuntut bela. Jika pun tidak dapat merampas kembali mayat Allahyarham untuk dikebumikan mengikut kepercayaan Hindu,
mereka sedang giat berusaha sekurang-kurangnya peruntukkan perlembagaan yang sedia ada dipinda agar mahkamah sivil akan diberi kuasa memutuskan samada seseorang itu Islam ataupun sebaliknya apabila berulang kes yang sama.
Peruntukkan yang dimaksudkan adalah Perkara 121(1)(A) Perlembagaan Persekutuan yang melarang mahkamah sivil campurtangan dalam urusan dan keputusan mahkamah syariah.
Sekiranya berjaya tuntutan mereka dan kerajaan BN bersetuju meminda atau membatalkan peruntukkan yang dimaksudkan bermakna selepas ini jika berulang kes yang sama maka bersedialah kita untuk melihat jenazah saudara se Islam kita dikebumikan mengikut kepercayaan bukan Islam. Bersedialah kita untuk melihat Pejabat Agama menjadi bahan tontonan dan pertikaian. Akan dikemukakanlah ulamak-ulamak bermazhab Islam moderat untuk melawan hujah ulamak-ulamak Islam dalam mahkamah, bagi memenangkan tuntutan pihak bukan Islam.
Ringkasnya bersedialah untuk melihat Islam diperkotak-katikkan di depan mata kepala kita masing-masing!
Lihat, apabila kes seumpama ini berlaku, masyarakat bukan Islam dengan mudah dapat digerakkan. Pemimpin-pemimpin bukan Islam dari parti-parti kerajaan dan pembangkang serta keseluruhan NGO bukan Islam boleh bersatu dan membuat tuntutan secara berani dan terbuka. Bagaimana dengan pemimpin dan NGO Islam?
Selain dari lapan NGO Islam (Persatuan Ulamak, PUM (Kedah), ABIM, JIM, ISRA, SHURA, Persatuan Peguam Syarie dan TERAS) yang benar-benar berani, yang lainnya bacul diam membisu. Mana pergi ahli-ahli Parlimen Islam? Mana pergi ADUN-ADUN Islam? Mana pergi parti-parti orang Islam? Mana pergi NGO-NGO Islam yang lain? Persatuan-persatuan Masjid dan Surau dimana?
Kita bukan mahu mendesak agar diadakan rusuhan atau kekacauan. Tetapi yang kita tuntut adalah keprihatinan. Bukankah kita mewakili golongan majoriti? Seharusnya dalam negara demokrasi ini kita juga mengeluarkan memorandum dan tuntutan demi memelihara kewibawaan dan nama baik Islam.
Percayalah golongan bukan Islam ini semakin vokal dan berani kerana mereka melihat umat Islam seolah tidak memperdulikan langsung perkara ini. Tambahan pula terdapat satu dua kerat individu Islam seperti ahli Parlimen Kota Bharu, SIS dan beberapa peguam bingung yang bersetuju pula dengan tuntutan mereka, maka bertambah semangatlah golongan ini.
Marilah atas nama Islam kita menyuarakan dengan jelas dan nyata bahawa Perkara 121 (1) (A) ini mesti dikekalkan demi memelihara dan mengiktiraf kuasa institusi mahkamah syariah. Jika masyarakat bukan Islam tidak berpuas-hati dengan keputusan kes Moorthy, maka jalan sebaiknya adalah kita duduk berunding (libatkan pihak berkuasa agama, NGO dan ulamak Islam disamping NGO bukan Islam tadi) dan bersama mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya, tidaklah dengan meminda atau menyentuh Perkara 121 (1) (A) itu!
Malah susur-galur kes Moorthy itu sendiri yang penuh dengan kontroversi perlu dirongkai. Selama ini akhbar-akhbar yang memberi liputan besar terhadap tuntutan masyarakat bukan Islam sekadar melaporkan versi isteri Allahyarham dan keluarganya yang masih Hindu sahaja. Pandangan dan kenyataan pihak lain tidak pula diberi ruang.
BLOG ini pernah (sila rujuk artikel 29 Disember 2005) menyiarkan pengakuan seorang wartawan RTM (melalui Harian Metro) yang mengenali Allahyarham dan mengakui bahawa Allahyarham yang beliau kenal sebenarnya tahu dan mengerti akan ajaran-ajaran Islam, hafal beberapa ayat lazim dan hadis malah mengakui bersolat secara baring (sedangkan dalam affidavit isterinya Allahyarham dikatakan tidak pernah mengamalkan cara hidup Islam malah makan babi, minum arak dan mengangkut kavadi semasa Thaipusam)
BLOG ini juga pernah menyiarkan kenyataan pihak JAWI (sila rujuk artikel 9 Januari 2006) yang menyatakan bahawa mereka sering malah hampir setiap hari menziarahi rumah Moorthy dan hospital (semasa belia dimasukkan ke sana) malah dikatakan isteri Moorthy juga tahu akan kunjungan itu (sedangkan dalam afidavitnya si isteri menyatakan beliau tidak tahu menahu bahawa Allahyarham telah memeluk Islam).
Mengapa kita tidak highlight dan membesarkan kenyataan-kenyataan ini yang jelas menyanggah affidavit isterinya itu?
Saya rasa kalau affidavit itu pun sudah diragui maka segala exercise yang merupakan tuntutan untuk meminda Perlembagaan dan kekecohan-kekecohan lain yang ditimbulkan oleh DAP, NGO-NGO bukan Islam serta blok Menteri-menteri bukan Islam ini sebenarnya tidak berasas dan tidak sepatutnya ditimbulkan pun.
Bersatulah wahai saudara-saudara ku, kita ketepikan fahaman politik dan kecenderungan masing-masing, dalam hal ini kebenaran perlu diserlahkan dan Islam wajib dipertahankan. Mudah-mudahan kita tidak terlambat.
http://n32.blogspot.com/
:: Isu Semasa ::
1-
Tindakan TV3 pilih panel hina Islam dikesali Menurut beliau, wakil SIS itu telah mempertikaikan tentang pembahagian harta pusaka yang tidak adil kerana hak isteri hanya mendapat separuh daripada suami manakala jika suami itu mempunyai anak hak isteri hanya mendapat 1/8 sahaja. Katanya, wakil SIS itu juga mempertikaikan tentang hak talak mengapa hanya diserahkan kepada suami sahaja. Sehubungan itu, Ustaz Salleh Sani berkata, jika wakil SIS itu mengaku Islam dia tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Menurutnya, orang seperti ini tidak sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk mengeluarkan pandangan, cadangan dan kenyataan di tv yang disiarkan secara langsung.2-
Edisi KL: Ramai jemaah Asia Tenggara terkorban KUALA LUMPUR: Lima hingga 10 jemaah Malaysia mungkin berada di tempat melontar di Mina, dekat Makkah, ketika kejadian rempuhan yang mengakibatkan 345 jemaah, kebanyakannya dari Asia Tenggara, terkorban petang semalam
:: Kenangan ::
...sekadar menumpang persahabatan...dengan mereka yang sudi menghulur tangan...
:: 9 Zulhijah 1426 H = 9 Januari 2006 ::
Puasa 9 Zulhijah dan hari Arafah
oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi
terjemahan oleh : kamin
Bulan Zulhijah merupakan salah satu dari 4 bulan2 haram, dan ia dikenali sebagai bulan haji, dimana hari2nya adalah 10 yang awal, yang merupakan seafdal-afdal2 hari didalam setahun, sebagaimana diperkatakan oleh beberapa hadith. Dari Ibn Abbas ra., Rasullulah saw bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام" يعني أيام العشر، قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: "ولا الجهاد في سبيل الله، إلا أن يخرج الرجل بنفسه، وماله، فلا يرجع بشيء من ذلك
"'Tidak terdapat pada hari2 melakukan amalan soleh yang disukai Allah swt dari hari ini, yakni hari2 10', maka mereka berkata : 'Bukankan jihad dijalan Allah?'. Baginda menjawab :'Dan bukanlah jihad dijalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri, dan hartanya, dan tidak kembali sesuatu darinya". -[Hadirh riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmudzi dan Ibn Majah]. ...
Dan didalam lafaz lain :
ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إلى الله العمل فيهن من أيام العشر، فأكثروا فيهن من التسبيح والتحميد، والتهليل والتكبير
"Tidak ada hari yang lebih agung/mulia disisi Allah, dan tidaklah paling disukai Allah swt didalamnya melainkan dari hari2 yang sepuluh, maka perbanyakkan Tasbih, Tahmi,.Tahlil dan Takbir"- [Hadith riwayat Tabrani didalam al-Kabir dengan sanad yang baik].
Sa'ed bin Jubair apabila masuk hari2 ke 10, bersungguh dia beramal sehingga tidak kuat lagi untuk melakukannya.
Berpuasa pada hari2 10 ini merupakan perkara yang semulia bagi mendekatkan seorang Islam kepada Tuhannya (Tidak dikira hari yang ke 10, yang merupakan hari Eid, maka ia haram dengan pasti).
Dan hari yang paling banyak fadhilatnya adalah hari ke 9, iaitu hari Arafah, hari dimana jemaah Haji berwukuf dengan keadaan menghadapi kusut dan berabuk, dengan pakaian ihram yang menyerupai kain kafan orang mati, tunduk kepada Allah menjawab seruannya, lalu berdo'a kepadanya.
Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram, berTalbiah dan berdo'a, dan mereka yang lain (selain dari jemaah haji) berada dirumah2 mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda :
يكفِّر السنة الماضية والباقية
" Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki" - [Hadith Riwayat Muslim dan lain2nya dari Abi Qatadah].
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده والسنة التي قبله
"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" - [Hadith riwayat Tirmudzi].
Akan tetapi, apakah ini termasuk mereka yang berwukuf di Arafah juga ? Jumhur ulama mengatakan bahawa adalah mustahab berpuasa bagi mereka yang bukan jemaah Haji.
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw melarang berpuasa hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah (أنه صلى الله عليه وسلم نهى عن صوم يوم عرفة بعرفات )(Riwayat Ahmad dan Ibn Maajah). Dan dari Umm Fadhil (isteri al-Abbas),
أنهم شكوا في صوم النبي صلى الله عليه وسلم يوم عرفة، فأرسلت إليه بلبن، فشرب، وهو يخطب الناس بعرفة
"bahawa mereka ragu akan puasa Nabi saw pada hari Arafah, maka dikirim kepada baginda susu lalu [baginda] meminumnya, dan beliau sedang berkhutbah di Arafah"- [Hadith riwayat Muttafaq 'alaih].
Maka ia menunjukkan tidak disukai (tidak digalakkan) berpuasa bagi mereka yang berwukuf disaat yang agung ini, dan hikmah tidak berpuasa kerana kemungkinan akan melemahkan mereka dari melakukan zikir dan do'a, dan melakukan amalan2 haji.
Ini juga merupakan hari eid (raya) bagi yang berwukuf dimana mereka berkumpul beramai2, sebagaimana ditunjukkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Umar tentang turunnya firman Allah swt : (اليوم أكملت لكم دينكم) "Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu semua agama kamu" dan hadith 'Uqbah bin Amir :
يوم الفطر، ويوم النحر، وأيام التشريق عيدنا أهل الإسلام، وهي أيام أكل وشرب
"Hari eid al-Fitr, hari qurban, dan hari2 Tasyrik merupakan hari raya kita orang2 Islam, ia merupakan hari makan dan minum" - [Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i dan al-Hakim, sebagaimana didalam Shahih al-Jaami' al-Shaghir #8192].
Maka yang rajih (pendapat yang terkuat) disana ialah bahawa Hari Arafah mempunyai kaitan dengan hari2 Eid dan Tasyrik dinisbahkan dengan jemaah Haji, ini merupakan jalan tengah diantara dua dalil. - tamat terjemahan -
---------------------
Terjemahan dari petikan buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 140-142.
Wallahu'alam...
http://www.ipij.org/