Friday, October 07, 2005

:: 2 Ramadhan 1426 Hijriah ::

Bismillah..

Muslimin muslimat di Jepun terutamanya dan di seluruh dunia walau di mana jua anda berada, anda dijemput menyertai Tadarus Online yang dijalankan setiap hari di Yahoo Messenger sepanjang Ramadhan ini insya-ALLAH.

Masa: 10 Malam Jepun (9 Malam Malaysia)

Sila mesej kepada id berikut untuk invitation:
- bagi muslimin: farasanno, shahreza03
- bagi muslimat: are_tea209, nosaka_ila

* Conference Tadarus Online untuk muslimin dan muslimat diasingkan.

JOM JOM!


Wednesday, October 05, 2005

:: 1 Ramadhan 1426 Hijriah ::

From: [ipij_group] Sinar Ramadhan Al-Mubarak
IPIJ teknologi ipijteknologi@yahoo.com

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua'laikum..
Muslimin muslimat netters ipij_group sekalian,

Staf Radio IPIJ ingin mengucapkan Selamat Menempuh Bulan Ramadhan yang telahpun diumumkan oleh Islamic Center of Japan (ICJ) iaitu akan bermula esok, 5 Oktober 2005, insya-ALLAH.

Sebagai persediaan kita semua menempuh Ramadhan, Biro IT & Visual IPIJ telah mewujudkan Edisi Khas Sempena Ramadhan di ruangan koleksi ceramah dan bahan-bahan ilmiah. Anda hanya perlu membuka laman:

http://ipij.tripod.com/radioipij/collection.html

di Folder: Edisi Khas - Sempena Ramadhan

Terdapat pelbagai bahan menarik untuk tatapan anda. Antaranya:

- Pamplet Ramadhan IPIJ
- Risalah Ramadhan IPIJ
- Kepalsuan Hadith Kelebihan Terawih
- Soal Jawab Perihal Puasa

dan lain-lain lagi.

Di samping itu, laman-laman di bawah juga sangat baik untuk kita semua:

1. Buku Ustaz Hafiz Firdaus - Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa
[mengupas perihal perkara-perkara yang membatalkan puasa dan sebagainya]

http://al-firdaus.com/RisalahPuasa/new/index.htm

2. Artikel Sifat Puasa Nabi Shallallahu'alaihi Wa Sallam
[terjemahan oleh Ustaz Khairul Amin dari al-ahkam.net dari artikel tulisan Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin]

http://al-ahkam.net/home/index.php?module=subjects&func=viewpage&pageid=72

3. Ramadhan Zone

http://www.ramadhanzone.com/

Mudahan-mudahan mendapat manfaat sebagai persediaan menempuh bulan Ramadhan al-Mubarak. Allahua'lam.

BIRO IT & VISUAL
Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ)

Dengar dan Undi Lagu-lagu Pilihan Anda:
http://ipij.tripod.com/radioipij/id2.html

Dapatkan Koleksi Ceramah dan Bahan Bacaan:
http://ipij.tripod.com/radioipij/collection.html

Jangan ketinggalan Siaran Perdana Radio IPIJ.FM setiap Jumaat 8-12PM Jepun
# Maklumat lanjut di hompej kami:
http://ipij.tripod.com/radioipij

Tuesday, October 04, 2005

:: TERKINI: Ramadhan 1426 Hijriah ::

"Imran Al-Haq" tsumra2@yahoo.com
Announcement of Ramadhan 1426 A.H. k

Ruet-e-Hilal Committee Japan

October 3, 2005: The Ruet-e-Hilal Committee of Japan is pleased to announce that Ramadhan 1426 A.H. will begin from Wednesday, October 5, 2005, as this evening moon has neither been sighted in Japan nor in Malaysia.

We congratulate all Muslims brothers and sisters. May Allah (subhanatallah) accept our prayers and good deeds, Ameen. Ameen.

On behalf of
Islamic Center Japan
Tokyo

http://islamcenter.or.jp/

Monday, October 03, 2005

:: Semarak Ramadhan 2 ::

Bismillah..

Tarikh melihat anak bulan jatuh pada hari ini, 3 Oktober 2005 (Isnin).

Untuk sahabat-sahabat di Jepun,

Islamic Center of Japan (ICJ) akan bersidang pada malam ini untuk membuat ketetapan berkenaan tarikh 1 Ramadhan, tarikh bermulanya puasa.

Keputusannya dijangka akan diketahui sekitar jam 9:30 PM waktu Jepun, insya-Allah.

Sila layari laman web ICJ ( http://islamcenter.or.jp/ ) atau telefon ICJ: 03-3460-6169 untuk mengetahui tarikh bermulanya 1 Ramadhan di Jepun.

* Talian telefon dijangka sesak dengan panggilan masuk pada waktu tersebut. Diharap bersabar.
Boleh juga menghubungi pusat-pusat Islam yang terdekat.

Atau menghubungi saya di: 090-6139-9558

Sekian.


Sunday, October 02, 2005

:: Semarak Ramadhan ::

Bismillah..

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telahpun mengumumkan bahawa esok, 3 Oktober 2005 adalah tarikh melihat anak bulan di Malaysia.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat di Jepun, Islamic Center of Japan akan bersidang esok petang untuk memutuskan tarikh bermulanya 1 Ramadhan. Insya-ALLAH akan dapat diketahui selepas jam 9:15 PM waktu Jepun.

Sila rujuk hompej ICJ pada malam esok untuk tarikh 1 Ramadhan:
http://islamcenter.or.jp/

Boleh juga hubungi saya di: 090-6139-9558

JOM SEMARAKKAN RAMADHAN!